Asian Supply Base
Asian Supply Base Sdn. Bhd. "Imagining the Way Forward"
27/08/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐/๐๐๐๐๐
LABUAN | 25 Ogos 2026
Bertemakan โMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ, Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) turut serta memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1448H/2026M anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.
Seramai 50 orang warga ASB telah mewakili kontinjen ASB dalam sambutan tersebut yang berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kebersamaan.
Majlis telah dirasmikan oleh YB Datoโ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen P.166 Labuan.
Turut hadir ialah Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan; Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI; serta Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua agensi kerajaan dan swasta, pertubuhan dan organisasi, kampung serta institusi pengajian yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini, khususnya kepada para pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping menghayati dan meneladani akhlak mulia, sunnah serta ajaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๏ทบ
24/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ 5 ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
LABUAN | 24 Ogos 2026 (Isnin)
Asian Supply Base (ASB) berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Mejar Jeneral Datoโ Haji Shamshor bin Haji Jaafar, Panglima 5 Divisyen, bersama delegasi pada hari ini.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASB, YBhg. Datuk Japar Esteban, bersama barisan pengurusan tertinggi ASB.
Dalam kunjungan ini, YBhg. Mejar Jeneral Datoโ Haji Shamshor bin Haji Jaafar bersama delegasi berkesempatan mengikuti perkongsian daripada pihak ASB berkaitan peranan, operasi serta aspek keselamatan dan perlindungan ASB. Sesi tersebut turut disusuli dengan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai aspek keselamatan, pertahanan dan kesiapsiagaan.
Perkongsian ini turut mengambil kira kedudukan ASB sebagai Sasaran Penting Negara (SPN) yang memerlukan tahap kesiapsiagaan, kawalan keselamatan dan perlindungan yang kukuh serta berterusan bagi memastikan kelangsungan operasi.
ASB kekal komited untuk memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak ketenteraan, agensi keselamatan dan pihak berkepentingan berkaitan dalam mempertingkatkan tahap keselamatan, kesiapsiagaan dan perlindungan fasiliti secara berterusan.
ASB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Panglima 5 Divisyen dan delegasi atas kunjungan serta perkongsian yang bermakna dalam memperkukuh jalinan kerjasama strategik demi keselamatan dan kepentingan negara.
20/08/2026
๐๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ ๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ญ๐ฎ๐ ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐๐ซ๐๐ก ๐.๐. ๐๐๐๐ฎ๐๐ง
LABUAN | 20 Ogos 2026 โ YBhg. Datuk Japar Esteban, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB), bersama delegasi ASB telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Supt. Wan Mohd Firdaus bin Wan Zaki, Ketua Polis Daerah W.P. Labuan.
Kunjungan ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara ASB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam menyokong aspek keselamatan dan kesejahteraan ekosistem industri di Wilayah Persekutuan Labuan.
ASB komited untuk terus memperkukuhkan jaringan kerjasama bersama PDRM demi memastikan persekitaran operasi yang selamat, kondusif dan berdaya tahan.
19/08/2026
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐โ๐ ๐๐๐ & ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
LABUAN, 18 August 2026 โ Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) and Palm Beach Resort & Spa (PBRS) have formalised a Memorandum of Understanding (MoU) to strengthen accommodation, hospitality and recreational support for ASB employees, crew and industry personnel in Labuan.
The MoU was formalised at a signing ceremony officiated by Datuk Japar Esteban, Chief Executive Officer of ASB, and Mr. Chai Tze Moh, Chairman of PBRS, marking a shared commitment to explore collaboration opportunities that create value for the industry and the local economy.
Under the collaboration, PBRS will offer preferential corporate accommodation rates and selected recreational facilities, providing crew and industry personnel with more comfortable, practical and competitive accommodation options while supporting the hospitality requirements associated with oil and gas activities in Labuan.
The collaboration also reflects ASBโs approach towards strengthening the supporting ecosystem of the oil and gas industry by connecting industry requirements with Labuanโs local hospitality and tourism capabilities.
