PASTI Sri Sendayan

PASTI Sri Sendayan

Share

Melahirkan generasi Al-Quran dan membentuk generasi Rabbani

18/09/2026

πŸ“’ PELUANG KERJAYA: GURU BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS SEPENUH MASA KEMASUKKAN JANUARI 2027πŸ“’

Anda seorang yang mempunyai jiwa pendidik, sukakan kanak-kanak dan berminat untuk menyumbang dalam pendidikan berteraskan Islam? πŸŒ±πŸ“š

SRITI Sri Sendayan kini membuka peluang kepada calon yang berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai:

πŸ‘©πŸ»β€πŸ« GURU SEPENUH MASA

πŸ“š Subjek yang diperlukan:

- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu

πŸ“‹ Kriteria Calon
- Lelaki/Perempuan
- Berumur 45 tahun ke bawah
- Minimum kelayakan Diploma / Ijazah Pendidikan / Ijazah yang setaraf
- Mempunyai minat dan komitmen dalam bidang pendidikan
- Bersedia untuk bekerja dalam persekitaran pendidikan berteraskan Islam

πŸ“© Berminat? Hantarkan resume anda ke:
[email protected]

πŸ“² Pertanyaan lanjut: www.wasap.my/60107893548

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 27/07/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ FUN RUN PASTI KAWASAN REMBAU 2026 πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ

"Bergerak Bersama, Ceria dan Sihat" πŸ’š

Alhamdulillah, warga PASTI Sri Sendayan telah menyertai Fun Run PASTI Kawasan Rembau 2026 dengan penuh semangat dan keceriaan.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah, malah mengeratkan ukhuwah antara murid, ibu bapa dan para pendidik dalam suasana yang penuh ceria.

Terima kasih kepada PASTI Kawasan Rembau atas penganjuran program yang sangat bermanfaat. Semoga anak-anak terus membesar dengan tubuh yang sihat, minda yang cerdas dan semangat yang tinggi.

Bergerak Bersama, Ceria dan Sihat! πŸ’šβœ¨

01/07/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN MURID PASTI SRI SENDAYAN SESI 2027 KINI DIBUKA! 🌿✨

Assalamualaikum w.b.t.

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran murid PASTI Sri Sendayan bagi sesi persekolahan 2027 telah dibuka. 🀩

πŸ“₯ Klik link WhatsApp untuk daftar:

πŸ“ž Daftar 4 Tahun- Cikgu Nad
https://wa.me/601161190473?text=Daftar4TahunPSS

πŸ“ž Daftar 5 Tahun- Cikgu Azni
https://wa.me/60199524730?text=Daftar5TahunPSS

πŸ“ž Daftar 6 Tahun- Cikgu Hamisah
https://wa.me/60129192717?text=Daftar6TahunPSS

PASTI Sri Sendayan β€” Membina Generasi Cemerlang 🌟

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 20/06/2026

πŸ†βš½πŸ€ Selamat Maju Jaya Atlet PASTI Sri Sendayan! βš½πŸ€πŸ†

Hari yang dinanti semakin hampir. Gelanggang bakal menjadi saksi semangat, keberanian dan usaha atlet-atlet cilik PASTI Sri Sendayan. 🌟

Semoga semua pemain bola sepak dan bola jaring dapat memberikan persembahan terbaik, beraksi dengan penuh keyakinan serta mengekalkan semangat kesukanan sepanjang Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring (BSBJ) 2026.

πŸ“†21 Jun 2026 (Ahad)
πŸ“Public Star Oakland, Seremban 2

Semoga kejayaan mengiringi langkah kalian. Kami sentiasa mendoakan dan menyokong anda semua! πŸ’ͺπŸ”₯

PASTI Sri Sendayan Boleh!πŸ’šπŸ’›

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 17/06/2026

πŸŽ“βœ¨ SAMBUTAN HARI PENDIDIK PERINGKAT CAWANGAN SRI SENDAYAN 2026 βœ¨πŸŽ“

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Hari Pendidik Peringkat Cawangan Sendayan yang menghimpunkan seluruh warga pendidik daripada PASTI dan SRITI Cawangan Sendayan bersama barisan pengurusan PASTI serta PAS Cawangan Sendayan.

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang sentiasa istiqamah mendidik, membimbing dan membentuk generasi pewaris ummah dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan komitmen.

✨ β€œGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah” ✨

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Cikgu Hamizah atas penerimaan Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan hadiah utama berupa Pakej Umrah sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, integriti serta mutu perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik untuk terus berbakti dengan penuh amanah dan istiqamah dalam melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

Terima kasih kepada semua guru, pihak pengurusan dan seluruh warga PAS yang sentiasa menyokong usaha pendidikan Islam di Cawangan Sendayan.

🌹 Selamat Hari Pendidik buat semua guru.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 11/06/2026

πŸŒΈπŸ“πŸ΅ SAMBUTAN HARI PENDIDIK PERINGKAT KAWASAN 2026 πŸ΅πŸ“πŸŒΈ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Sambutan Hari Pendidik Peringkat Kawasan yang bertemakan Matcha Strawberry β€” simbol gabungan kelembutan, kesegaran dan semangat yang menyatukan para pendidik dalam mendidik generasi ummah.

