MOTAC WP Labuan

MOTAC WP Labuan

Share

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Wilayah Persekutuan Labuan

18/09/2026

Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 @ Titiwangsa melabuhkan tirai dengan sambutan luar biasa apabila merekodkan seramai ๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿต,๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿณ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด, mencerminkan gelombang apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan Malaysia yang terus mendapat tempat di hati masyarakat.

๐Ÿ“ข ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐— ๐—จ๐— ๐—”๐—ก: ๐—™๐—•๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž ๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿต,๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026 @ Titiwangsa melabuhkan tirai dengan sambutan luar biasa apabila merekodkan seramai ๐Ÿฑ๐Ÿต๐Ÿต,๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿณ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด, mencerminkan gelombang apresiasi terhadap seni, budaya dan warisan Malaysia yang terus mendapat tempat di hati masyarakat! โค๏ธ๐ŸŽญ

๐Ÿ“Š ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต:
๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐˜ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐—Ÿ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—™๐—•๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

18/09/2026

Let the COUNTDOWN BEGIN!!!

Genap seminggu lagi gais! Min Min semua di sini excited sudah ne walaupun makin banyak benda maw dikasi settle.

Hari ni juga, Min maw umumkan satu pengumuman!!! Tunggu ya semua

16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September 2026 | Semangat Bersatu, Malaysia Gemilang.

Hari Malaysia menjadi simbol penyatuan rakyat yang berteraskan semangat kebersamaan, keharmonian dan kecintaan terhadap tanah air.

Di Wilayah Persekutuan Labuan, keindahan pulau, warisan sejarah, kepelbagaian budaya serta keramahan masyarakat menjadi antara tarikan yang terus mewarnai landskap pelancongan negara.

Daripada pesona pantai dan pulau, khazanah sejarah hingga ke keunikan budaya dan sajian tempatan, Labuan terus menjadi destinasi yang memperlihatkan kepelbagaian Malaysia dalam satu pengalaman yang bermakna.

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian kaum, memelihara warisan dan memperkukuh semangat perpaduan bagi memastikan Malaysia terus berada dalam keadaan aman, stabil, dan Makmur.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 ikhlas daripada Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Wilayah Persekutuan Labuan.

Photos from MOTAC WP Labuan's post 15/09/2026

PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (MOTAC LABUAN) TELAH MENGADAKAN SESI LIBAT URUS BERSAMA AGENSI PELAKSANA PROJEK PEMBANGUNAN DAN PROJEK PEMULIHAN, PEMULIHARAAN, UBAH SUAI DAN NAIK TARAF (PPUN) TAHUN 2023-2026 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT PEJABAT MOTAC LABUAN PADA 11 SEPTEMBER 2026 JAM 3:00 PETANG. SESI LIBAT URUS INI TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH YBHG. DATUK SURRENDREN SATHASIVAM, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN) MOTAC.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terus memperkukuh pembangunan sektor pelancongan, seni dan warisan di Wilayah Persekutuan Labuan menerusi 9 projek ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ถ๐—ป๐—ณ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฅ๐— 4.485 ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ bagi tempoh 2023-2026.

Sebanyak empat (4) wakil Agensi Pelaksana projek iaitu Perbadanan Labuan, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Muzium Labuan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan (JUPEM Labuan) telah menghadiri Sesi Libat Urus tersebut. Selesai Sesi Libat Urus, YBhg. Datuk TKSU(P) mengadakan lawatan turun padang bersama wakil-wakil Perbadanan Labuan, pegawai Bahagian Pembangunan Prasarana dan pegawai MOTAC Labuan bagi melawat tapak projek pembangunan untuk memastikan skop dan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan iaitu Projek Menaik Taraf Kemudahan Pelancongan di Pantai Layang-Layangan, Labuan di bawah RMKe-13 di mana MOTAC telah meluluskan projek tersebut bernilai RM3juta pada tahun 2026.

15/09/2026

โœจ BORNEO ARTS FESTIVAL 2026 KEMBALI! โœจ

Ayuh raikan kekayaan seni, budaya, kreativiti dan warisan Borneo menerusi Borneo Arts Festival 2026 Edisi Ke-13 dengan tema:

๐ŸŒบ HARTA PUSAKA BORNEO, WARISAN YANG MENYATUKAN.

