KSIB SMAPL
Program Sarana Ibu Bapa merupakan inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
21/09/2026
🇫🇷✈️ DUA MURID SMAP LABU (SPM 2025) BAKAL MENJEJAKI BUMI PERANCIS! 🇫🇷✈️
Alhamdulillah, warga SMAP Labu sekali lagi melakar kejayaan membanggakan apabila dua orang murid Batch Ittihad2125 :
1.HADWAN HADIF BIN KHAIRUDIN (5 Razi)
2.AISYAH HUMAIRA BINTI MOHD FOUZI (5 Razi)
bakal meneruskan pengajian ke Perancis di bawah tajaan YTP MARA 2026.
Mereka telah mengikuti kursus bahasa Perancis selama dua bulan di Kolej MARA Seremban sebelum melanjutkan pengajian dalam program Foundation in Engineering di IUT de Colmar, Université de Haute-Alsace (UHA), France.
Dan kemudiannya akan menyambung peringkat Bachelor Universitaire de Technologie in Networks and Telecommunications.
Perjalanan mereka akan bermula dengan penerbangan Turkish Airlines dari KLIA ke Istanbul, sebelum meneruskan penerbangan dari Istanbul ke Basel, Switzerland. Dari Basel, mereka akan menuju ke Colmar, France, destinasi pengajian mereka.
Pepatah Perancis ada menyatakan :
“Petit à petit, l’oiseau fait son nid”, yang bermaksud “Sedikit demi sedikit, burung membina sarangnya.”
Begitulah kejayaan dicapai melalui usaha yang konsisten, kesabaran dan ketekunan.
Tahniah dan selamat maju jaya!
Menerajui Kecemerlangan
21/09/2026
DARI SMAP LABU KE IMPERIAL COLLEGE LONDON 🇲🇾🇬🇧
Tahniah buat Khairul Rafiq Bin Khairul Rizal, Pelajar Terbaik SPM SMAP Labu 2023! 👏🏻
SPM 2023: 10A+ & 1A
A Level: 4★ — Kolej Yayasan UEM
Universiti: Imperial College London
Bidang: Chemical Engineering
Tajaan: PETRONAS
Sebuah perjalanan yang membuktikan bahawa kejayaan bermula dengan impian, dibina dengan usaha dan dicapai dengan kesungguhan.
Beliau telah pun berlepas ke London pada 19 September 2026 (Sabtu)
Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi SMAP Labu seterusnya.
Tahniah & selamat maju jaya, Khairul Rafiq!
Didoakan agar terus cemerlang dalam pengajian, dipermudahkan setiap langkah dan dikurniakan kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Menerajui Kecemerlangan
19/09/2026
TAHNIAH & SYABAS!
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah buat Aufa Izzah Sofia binti Shahul Azmi, dari SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan, atas penerimaan Anugerah Lencana Penuh (Full Colours Award) 2025,Sekolah Berasrama Penuh
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha, komitmen, dedikasi dan pencapaian sepanjang bergelar warga Sekolah Berasrama Penuh.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, menimba ilmu dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Tahniah Aufa!
Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SMAP Labu.
“Setiap kejayaan bermula dengan usaha yang tidak pernah mengenal erti putus asa.”
Menerajui Kecemerlangan
13/09/2026
🌟 MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2025 SMAP 🌟
PIBG bersama IKMaL dan pihak sekolah telah bersama-sama dalam Majlis Meraikan Murid-Murid Cemerlang bagi meraikan kejayaan murid-murid daripada setiap batch tahun 2025 serta 10 orang murid Tingkatan 5 terbaik berdasarkan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2026.
Majlis yang berlangsung di Sky Café, KLCC ini merupakan satu bentuk penghargaan dan tanda sokongan kepada anak-anak yang telah menunjukkan usaha, kesungguhan dan pencapaian yang membanggakan dalam akademik.
Selain meraikan kejayaan mereka, program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat dan inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berusaha, memperbaiki prestasi serta mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Tahniah dan syabas kepada semua.
Teruskan berusaha, teruskan melangkah menuju kecemerlangan!
12/09/2026
PETRONAS EDUCATION SPONSORSHIP AWARD PRESENTATION CEREMONY 2026 (KLCC)
Tahniah diucapkan kepada Aufa Izzah Sofia Binti Shahul Azmi (5 Zarqali) dan Mohd Amir Hakimi bin Suhaimi (5 Razi), murid SMAP Labu, atas penerimaan Anugerah Tajaan Pendidikan PETRONAS 2026
Tarikh : 12 September 2026
Tempat: KLCC
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan melakar masa depan yang gemilang.
