SMK Kulai Besar Rasmi

SMK Kulai Besar Rasmi

Share

SMK Kulai Besar, 81000 Kulaijaya, Johor

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 23/09/2026

🎓✨ PROGRAM MOTIVASI MENJANA KECEMERLANGAN DIRI – INSPIRED SUCCESS ✨🎓

Pada 23 September 2026 (Rabu), telah berlangsung Program Motivasi Menjana Kecemerlangan Diri – Inspired Success khas untuk calon SPM 2026 SMK Kulai Besar.

Program yang bermula pada 7.30 pagi hingga 9.00 pagi ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Kulai Besar dan dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.

Program ini menampilkan penceramah jemputan, Encik Mohamad Nur Ashiq bin Mohd Julin, Penolong PPD Menengah & Tingkatan 6, PPD Kulai, yang berkongsi motivasi, panduan serta inspirasi kepada para calon dalam menghadapi persediaan menuju SPM 2026.

Pengisian program memberi penekanan kepada pembinaan keyakinan diri, penetapan matlamat, disiplin, usaha berterusan serta kekuatan mental dalam menghadapi cabaran pembelajaran dan peperiksaan.

Semoga program ini menjadi suntikan semangat kepada semua calon SPM 2026 untuk terus berusaha dengan penuh komitmen dan keyakinan dalam mengejar kejayaan.

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 23/09/2026

📊📚 AUDIT AKADEMIK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 📚📊

Pada 18 September 2026 (Jumaat), telah berlangsung Audit Akademik Peperiksaan Percubaan SPM 2026 bertempat di Dewan SeMeKar, SMK Kulai Besar, bermula pada 8.05 pagi.

Program ini diadakan bagi meneliti pencapaian akademik murid Tingkatan 5 berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2026. Analisis yang dijalankan memberi fokus kepada prestasi semasa murid, kekuatan dan kelemahan mengikut mata pelajaran serta tindakan susulan yang perlu diberi perhatian menjelang peperiksaan sebenar SPM.

Melalui sesi ini, pihak sekolah dapat merancang intervensi yang lebih berfokus, memperkukuh strategi pengajaran dan pembelajaran serta memberi sokongan yang bersesuaian kepada murid berdasarkan tahap pencapaian masing-masing.

Semoga usaha berterusan daripada pihak sekolah, guru, murid dan ibu bapa dapat membantu meningkatkan prestasi serta memberi persediaan terbaik kepada calon SPM 2026.

🌟 Usaha Berterusan, Prestasi Dipertingkat, Kecemerlangan Digapai.

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 14/09/2026

📖✨ KEM CENDEKIA AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 – ZON SELATAN ✨📖

Pada 9 September 2026 (Rabu), SMK Kulai Besar telah menyertai Kem Cendekia Al-Quran Peringkat Kebangsaan Zon Selatan secara atas talian, yang melibatkan penyertaan dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Program bermula seawal 7.00 pagi dengan pendaftaran peserta dan sarapan pagi, diikuti taklimat urus setia serta tayangan video amanat daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Omar bin Salleh.

Sepanjang program, para peserta mengikuti pelbagai slot pengisian menarik antaranya Eksplorasi Qiraat Membongkar Keunikan Al-Quran, Alunan Syahdu, Indahnya Tarannum, Terangi Wajahmu dengan Nur Al-Quran, Memori Huffaz, Ukiran Jiwa Qurani serta Eksplorasi Qurani: Cabaran & Interaktif.

Antara penceramah yang menjayakan program ialah Ustaz Muhammad Syafiq bin Zakaria dan Ustaz Mohammad Zakiuddin bin Hanafi, yang berkongsi ilmu dan pengalaman bagi meningkatkan kefahaman, penghayatan serta kecintaan peserta terhadap Al-Quran.

Program ini menjadi platform yang bermakna dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja celik Al-Quran, malah mampu menghayati nilai serta keindahan kalam Allah dalam kehidupan seharian.

🌟 Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam membentuk Generasi MADANI yang berilmu, berakhlak dan berjiwa Qurani.

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 13/09/2026

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

Pada 14 September 2026 (Isnin), telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform anjuran Unit Kokurikulum SMK Kulai Besar pada jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.

Perhimpunan pada kali ini telah diuruskan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Semua murid hadir dengan pakaian unit beruniform lengkap mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

Program ini bertujuan membentuk disiplin, semangat kerjasama, kepimpinan serta jati diri dalam kalangan murid melalui penglibatan aktif dalam kegiatan unit beruniform.

Syabas dan tahniah kepada BSMM serta semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan perhimpunan ini.
🌟 Kokurikulum Cemerlang, Sahsiah Gemilang

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 13/09/2026

HARI KEUSAHAWANAN SMK KULAI BESAR 2026 ✨🛍️

Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Hari Keusahawanan SMK Kulai Besar 2026 dengan meriah dan penuh semangat.

Pelbagai gerai jualan murid dibuka dengan menawarkan aneka makanan, minuman dan pencuci mulut yang menarik. Antaranya termasuk pizza, kopi ais, churros, ayam gunting, buah segar serta pelbagai juadah kreatif hasil usaha murid.

