APM Kuching
Disini berkumpulnya Sukarelawan Negara, APM Malaysia
PKOD Kuching : 082-252940 / 082-252941
Sukarelawan yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan keturunan bersemangat memberikan khidmat kemanusiaan, bantuan kecemasan dan membantu menangani bencana kepada masyarakat setempat (sekitar Bahagian Kuching)
Untuk sebarang kes dan bantuan kecemasan, sila hubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuching di talian :
082-252940
082-252941
28/09/2026
๐๐ SELAMAT HARI JADI ๐๐
Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching merakamkan ucapan Selamat Hari Jadi kepada:
KPL (PA) KHALIK BIN SUKURNO
๐
21 SEPTEMBER 2026
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberikan kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap urusan.
Semoga terus cekal, bersemangat dan berdedikasi dalam melaksanakan amanah serta memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat, organisasi dan negara.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
28/09/2026
๐ SELAMAT HARI JADI ๐
Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada:
PBT (PA) MOHAMAD ISMAIL BIN BUJANG
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta diberikan kejayaan dan kebahagiaan dalam setiap urusan.
Semoga terus bersemangat dalam menjalankan amanah dan berbakti kepada masyarakat, organisasi serta negara.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
21/09/2026
19/09/2026
LAWATAN PIHAK myJICA KE PEJABAT PERTAHANAN AWAM DAERAH KUCHING SEMPENA PROGRAM LEAD AND INSPIRE
19 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching berbesar hati menerima kunjungan pihak myJICA sempena Program Lead and Inspire anjuran myJICA yang berlangsung pada 19 hingga 20 September 2026.
Ketibaan pihak myJICA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pagi ini terus disambut oleh pemandu APM dan pihak myJICA terus membuat lawatan ke APM Daerah Kuching.
Lawatan ini turut disusuli dengan Mesyuarat Exco myJICA serta aktiviti bot tour bersama APM Kuching di sekitar Kuching Waterfront pada sebelah petang.
Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama serta membuka ruang kepada perkongsian pengalaman dan pengetahuan antara myJICA dan APM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat datang diucapkan kepada pihak myJICA. Semoga Program Lead and Inspire berjalan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
18/09/2026
MORNING PRAYER & GOTONG-ROYONG PDPA KUCHING
KUCHING, 18 SEPTEMBER 2026 โ Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Kuching telah melaksanakan Morning Prayer, iaitu perjumpaan pagi bersama anggota dan warga kerja PDPA Kuching, yang diteruskan dengan aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan pejabat.
Perjumpaan pagi ini menjadi ruang untuk menyampaikan amanat, perkongsian maklumat serta menyelaras tugasan sebelum anggota memulakan tanggungjawab masing-masing.
Selesai perjumpaan, warga PDPA Kuching bersama-sama melaksanakan aktiviti gotong-royong bagi memastikan kawasan pejabat sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas, selesa dan kondusif.
Aktiviti ini turut menjadi wadah dalam memupuk semangat kerjasama, disiplin, kekitaan dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga APM Daerah Kuching.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
17/09/2026
๐ TAHNIAH & SELAMAT MENYAMBUT CAHAYA MATA! ๐ถ๐ป๐
Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada PBT (PA) Augustine Anak Jecksson dan isteri atas kelahiran cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki. ๐ผโจ
Semoga kehadiran insan kecil ini menjadi penyeri kehidupan, membawa kebahagiaan serta menambahkan lagi keberkatan dalam keluarga.
Didoakan agar ibu dan bayi sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kebahagiaan berpanjangan. ๐คฒ๐ป
Tahniah diucapkan kepada PBT (PA) Augustine Anak Jecksson sekeluarga! โค๏ธ
17/09/2026
KUCHING | 17 SEPTEMBER 2026
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching telah melaksanakan tugas mengiringi dan menghantar YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Kehadiran YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha di Sarawak adalah bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung pada 16 hingga 17 September 2026.
APM Daerah Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan serta kehadiran YBhg. Datuk ke bumi Kenyalang.
Semoga perjalanan pulang berjalan dengan lancar dan selamat. Semoga bertemu kembali di lain kesempatan. ๐ค๐ฒ๐พ
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
15/09/2026
KETIBAAN KETUA PESURUHJAYA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KE SARAWAK
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Setia KPJ (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, ke Sarawak bagi menghadiri Program Rasmi Jabatan yang berlangsung pada 15 hingga 16 September 2026.
Ketibaan beliau dijadualkan pada 15 September 2026 (Selasa) melalui penerbangan MH2522 dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) pada jam 9.20 malam.
Kehadiran Yang Amat Setia Ketua Pesuruhjaya APM ke Sarawak ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan APM dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan, kesiapsiagaan serta semangat kesukarelawanan demi kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
15/09/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐ฒ๐พ
16 September bukan sekadar tarikh di kalendar, tetapi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat kita sebagai satu keluarga Malaysia. Marilah kita bersama-sama menghargai keamanan yang dikecapi, memperkukuh semangat patriotisme serta terus berbakti kepada masyarakat dan negara tercinta.
โMalaysia Madani, Rakyat Sejahtera, Negara Berdaulat.โ
Ikhlas daripada,
LT. KOL. (PA) ISMAIL BIN MAHEDIN
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
15/09/2026
๐๏ธ APM KUCHING MENYANTUNI PODCAST โSIGEK MEJAโ ๐๏ธ
KUCHING, 15 September 2026 โ Lt. Kol. (PA) Ismail bin Mahedin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching, telah hadir sebagai tetamu jemputan dalam sesi temu bual Podcast โSigek Mejaโ, terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Sesi ini menjadi platform perkongsian berkaitan peranan, pengalaman serta kesiapsiagaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan bencana, di samping menyampaikan informasi yang bermanfaat kepada masyarakat.
Antara perkara yang dikongsikan merangkumi kes kecemasan harian, masa tindak balas (response time), kesiapsiagaan menghadapi isu pencemaran udara, penyelarasan agensi dalam pengurusan bencana serta latihan asas pertolongan cemas dan CPR kepada komuniti.
๐ข โKesiapsiagaan bukan sekadar tugas, tetapi tanggungjawab bersama.โ
Semoga perkongsian melalui platform seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti.
Hubungi APM Kuching jika anda menghadapi sebarang kecemasan di talian 082-252940/082-252941 atau talian kecemasan 999.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Unit Perhubungan Awam dan Dokumentasi APM Kuching
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
TM 300
Kuching
93300
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when APM Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.