Pemuda PDP
Pergerakan Pemuda Progresif Demokratik Parti
30/09/2026
28/09/2026
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali atas pemergian beliau.
Pemuda PDP Nasional merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa dan sumbangan Allahyarhamah kepada masyarakat dan negara.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah.
Ikhlas daripada,
Pemuda PDP Nasional
27/09/2026
24/09/2026
Selamat Menyambut Perayaan Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Festival) 2026 kepada seluruh masyarakat yang meraikannya, khususnya di Sarawak.
Semoga cahaya bulan purnama yang bersinar membawa kebahagiaan, keharmonian dan kemakmuran kepada kita semua. Perayaan ini juga menjadi kesempatan untuk kita menghargai nilai kekeluargaan, persahabatan dan perpaduan yang menjadi asas keharmonian masyarakat berbilang kaum.
Marilah kita terus memupuk sikap saling menghormati, memahami dan meraikan kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa.
๐๐ฎ Semoga bulan purnama menyinari kehidupan kita dengan sinar harapan dan kebahagiaan.
Ikhlas daripada,
Yiak Chiong Wei
Ketua Pemuda Nasional
Parti Demokratik Progresif (PDP)
20/09/2026
Sejarah kepimpinan terdahulu jadi pedoman generasi politik masa kini
SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik, menyifatkan kunjungan ke kediaman Jeti Kumpai Endawie di Letong Sawa, semalam sebagai kesempatan bermakna untuk mengeratkan hubungan silaturahim selain mengenang sejarah politik Sarawak.
Menurutnya, kunjungan bersama rakan-rakan itu bukan sahaja menjadi ruang untuk bertemu dan beramah mesra, malah memberi peluang mengenang jasa serta sumbangan tokoh politik Iban Sarawak, khususnya mendiang Datuk Amar Dunstan Endawie yang pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Berita penuh sila klik pautan di bawah:
https://utusansarawak.com.my/sejarah-kepimpinan-terdahulu-jadi-pedoman-generasi-politik-masa-kini/
16/09/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐ฒ๐พ
Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara ini tidak pernah lahir daripada keseragaman, tetapi daripada perpaduan dalam kepelbagaian.
Kita mungkin datang dari negeri yang berbeza, bertutur dalam bahasa yang berbeza dan mempunyai budaya serta latar belakang yang berbeza. Namun kita berkongsi satu tanah air Malaysia.
Sebagai generasi hari ini, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan semangat perpaduan ini terus hidup. Jangan biarkan perbezaan menjadi tembok yang memisahkan, sebaliknya jadikan ia jambatan yang menguatkan kita.
Anak muda Malaysia bukan sekadar pewaris masa depan. Kita adalah pencorak masa depan.
Dari Semenanjung, Sabah hingga Sarawak, marilah kita terus melangkah bersama, saling menghormati, menjaga keharmonian dan membina sebuah Malaysia yang lebih kuat, maju dan bersatu.
Kerana negara ini bukan milik satu kaum, satu negeri atau satu generasi.
Malaysia adalah milik kita semua.
Dan masa depannya berada di tangan kita. ๐ฒ๐พโค๏ธ
Selamat Hari Malaysia 2026.
Berbeza kita, bersama kita.
Bersatu kita, kuatlah Malaysia!
15/09/2026
15 September 2026
Sebentar tadi para pemuda PDP N39 Krian yang diketuai saudara Riza Nalang turut sama terlibat dalam membantu penghantaran dan agihan Bantuan Air minuman di kawasan-kawasan yang terjejas bekalan air bersih akibat musim kemarau terutamanya di kawasan Roban. Hujan yang turun dengan lebat juga tidak melunturkan semangat para pemuda dan semua yang terlibat untuk terus membantu mereka yang lebih memerlukan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Penguasa Daerah Kecil Roban Tuan Steve Miller dan kakitangan Pejabat Daerah Kecil Roban yang turut sama membantu agar proses pengagihan berjalan dengan lancar. Tidak lupa juga kepada agensi lain yang terlibat seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA Saratok, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Saratok. Jasa anda semua amat dihargai. ๐๐
15/09/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 158/159/160 Jalan Badruddin
Kuching
93400
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PDP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.