๐Ÿ“… 25 โ€“ 27 September 2026
๐Ÿ“ Kompleks Ujana Kewangan, Labuan

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati keunikan seni dan warisan Borneo! โœจ

โœจ BORNEO ARTS FESTIVAL 2026 KEMBALI LAGI! โœจ

Kini memasuki EDISI KE-13, Borneo Arts Festival terus menjadi wadah dalam mengangkat kekayaan seni, budaya, kreativiti dan warisan Borneo ke pentas yang lebih luas. ๐ŸŒบ

โœจ HARTA PUSAKA BORNEO, WARISAN YANG MENYATUKAN. โœจ

Dari generasi terdahulu, diwarisi hari ini, dihayati untuk masa hadapan.

Itulah tema yang dibawa dalam BAF 2026 โ€” sebuah tema yang mencerminkan nilai warisan Borneo yang tidak ternilai dan terus hidup merentasi generasi.

Tahun ini, BAF tampil dengan identiti logo berwajah emas (gold) sebagai simbol nilai, kemuliaan, kekayaan dan keunggulan harta pusaka Borneo โ€” seumpama emas yang kekal bernilai, begitu juga warisan seni dan budaya yang perlu terus dipelihara dan diwariskan. โœจ

Daripada seni tari hingga fesyen, daripada tradisi hingga kreativiti kontemporari , โ€” semuanya bersatu dalam satu pentas bagi meraikan keunikan dan kepelbagaian Borneo. ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ‘—๐ŸŽญ

Dan kali ini, BAF 2026 mengangkat kepelbagaian ekspresi seni melalui seni tari, fesyen dan seni visual yang bersatu dalam satu platform bagi meraikan keunikan serta kreativiti masyarakat Borneo.

JUMPA ANDA DI SANA!

๐Ÿ“… 25 โ€“ 27 September 2026
๐Ÿ“ Kompleks Ujana Kewangan, Labuan

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Wilayah Persekutuan Labuan
๐Ÿ“ž 087-408746 / 087-420231

โœจ BORNEO ARTS FESTIVAL 2026
EDISI KE-13 | HARTA PUSAKA BORNEO, WARISAN YANG MENYATUKAN.

Photos from Perbadanan Labuan's post 15/09/2026
Photos from Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia's post 07/09/2026

Keindahan khazanah marin Malaysia terus menjadi tumpuan menerusi ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐——๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, yang menghimpunkan pelbagai aktiviti, pengalaman selam serta apresiasi terhadap keunikan ekosistem bawah laut negara. ๐ŸŒŠ๐Ÿš
YBhg. ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—ฆ๐—ต๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐˜, ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ (๐— ๐—ข๐—ง๐—”๐—–) turut meluangkan masa menyertai dan meninjau pelbagai pengisian festival yang berlangsung di MIMPI Perhentian Resort, Pulau Perhentian.

Photos from Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia's post 07/09/2026

MOTAC terus memperkukuh promosi dan pembangunan sektor pelancongan negara menerusi penglibatan di ๐— ๐—”๐—ง๐—ง๐—” ๐—™๐—ฎ๐—ถ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ, ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฐ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—œ๐—ง๐—˜๐—–, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ.

Photos from Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia's post 07/09/2026

YBhg. Datoโ€™ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah hadir ke ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐˜๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐˜๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—น๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฟ๐—ผ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐— ๐—”๐—›๐—”) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ di Dewan D2, MAEPS Serdang, Selangor. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar bin Ibrahim.

Photos from Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia's post 04/09/2026

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menerima ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ผ๐˜€๐—ฐ๐—ผ๐˜„ ๐—–๐—ถ๐˜๐˜† ๐—ง๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—บ ๐—–๐—ผ๐—บ๐—บ๐—ถ๐˜๐˜๐—ฒ๐—ฒ sebagai platform untuk memperkukuh ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป antara Malaysia dan Moscow. โœจ๐ŸŒ
Kunjungan ini turut dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norwan bin Ahmad, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri MOTAC, yang mencerminkan komitmen berterusan kementerian dalam ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€ ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ serta membuka lebih banyak ruang kepada pertukaran idea, pengalaman dan kepakaran dalam industri pelancongan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Peti Surat, 87008 Wilayah Persekutuan
Labuan
80753

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30