Labuan DIVE CLUB

Labuan DIVE CLUB

Share

We are a diving community based in Labuan. We aim to promote the dive sites in Labuan.

Photos from Jabatan Perikanan Negeri Terengganu's post 02/09/2026

Telur Penyu Belimbing muncul kembali di Terengganu. Juga di sini ingin menyeru orang ramai janganlah makan Telur Penyu lagi..

15/08/2026

Lebih baik lewat daripada tidak, agaknya.

Kalau tindakan pembaikan dibuat lebih awal, mungkin kerosakan sehingga jeti runtuh sepenuhnya ini boleh dielakkan. Tapi nampaknya kena tunggu sampai seluruh jeti betul-betul roboh, barulah kerja-kerja pembaikan dan pemulihan hendak dimulakan.

Apa pun, harap kali ini Marina Labuan dapat dipulihkan dengan sebaiknya dan tidak lagi dibiarkan terabai. 🀞

09/08/2026

Akhirnya, hancur juga… πŸ˜”

Salah satu jeti yang paling mudah diakses untuk aktiviti selam skuba di Labuan kini sudah rosak teruk dan tidak lagi selamat digunakan.

Selepas bertahun-tahun terbiar, dan walaupun beberapa kali perkara ini telah dibangkitkan kepada pihak berkuasa tempatan, masih tiada tindakan pembaikan diambil sehingga keadaannya menjadi seperti hari ini.

Sangat menyedihkan melihat kemudahan yang selama ini memberi akses mudah kepada komuniti penyelam Labuan dibiarkan begitu sahaja. 🀿

Harap masih belum terlambat untuk sesuatu dilakukan sebelum kemudahan ini hilang sepenuhnya.

06/08/2026

Sudah lama tak menyelam? Atau nak asah semula kemahiran buoyancy dan keyakinan di dalam air? 🀿

Haven't been diving for a while? Or just want to brush up on your buoyancy and underwater skills?

Jom sertai Refresher Dive kami dan bersedia untuk pengembaraan bawah laut yang seterusnya!

πŸ“… Available slots / Slot tersedia:
β€’ 9 August / Ogos 2026
β€’ 16 August / Ogos 2026

πŸ“© DM/PM untuk tempahan atau maklumat lanjut. See you underwater! 🌊🐠

Photos from BES Labuan's post 30/07/2026

Welcome divers to Labuan

Woman dies after losing contact with group during Pulau Tioman dive 22/07/2026

Salam takziah.

Woman dies after losing contact with group during Pulau Tioman dive KUANTAN, July 22 β€” A local woman died while diving in the waters off Kampung Salang, Pulau Tioman, last Sunday.Rompin police chief Supt Sharif Shai Sharif Mondoi said the...

07/07/2026
04/07/2026

BIG 4 WRECKS MILIK LABUAN BUKAN BRUNEI

Hasil semakan terhadap maklumat yang tersedia secara umum, kami menemui satu iklan pakej selaman yang tarikh dan butirannya kelihatan sepadan dengan video yang tular baru-baru ini. Berdasarkan maklumat tersebut, kami percaya iklan ini berkemungkinan berkaitan dengan perjalanan yang dipaparkan dalam video berkenaan.

Apa yang membimbangkan ialah poster ini menggunakan tajuk "BRUNEI WRECKS" tetapi turut memaparkan Blue Water Wreck, American Wreck, Australian Wreck dan Cement Wreck sebagai sebahagian daripada pakej yang ditawarkan. Keempat-empat bangkai kapal ini berada di perairan Labuan, MALAYSIA.

Perkara ini wajar disiasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan semua aktiviti komersial yang dijalankan di perairan Malaysia mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Perbadanan Labuan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
MOTAC WP Labuan
Kementerian Pertahanan Malaysia
Jabatan Wilayah Persekutuan
Jabatan Laut Malaysia
Jabatan Warisan Negara (Department of National Heritage)

04/07/2026

Are U ready? 🀳
How to connect Labuan Wrecks with Insta360 Insta360?πŸ˜Άβ€πŸŒ«οΈ
JOIN US on this very exclusive underwater Insta360 wreck dive workshop host by Baki Zainal 🀩
Grand prize - a set of Insta360 camera awaits you πŸ˜ƒ
Do not wait, whatsapp +60128336316 / +60178101388 NOW for registration πŸ“²

fans
Labuan Rusukan Besar Resort
Labuan Environment And Marine Conservation Society
Labuan Tourism
Tourism Malaysia, Labuan TIC
Perbadanan Labuan
Jabatan Wilayah Persekutuan
Tourism Malaysia
Labuan Geopark
BES Labuan
Labuan DIVE CLUB

01/07/2026

AKTIVITI SELAMAN DI PERAIRAN LABUAN OLEH OPERATOR LUAR: SIASAT DAN PERKUKUH PENGUATKUASAAN

Hari ini kami dikejutkan dengan sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pencipta kandungan Malaysia yang mempunyai lebih 2 juta pengikut di TikTok serta ratusan ribu lagi pengikut di platform media sosial lain. Dalam video tersebut, beliau memaparkan pengalaman menyertai satu pakej selaman melalui sebuah operator selam dari Brunei ke tapak Blue Water Wreck, yang dipercayai terletak di perairan Malaysia berhampiran Labuan.

Perkongsian yang mendapat liputan meluas ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan komuniti penyelam dan pengusaha industri selam di Labuan. Sekiranya aktiviti tersebut dijalankan tanpa kebenaran atau tidak mematuhi keperluan undang-undang Malaysia, perkara ini wajar diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Selain aspek pematuhan undang-undang dan kawalan sempadan, situasi seperti ini juga berpotensi memberi kesan kepada ekonomi tempatan. Promosi berskala besar oleh seorang pencipta kandungan yang mempunyai jutaan pengikut boleh menggalakkan lebih ramai pelancong memilih pakej selaman melalui negara jiran untuk menyelam di perairan Malaysia. Jika perkara ini berterusan, ia berpotensi mengurangkan peluang ekonomi yang sepatutnya dinikmati oleh pusat selam, pengusaha pelancongan dan komuniti setempat di Labuan.

Sehubungan itu, kami menyeru pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyemak perkara ini serta memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan di perairan sempadan bagi memastikan semua aktiviti pelancongan dan komersial mematuhi undang-undang Malaysia. Pada masa yang sama, usaha perlu dipertingkatkan bagi memastikan industri selam Labuan terus dilindungi dan mampu bersaing secara adil.

Perairan Labuan merupakan aset negara dan khazanah pelancongan yang bernilai. Melindungi kedaulatan perairan serta memastikan manfaat ekonomi daripada sumber negara dinikmati oleh rakyat Malaysia harus menjadi keutamaan.

---

Nota: Tangkapan skrin yang disertakan adalah daripada hantaran awam di media sosial oleh pencipta kandungan berkenaan dan dirakam pada 1 Julai 2026 sebagai rujukan.

Perbadanan Labuan Jabatan Wilayah Persekutuan Jabatan Laut Malaysia MOTAC WP Labuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Jabatan Imigresen Malaysia

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Labuan
87000