PemudaUmno Batu9 Labu
Pemuda_Cara_Kita
Buat saudara-saudari sekampung yang saya hormati...dan seluruh rakyat2 n9
Pilihan raya sudah lama berlalu. Menang dan kalah adalah adat pertandingan. Yang menang memikul amanah, yang kalah p**a tetap insan yang pernah berbakti kepada masyarakat. Hormatilah kedua-duanya.
Jika suatu ketika dahulu kita pernah menyokong, memuji atau membantu kempen seseorang, tidak ada sebab untuk kita berasa malu. Itu adalah pilihan yang dibuat mengikut keyakinan masing-masing. Tidak perlu menyesal, apatah lagi menyembunyikan diri kerana takut dipandang serong.
Tetapi jika hari ini kita atau keluarga benar-benar memerlukan bantuan, janganlah biarkan rasa malu mengatasi keperluan. Datanglah berjumpa wakil rakyat yang telah dipilih. Insya-Allah, mereka sedia membantu tanpa bertanya, "Dulu undi siapa?" atau "Dulu sokong siapa?"
Yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Jangan kerana politik, kita menyusahkan diri sendiri dan keluarga. Anak-anak tetap perlu dibesarkan, ibu bapa tetap perlu dijaga, dan kehidupan tetap perlu diteruskan.
Marilah kita kembali menjadi satu keluarga besar dalam kampung ini. Berbeza pilihan politik tidak bermakna kita bermusuh. Hulurkan salam, eratkan silaturahim, dan bersama-sama membina kampung yang lebih baik.
Semoga Allah SWT melembutkan hati kita, mengeratkan ukhuwah sesama jiran, dan memberkati setiap usaha membantu mereka yang memerlukan. Aamiin.
*PEMUDA UMNO BATU 9 LABU*
Belajar la move on.. Kapal sendiri da bocor poie la repair copek2.. Atau da tengelam x nmpk.. 😋😋ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
31/07/2026
Sebelum pergi mengundi jangan lupa 2 perkara,
1) Bawa kad pengenalan
2) Pangkah calon no 3
SELAMAT MENGUNDI WARGA LABU...
30/07/2026
JOM BALIK MENGUNDI.
Jangan lupa undi calon 3.
26/07/2026
Mari abg sate datang labu
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Labu