BAS.MY Kuching

BAS.MY Kuching

Share

LALUAN Q01 MALIHAH, Q05 AGAMA MATANG, Q06 KPG.

BENUK, Q07 BATU KAWA, Q08 BAU, Q09 MUARA TEBAS, Q10 SERIAN, Q11 ARANG ROAD, Q12 TAMAN HUI SING, Q13 SIBURAN, Q14 STUTONG BARU/KUCHING CENTRAL, Q15 SUMMER MALL, Q16 TAMAN SUKMA

Photos from BAS.MY Kuching's post 29/09/2026

🚌 MAKLUMAN PERUBAHAN LALUAN Q13 SIBURAN & Q15 KUCHING SENTRAL

Sempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, terdapat perubahan laluan sementara bagi Q13 Siburan & Q15 Kuching Sentral dari 29 September hingga 5 Oktober 2026.

πŸ“ Laluan tidak melalui Jalan McDougall buat sementara waktu.

Penumpang dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan merujuk notis laluan yang disediakan. 🩷

Photos from BAS.MY Kuching's post 25/09/2026

23 September 2026 | Satu perjalanan biasa bertukar menjadi detik yang pastinya tidak akan dilupakan. 🚌🩷

Pada jam 4:45 petang, Bas MADANI 8013 laluan Muara Tebas, Encik Jamli bin Marikan, menghubungi pasukan kami selepas menyedari seorang penumpang wanita sedang di dalam bas.

Sebelum itu, keadaan penumpang kelihatan seperti kurang sihat sejak dari Pending. Seorang nenek yang berada di dalam bas turut cuba membantu dengan memberikan minyak angin. Namun, apabila tiba di Padang Merdeka, kesakitannya semakin kuat sehingga Encik Jamli mengambil keputusan untuk berhenti dan mendapatkan bantuan perubatan.

Alhamdulillah, bas ketika itu berada berhampiran Klinik Kesihatan Jalan Masjid. Dengan bantuan orang awam dan pengawal keselamatan, bas segera dibawa masuk ke kawasan klinik walaupun melawan arus. sorry ye semua yg terganggu akibat insiden ini.

Pasukan Klinik Kesihatan Jalan Masjid kemudian bertindak pantas dan terus memberikan bantuan kepada ibu tersebut di dalam bas. Dalam suasana yang cemas, para doktor, jururawat dan kakitangan klinik bersama-sama memastikan proses kelahiran berjalan sebaik mungkin sehingga akhirnya...

Alhamdulillah, pada jam 5:08 petang, lahirlah seorang bayi perempuan. πŸ©·πŸ‘ΆπŸ» (Dayang Madani kata kamek org hihi). Ibu dan bayi kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut dan dimaklumkan berada dalam keadaan stabil di SGH.

Bagi pihak pengendali BAS.MY Kuching, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh pasukan Klinik Kesihatan Jalan Masjid, para doktor, jururawat, kakitangan dan pengawal keselamatan serta orang awam yang turut membantu dalam detik yang mencemaskan ini. 🩷

Terima kasih juga kepada pasukan ambulans dan semua pihak yang memainkan peranan dalam memastikan ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat.

Buat driver kami, Encik Jamli, terima kasih kerana kekal tenang dan pantas mengambil tindakan ketika diperlukan. Jasa kalian amatlah kami hargai.🩷

Photos from BAS.MY Kuching's post 25/09/2026

25 September 2026 | Setulus penghargaan buat petugas Klinik Kesihatan Jalan Masjid. 🚌🩷

Sebagai tanda terima kasih atas bantuan dan keprihatinan yang diberikan dalam satu detik yang begitu mencemaskan pada 23 September lalu, pasukan Bas.My Kuching berkesempatan menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada petugas Klinik Kesihatan Jalan Masjid.

Apa yang diberikan mungkin kecil, tetapi jasa dan tindakan pantas seluruh pasukan klinik, para doktor, jururawat, kakitangan serta pengawal keselamatan amat besar ertinya buat kami.

Terima kasih kerana hadir ketika kami benar-benar memerlukan bantuan, dan kerana bersama-sama memastikan ibu dan baby madani kamek orang selamat. πŸ©·πŸ‘ΆπŸ»

25/09/2026

πŸ“’ JANGAN LUPA SINGGAH KAUNTER KAD KONSESI KAT DBNA SERIAN! πŸšŒπŸ’—

Sempena Program Grace of Aging, kmkorg akan membuka Kaunter Pendaftaran Kad Konsesi BAS.MY Kuching untuk memudahkan anda mendaftar kad konsesi. ✨

πŸ“… Ahad, 27 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 4.00 petang
πŸ“DBNA Serian

Kalau belum ada Kad Konsesi BAS.MY Kuching, jangan lupak singgah kaunter kmkorg ya! 😍

πŸ“Œ Datang, daftar & nikmati kemudahan perjalanan bersama BAS.MY Kuching! 🚌✨

Jumpa kitak orang di DBNA Serian! πŸ’—

15/09/2026

πŸ“’NOTICE

Please be informed that BAS.MY Kuching will be closed tomorrow, 16 September 2026 (Wednesday) in conjunction with Malaysia Day

We will resume operations on 17 September 2026 (Thursday). πŸ‡²πŸ‡Ύ

Thank you for your understanding! πŸ’—

30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎHAPPY MALAYSIA NATIONAL DAY! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dear valued customers,
Please be informed that we will be CLOSED tomorrow, Monday, 31 August 2026, in celebration of Malaysia National Day πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

We will be OPEN again on Tuesday, 1 September 2026 and look forward to serving you again! ❀️

Thank you for your understanding, and have a wonderful National Day! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

Selamat Hari Kemerdekaan!β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

27/08/2026

πŸ›οΈπŸ’— KTKORG TAUK S*K KKV BARU BUKAK DI AEON?πŸ‘€

Bahhh, apa tunggu gik! πŸ˜† Kalau nak pergi KKV, s*k payah gago carik parking atau hadap jem! πŸš—πŸ’¨

Naik Bas Pink jak! πŸšŒπŸ’—
Ada 2 laluan yang boleh ktkorg naik

🩷 Q07 – Batu Kawa
🩷 Q14 – Summer Mall

Duduk santai dalam bas, sekejap jak dah sampai AEON! ✨
Sampai terus boleh jalan-jalan, shopping & singgah KKV!πŸ›οΈπŸ˜

Parking? S*k payah fikir. Jem? S*k payah hadap.
Naik Bas Pink, terus ke AEON!πŸ’—πŸšŒ

Want your business to be the top-listed Transport Service in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


NO 11, MARKET Street, LOT 65, SECTION 23, KUCHING TOWN LAND DISTRICT,, KUCHING
Kuching
93000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BAS.MY Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Kuching.