Program ini memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman sebagai usahawan muda, di samping memupuk kemahiran komunikasi, kerjasama, pengurusan kewangan, kreativiti dan keyakinan diri.

Sambutan yang diberikan oleh warga sekolah turut membantu menyemarakkan suasana serta memberi sokongan kepada usaha dan kreativiti murid dalam bidang keusahawanan.

Syabas dan tahniah kepada semua murid, guru serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

💰 Beli • Rasa • Sokong • Meriahkan
🌟 Sokong Usahawan Muda SMK Kulai Besar

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 13/09/2026

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL KOAKADEMIK SMK KULAI BESAR 2026 🇲🇾🔬📖

Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), telah berlangsung Majlis Pelancaran Karnival Koakademik SMK Kulai Besar 2026 bertempat di Dewan Ungku Aziz, bermula 7.30 pagi hingga 9.15 pagi.

Karnival tahun ini membawa tema:

✨ “Menggabungkan Kreativiti, Inovasi dan Komunikasi untuk Generasi MADANI Berkualiti”

Pelancaran ini menghimpunkan tiga agenda utama sekolah, iaitu Bulan Kemerdekaan, Bulan STEM dan Bulan Bahasa. Pelbagai aktiviti menarik dirancang bagi menyemarakkan semangat patriotisme, meningkatkan minat terhadap sains, teknologi dan inovasi serta memperkukuh penguasaan bahasa dalam kalangan murid.

Warga guru turut memeriahkan majlis dengan tema pakaian Warna Merdeka yang membawa simbolik tersendiri iaitu biru melambangkan perpaduan, merah melambangkan keberanian, kuning melambangkan kedaulatan dan putih melambangkan kesucian.

Semoga Karnival Koakademik ini menjadi medan untuk murid menyerlahkan bakat, meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri serta mengembangkan potensi dalam pelbagai bidang.

🌟 Bersatu Hati, Berkarya Bersama, Menuju Kecemerlangan Koakademik

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 13/09/2026

📜 PERTANDINGAN EKSPLORASI SEJARAH 2026 📜
“Menelusuri Sejarah, Membina Masa Depan”

Pada 28 Ogos 2026 (Jumaat), telah berlangsung Pertandingan Eksplorasi Sejarah khas untuk murid Tingkatan 5.

Program yang berlangsung dari 9.50 pagi hingga 11.55 pagi ini memberi peluang kepada murid meneroka pengetahuan sejarah melalui aktiviti yang menarik, mencabar dan berunsurkan pembelajaran aktif.

Pertandingan ini bukan sahaja menguji pengetahuan murid tentang fakta dan peristiwa sejarah, malah turut menggalakkan kemahiran berfikir, kerjasama, komunikasi serta keupayaan membuat keputusan dalam kumpulan.

Semoga aktiviti seperti ini dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah, memperkukuh semangat patriotisme serta membantu mereka memahami kepentingan sejarah dalam membentuk identiti dan masa depan negara.

Tahniah dan syabas kepada semua murid serta guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

🇲🇾 Menelusuri Sejarah, Membina Masa Depan 🇲🇾

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 13/09/2026

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK 2026
“Satu Suara, Satu Semangat, Satu Malaysia”

Pada 9 September 2026 (Rabu), telah berlangsung Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik bertempat di Dewan Ungku Aziz, SMK Kulai Besar.

Pertandingan ini melibatkan penyertaan murid daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 secara berkumpulan mengikut kelas. Program dilaksanakan dalam dua slot, iaitu Menengah Rendah pada sebelah pagi dan Menengah Atas pada sebelah petang.

Antara lagu patriotik yang dipersembahkan ialah Keranamu Malaysia, Malaysiaku dan Tanggal 31 Ogos. Setiap kelas tampil penuh semangat dengan persembahan yang bertenaga, kreatif dan sarat dengan nilai kecintaan terhadap negara.

Program ini bertujuan menyemai semangat patriotisme, memupuk kerjasama dan keyakinan diri, serta memperkukuh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dalam kalangan murid.

Tahniah dan syabas kepada semua murid serta guru yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pertandingan ini.

🇲🇾 Satu Suara, Satu Semangat, Satu Malaysia! 🇲🇾

Photos from SMK Kulai Besar Rasmi's post 13/09/2026

🌙 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙
“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”

Pada 11 September 2026 (Jumaat), warga SMK Kulai Besar telah menjayakan Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau Al-Muttaqin, SMK Kulai Besar.

Program dimulakan dengan Seribu Selawat yang disertai oleh para pelajar, guru dan AKP. Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Zainul Ibad bin Syafi’i. Pengisian ceramah memberi penekanan kepada kecintaan terhadap Rasulullah SAW serta kepentingan mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Sambutan ini diadakan bagi menyemai rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW, memperkukuh penghayatan sirah dan membentuk warga sekolah yang berilmu, berakhlak mulia serta saling menghormati.

Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat menjadi panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita bersama.

“Bersama meneladani Rasulullah, membina ummah yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.”

24/08/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kulai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Batu 19, Jalan Ayer Hitam
Kulai
81000

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30