As a region with a strong heritage and established position in the oil and gas industry, Labuan also has significant potential to leverage the presence of the industry to stimulate tourism, hospitality and related service activities. The partnership therefore represents a positive step towards creating cross-industry synergies that can generate broader economic value for Labuan.
For ASB, the initiative forms part of its efforts to build stronger partnerships with local industries, not only to support operational requirements, but also to contribute to the development of Labuanโs wider business and economic ecosystem.
The collaboration is expected to provide greater comfort, convenience and value for crew and industry personnel, while creating opportunities for the local tourism and hospitality sector to play a more meaningful role within the oil and gas industryโs supporting value chain in Labuan.
ASB x PBRS โ Strengthening Partnerships, Connecting Industries, Creating Value for Labuan.
13/08/2026
Join Us & Imagine the Way Forward!
Ready to take the next step in your career?
Join Asian Supply Base Sdn. Bhd. and explore exciting career opportunities with us! ๐
๐
22 & 23 August 2026
๐ 9:00 AM โ 5:00 PM
๐ Sabah International Convention Centre (SICC)
Come meet our team and discover your future with ASB. We look forward to seeing you there!
&Gas
07/08/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ (๐๐จ๐) ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐. ๐๐๐.
Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) dan ADTEC Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung pada 24 Julai 2026 bertempat di Wisma Asian Supply Base Sdn. Bhd., Labuan.
Majlis tersebut menyaksikan YBhg. Datuk Rospiagos Bin Taha, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, menandatangani MoU bersama YBhg. Datuk Japar Esteban, Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base Sdn. Bhd.
Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah Ts. Dr. Alina Binti A. Rahman@Othman, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan (BPP), JTM; Encik Imalistyahusnanjaya Bin Mat Hussin, Pengarah ADTEC JTM Kampus Labuan; Ts. Sudirman Bin Hammade, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kota Kinabalu; Ts. Suhaidi Bin Mustar, Timbalan Pengarah ADTEC JTM Kampus Sandakan; serta Ts. Dr. Ganesan A/L V. Murugesu, Ketua Unit Jalinan Industri (UJI), JTM.
Pihak ASB turut diwakili oleh Puan Zulainahwaty Sulaiman, Ketua Jabatan Sumber Manusia ASB, selaku saksi, bersama barisan pengurusan ASB.
Pemeteraian MoU ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memperkukuh hubungan antara industri dan institusi pendidikan serta latihan kemahiran, khususnya dalam aspek pembangunan bakat dan kompetensi teknikal.
Kerjasama ini membuka peluang kepada pelaksanaan inisiatif strategik meliputi latihan teknikal dan profesional, pembangunan kompetensi, perkongsian kepakaran serta pendedahan industri selaras dengan keperluan semasa.
Pemeteraian MoU ini mencerminkan komitmen bersama ASB dan ADTEC JTM dalam membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing, serta memperkukuh hubungan strategik antara industri dan institusi pendidikan.
Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada hubungan yang berterusan dan berimpak tinggi, seterusnya menyumbang kepada pembangunan bakat tempatan serta memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.
07/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
๐
๐๐๐ 2026
Pihak Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan penaja atas sokongan, kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan Program ASB Staff Day 2026, yang telah berlangsung pada 25 Julai 2026 di Palm Beach Resort & Spa.
Komitmen dan keprihatinan yang dizahirkan oleh para penaja telah memainkan peranan penting dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar, meriah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sokongan yang diberikan bukan sahaja menyumbang kepada kejayaan penganjuran program, malah turut mencerminkan semangat kerjasama strategik antara ASB dan rakan-rakan industri.
ASB amat menghargai kepercayaan, komitmen dan semangat kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua rakan penaja dalam menjayakan program ini. Besar harapan kami agar hubungan baik yang telah terjalin ini akan terus diperkukuhkan melalui lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa hadapan, demi manfaat dan kejayaan bersama.
Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan penaja atas sokongan yang tidak ternilai.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas,
Jawatankuasa Penganjur
ASB Staff Day 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Wisma ASB, Ranca-Ranca Industrial Estate
Labuan
87017
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Asian Supply Base posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.