Dengan penuh penghargaan, kami meraikan insan-insan hebat yang sentiasa istiqamah mencurahkan ilmu, membimbing akhlak dan membentuk sahsiah anak-anak bangsa. Sesungguhnya setiap pengorbanan, kesabaran dan usaha para guru merupakan aset berharga dalam membina kekuatan jemaah dan masyarakat.

✨ "Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah" ✨

Semoga seluruh pendidik terus diberikan kekuatan, keikhlasan dan keberkatan dalam melaksanakan amanah yang mulia ini. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai.

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 10/06/2026

Dari mendidik di kelas ke menggegarkan lane,
guru bukan sekadar penyampai ilmu,
tetapi juara di setiap gelanggang.

Sebagai kenangan indah sempena Sambutan Hari Guru 2026, warga pendidik PASTI Sri Sendayan telah menyertai Pertandingan Bowling MGPKR 2026 🎳 yang berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan ukhwah.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya PASTI Sri Sendayan berjaya meraih tempat ke-6 dalam pertandingan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah memberikan komitmen dan semangat yang terbaik. πŸ†

Ucapan tahniah yang istimewa buat Cik Khayrin Sofiya yang telah mengharumkan nama PASTI Sri Sendayan apabila berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan bagi kategori kutipan mata terbanyak. Pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Semoga semangat kebersamaan, kesukanan dan kecemerlangan ini terus mekar dalam kalangan warga pendidik PASTI.

09/06/2026

Hebahan Pendaftaran Murid Baharu SRITI Sri Sendayan Sesi 2027

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Berita baik kepada para ibu bapa dan penjaga! Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Murid Baharu Tahun 1 hingga 4 bagi Sesi Akademik 2027 di SRITI Sri Sendayan kini DIBUKA.

Pihak kami mengalu-alukan kehadiran anak-anak tuan/puan untuk membina asas pendidikan berteraskan Islam yang holistik dan cemerlang bersama kami.

Sila ambil perhatian mengenai tarikh-tarikh penting berikut bagi melancarkan urusan pendaftaran anak anda:
πŸ“… Tarikh Permohonan: 8 Jun – 3 Julai 2026
πŸ“ Sesi Temuduga: 18 Julai 2026 (Kemasukkan Baharu Sahaja)
πŸ“’ Hebahan Keputusan: 27 Julai 2026
πŸŽ’ Hari Pendaftaran: 8 Ogos 2026 (Semua)

πŸ“Œ CARA MENDAFTAR:
Isi link Permohonan atau Imbas Kod QR yang tertera pada poster untuk pendaftaran terus secara atas talian.
https://mylink.la/sritisrisendayan

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini dan daftar segera sebelum tarikh tutup permohonan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan pendaftaran, sila hubungi talian rasmi kami:
☎️ Pejabat: +60 6-792 3000
πŸ“± Mudir: +60 19-226 7181
πŸ“± Admin: +60 10-789 3548

Bina masa depan generasi soleh pintar bersama SRITI Sri Sendayan. Mohon jasa baik tuan/puan untuk memanjangkan hebahan ini kepada keluarga dan kenalan yang lain.

Terima kasih.

Pengurusan SRITI Sri Sendayan
Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 22/05/2026

🌸✨ GURU HARAKI KEKUATAN JEMAAH ✨🌸

Sambutan Hari Pendidik di PASTI SRI SENDAYAN disambut dengan penuh meriah, ceria dan bermakna sebagai tanda penghargaan kepada semua guru yang sentiasa mendidik dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan keikhlasan β€οΈπŸ“š

Terima kasih buat semua guru PASTI yang menjadi insan hebat dalam membentuk akhlak, ilmu dan sahsiah anak-anak sejak dari usia kecil. Segala pengorbanan, penat lelah dan usaha kalian amat dihargai dan dikenang 🌷

Semoga semua guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat dalam mendidik generasi pewaris ummah 🀲✨

β€œGuru bukan sekadar mengajar, tetapi membina masa depan anak bangsa.”

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik PASTI πŸ’

Photos from PASTI Sri Sendayan's post 20/05/2026

πŸŒΏπŸ„ Terima kasih kepada pihak Farm Fresh atas lawatan dan perkongsian yang sangat bermakna di PASTI SRI SENDAYAN.

Murid-murid sangat teruja dapat mengenali produk tenusu, belajar tentang kepentingan pemakanan sihat serta menyertai aktiviti mewarna dan aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan 🀍✨

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana, malah dapat memupuk kerjasama, keyakinan diri dan kreativiti dalam kalangan murid πŸ₯›πŸŽ¨πŸ“š

Semoga lawatan ini memberi pengalaman dan ilmu yang bermanfaat buat semua anak-anak PASTI. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Farm Fresh atas kesudian bersama kami, INI BARULAH SUSU SEGAR…… πŸ’š

Want your school to be the top-listed School/college in Labu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


NO 205-G/205-1, MERCHANT Square SENDAYAN, Jalan PERDAGANGAN SENDAYAN
Labu
71950

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30