SMK Seri Pinang Pages Rasmi
Kami Sayang Seri Pinang
13/09/2026
🌟 KEM KEPIMPINAN GENERASI MADANI 2026 🌟
8 – 10 September 2026 | PLGDP, Bandar Tenggara
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Kepimpinan Generasi MADANI 2026 pada 8 hingga 10 September 2026 bertempat di PLGDP, Bandar Tenggara.
Program ini menjadi wadah dalam membentuk dan memperkukuh nilai kepimpinan, jati diri, disiplin, kerjasama serta semangat perpaduan dalam kalangan peserta. Pelbagai aktiviti dan pengisian yang dilaksanakan sepanjang kem turut memberikan pengalaman bermakna serta peluang kepada peserta untuk mengembangkan potensi diri.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini dapat diterapkan dalam kehidupan seharian serta melahirkan generasi muda yang berkepimpinan, berintegriti, bertanggungjawab dan berjiwa MADANI.
Membina Pemimpin, Membentuk Generasi MADANI. 🇲🇾
13/09/2026
📚 PROGRAM ROAD TO 4.0 SPM 2026
8 September 2026 | Bilik Mesyuarat, SMK Seri Pinang
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Road to 4.0 SPM 2026 pada 8 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Seri Pinang.
Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah dalam memberikan bimbingan, motivasi dan persediaan kepada calon SPM bagi menghadapi peperiksaan serta meningkatkan kecemerlangan akademik.
Semoga program yang dilaksanakan dapat menyuntik semangat dan keyakinan dalam kalangan calon SPM untuk terus berusaha, memperkukuh persediaan serta mencapai sasaran kecemerlangan yang diimpikan.
“Usaha, Doa dan Tawakal – Menuju Kecemerlangan SPM 2026.” 🌟
13/09/2026
🇲🇾 MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN SMK SERI PINANG 2026 🇲🇾
28 Ogos 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026 Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Seri Medini, SMK Seri Pinang.
Majlis ini menjadi kemuncak kepada pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Bulan Kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, cinta akan negara, perpaduan serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan warga sekolah.
Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada semua murid yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan sepanjang Bulan Kemerdekaan.
Semoga semangat “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” terus subur dalam diri seluruh warga SMK Seri Pinang serta menjadi inspirasi untuk kita bersama-sama menghargai keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara tercinta.
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾
Terima kasih atas semangat, sokongan dan kerjasama seluruh warga SMK Seri Pinang.
13/09/2026
📘 LDP RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026–2035
12 September 2026 (Sabtu)
LDP ini terdiri daripada 3 slot. Slot pertama: Taklimat Kurikulum Persekolahan 2027 yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Dom bin Dui, Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Taklimat ini memberikan pencerahan dan pemahaman kepada warga pendidik berkaitan hala tuju serta aspirasi pendidikan negara selaras dengan usaha memperkukuh kualiti pendidikan dan meningkatkan keberhasilan murid.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Dom bin Dui atas perkongsian ilmu, pandangan dan penerangan yang sangat bermakna kepada warga sekolah SMK Seri Pinang.
Slot kedua ialah LDP Penyebaran Kurikulum 2027 yang disampaikan oleh setiap panel mata pelajaran dan Slot ketiga ialah pembinaan item UASA mengikut mata pelajaran masing-masing. Semua guru terlibat dalam LDP ini selaras mengikut perkembangan pendidikan Malaysia.
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.”
16/08/2026
16/08/2026
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNIT KOKURIKULUM SMK SERI PINANG
14 Ogos 2026 | SMK Seri Pinang
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Penyampaian Sumbangan Unit Kokurikulum SMK Seri Pinang pada 14 Ogos 2026 sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada murid-murid yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Johor ke temasya SUKMA 2026.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada murid-murid yang bakal menggalas tanggungjawab mewakili Negeri Johor dalam acara tenis dan sofbol di pentas SUKMA 2026.
Seluruh warga SMK Seri Pinang mendoakan agar semua atlet sekolah dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kekuatan dan keyakinan serta berjaya memberikan saingan terbaik demi mengharumkan nama Negeri Johor.
Selamat berjuang dan semoga berjaya di pentas SUKMA 2026! 🏆
Johor Power! 💪
SMK Seri Pinang terus melakar kecemerlangan!
16/08/2026
PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SMK SERI PINANG 2026 🇲🇾
10 Ogos 2026 | SMK Seri Pinang
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang SMK Seri Pinang pada 10 Ogos 2026 bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 pada tahun ini mengangkat tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, yang mencerminkan aspirasi untuk terus memperkukuh kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian seluruh rakyat Malaysia.
Pelancaran ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, cinta akan negara dan penghayatan terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan seluruh warga SMK Seri Pinang. Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan sepanjang Bulan Kebangsaan bagi memberikan ruang kepada murid untuk menzahirkan kreativiti, semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara.
🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾
Selamat menyambut Bulan Kebangsaan ke-69!
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan cinta akan tanah air!
10/08/2026
TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM PERTANDINGAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid dan guru pembimbing Petanque SMK Seri Pinang atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Johor pada 8&9 Ogos 2026.
Pasukan sekolah telah berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir dan menempatkan diri dalam 8 kumpulan terbaik daripada 96 kumpulan yang mengambil bahagian.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada murid-murid, guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan penyertaan ini.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada pasukan Petanque SMK Seri Pinang untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan dan harumkan nama SMK Seri Pinang!
09/08/2026
TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN PUTERI ISLAM SMK SERI PINANG
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid dan guru pembimbing Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SMK Seri Pinang atas kejayaan membanggakan dalam:
1) Karnival Lautan Ukhuwah Puteri Madani bagi Kategori TikTok SMK Peringkat Daerah Kulai 2026 sebagai Johan
2) Pertandingan Diorama PPIM Peringkat Daerah 2026 sebagai Tempat Kedua
Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, kreativiti, komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan murid, di samping dedikasi guru-guru pembimbing dalam membimbing serta mencungkil potensi murid.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua murid, guru pembimbing dan pihak yang terlibat atas usaha serta komitmen yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencipta kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.
Tahniah dan syabas! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMK Seri Pinang!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Tun Abdul Majid, Bandar Tenggara
Kulai
81440
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SMK Seri Pinang Pages Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.