Menerajui Kecemerlangan
07/09/2026
✨ PROGRAM IMTIYAZ 2 – BATCH ITQAN SMAPL SPM 2026 ✨
Alhamdulillah, Program Imtiyaz 2 Batch Itqan SMAPL SPM 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 hingga 6 September 2026 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), Port Dickson. Program yang melibatkan 144 orang murid dan kehadiran sokongan dari sebahagian ibu bapa ini merupakan anjuran bersama Unit Kurikulum SMAP, PIBG dan KSIB Itqan sebagai salah satu usaha memberikan persediaan terbaik kepada anak-anak dalam menghadapi SPM 2026. Sepanjang program, murid mengikuti kelas-kelas intensif bagi semua subjek, di samping aktiviti riadah di tepi pantai yang memberi peluang untuk merehatkan minda, membina semangat berpasukan serta mengeratkan ukhuwah sesama rakan.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan semangat yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan untuk anak-anak Batch Itqan terus melangkah dengan yakin, berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2026.
05/09/2026
Jejak Batch Ittihad2125
Sekalung tahniah diucapkan kepada Iffah Najihah Binti Mohd Haidhir atas kejayaan menerima Tawaran Penajaan Pembelajaran daripada Dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Ulum Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Semoga peluang menuntut ilmu di bumi Anbiya' menjadi pemangkin untuk terus mencipta kejayaan, mengharumkan nama keluarga, sekolah dan negara.
Menerajui Kecemerlangan
03/09/2026
🌟 *ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH KEM KEPIMPINAN & TEAM BUILDING TINGKATAN 4 (IHTIRAF 2327)!* 🌟
Syukur ke hadrat Ilahi, program Kem Kepimpinan dan Team Building bagi pelajar Tingkatan 4 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada 21 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Rantau Agro Park Training Centre.
Sepanjang 3 Hari 2 Malam di sana, pelbagai aktiviti lasak dan mencabar minda telah dilalui oleh anak-anak Ihtiraf kita. Memang teruji ketahanan fizikal dan mental mereka! Antara pengisian yang paling mengujakan (dan 'mengotorkan' baju!) semestinya aktiviti merempuh halangan dalam selut, cabaran masuk sungai, serta pengalaman berharga mendaki (hiking) ke dalam hutan untuk memasak masakan rimba secara berpasukan. Boleh tengok aksi dan gelagat mereka dalam gambar-gambar di bawah! 💪🔥
Namun begitu, demi mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak, pihak kem terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan aktiviti *Night Walk* pada jam 12.40 tengah malam. Walaupun ada yang sedikit kecewa, tapi bak kata pepatah, keselamatan sentiasa menjadi keutamaan (*Safety First*)!
Mewakili seluruh ibu bapa KSIB Ihtiraf 2327, kami ingin merakamkan *sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih* kepada individu-individu hebat di sebalik kejayaan kem ini:
❤️ *Penghargaan Khas buat Guru Pengiring Setia:*
Terima kasih yang tidak terhingga kepada *Cikgu Fiya, Jie Sensei dan Madam Fahrani*! Jasa cikgu bertiga yang setia menemani, memantau dan menjaga anak-anak kami bermula dari tengah hari Jumaat sehinggalah tamat sepenuhnya acara pada petang Ahad amatlah kami hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas pengorbanan masa dan tenaga cikgu.
🎤 *Majlis Penutup:*
Terima kasih juga kepada *Cikgu Haizul* yang sudi meluangkan masa hadir untuk menyempurnakan Ucapan Penutup Majlis. Kata-kata semangat cikgu pastinya menjadi pembakar semangat buat anak-anak Ihtiraf.
🚌 *Guru-Guru Pengiring Bas:*
Tidak dilupakan barisan guru yang menguruskan pergerakan pergi dan balik anak-anak dengan selamat. Terima kasih *Cikgu Nudzul, Cikgu Ros, Cikgu Azrina, Teacher Yasmin, Teacher Alissa, dan Ustazah Najjah*. Perjalanan anak-anak sangat lancar di bawah seliaan guru-guru semua.
Semoga kem ini berjaya membentuk jati diri, disiplin, dan menyerlahkan potensi kepimpinan dalam diri setiap pelajar Ihtiraf selari dengan objektif program, *"Membangun Potensi, Memimpin Masa Depan"*.
Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang memberikan sokongan padu dan mendoakan kelancaran program ini. Kita jumpa di program KSIB yang seterusnya!
*"PIBG SMAP LABU BAHAGIA MEMBANTU"*
29/08/2026
PETRONAS EDUCATION SPONSORSHIP AWARD PRESENTATION CEREMONY 2026 (Zon Sabah)
Tahniah diucapkan kepada Mohd Amir Hakimi bin Suhaimi (5 Razi), murid SMAP Labu, atas penerimaan Anugerah Tajaan Pendidikan PETRONAS 2026 (Zon Sabah).
Tarikh : 28 Ogos 2026
Tempat: The Palace Hotel, Kota Kinabalu
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan melakar masa depan yang gemilang.
Menerajui Kecemerlangan
12/08/2026
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN SPM TAHUN 2026
Buat semua calon SPM 2026, khususnya anak-anak SMAP Labu, semoga dipermudahkan dalam menghadapi Ujian Lisan Bahasa Arab dan PQS.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.🤲
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Address
Labu
71900