JPJ W.P Labuan
FACEBOOK RASMI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
15/09/2026
09/09/2026
KUNJUNGAN HORMAT LABUAN INTERNATIONAL SCHOOL KE JPJ CAWANGAN W.P. LABUAN
W.P Labuan, 9 September 2026 (Rabu) - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan W.P. Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada Labuan International School.
Kunjungan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh jalinan kerjasama antara JPJ Cawangan W.P. Labuan dan pihak Labuan International School, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, pendidikan serta kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya.
JPJ Cawangan W.P. Labuan amat menghargai kunjungan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga hubungan yang terjalin ini dapat terus diperkukuh serta memberi manfaat kepada warga sekolah dan komuniti setempat.
08/09/2026
DEMI WARGA PEDALAMAN, MEREKA PERTARUHKAN SEGALANYA
Demi memastikan warga pedalaman tidak terpinggir daripada mendapatkan rawatan, mereka sanggup merentas langit dan berdepan risiko. Namun, perjalanan kali ini menjadi khidmat terakhir mereka. Perginya lima insan yang berkorban demi kemanusiaan meninggalkan duka yang mendalam. Al-Fatihah. π€²π»
08/09/2026
02/09/2026
πππππππ πππππππππ πππ ππππππ πππππ! ππ²πΎ
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah atas kejayaan meraih Naib Johan Perbarisan sempena Program Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2026 Peringkat Negeri Sabah.
Kejayaan ini mencerminkan disiplin, semangat berpasukan, komitmen serta kesungguhan seluruh anggota kontinjen dalam membawa nama JPJ Negeri Sabah dengan penuh kebanggaan.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah, Kontinjen JPJ Negeri Sabah!
Terus Cemerlang, Berdisiplin dan Berbakti! π²πΎπ
Ikhlas daripada:
Datuk Haji Mohd Harris bin Ali
Pengarah
dan Warga Cemerlang JPJ Negeri Sabah
31/08/2026
π²πΎ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN π²πΎ
31 Ogos 2026
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan W.P. Labuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-69 Tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air.
Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang aman, makmur, berdaulat dan sejahtera.
π²πΎ Merdeka! Merdeka! Merdeka! π²πΎ
Ikhlas daripada
Warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan W.P. Labuan
27/08/2026
β½ KEJOHANAN SEPAKAN PENALTI SEBORNEO 2026 β½
π₯ SIAPA PALING TENANG? SIAPA PALING TEPAT?
π MUNGKIN PASUKAN ANDA PEMENANGNYA!
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kejohanan Sepakan Penalti Seborneo 2026 sempena Program I-Sihat JPJ Labuan 2026!
π
TARIKH: 27 & 28 NOVEMBER 2026
π TEMPAT: DATARAN WP LABUAN
π₯ TERBUKA KEPADA SEMUA!
Tiada had umur β semua orang awam dialu-alukan untuk menyertai!
π° YURAN PENYERTAAN
RM250.00 / PASUKAN
π½ T-SHIRT PERCUMA
Khas untuk 80 PASUKAN TERAWAL sahaja!
β° TARIKH AKHIR PENYERTAAN:
25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
π HADIAH MENANTI!
π₯ TEMPAT PERTAMA
π° RM3,000 + Sijil Penyertaan
π₯ TEMPAT KEDUA
π° RM2,000 + Sijil Penyertaan
π₯ TEMPAT KETIGA BERSAMA
π° RM1,000 + Sijil Penyertaan
π PEGAWAI KEJOHANAN UNTUK DIHUBUNGI:
1. NICHOLAS MATHEW β 011-23169514
2. JAMES ANAK UNDEK β 014-3242862
π¨ TEMPAT TERHAD! 80 PASUKAN TERAWAL SAHAJA UNTUK MENERIMA T-SHIRT!
π DAFTAR SEKARANG!
Tekan pautan pendaftaran atau SCAN QR PENDAFTARAN:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeC9T6n7Q_5ZSXmMgjv-4HNTNfSXSIOMYYCbO1MNVuULSDk3g/viewform
β½ ASAH KETEPATAN. TUNJUKKAN KEMAHIRAN. CIPTA KEMENANGAN!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Peti Surat 82153, Jalan Kg. Jawa
Labuan
87025
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:30 |
| Tuesday | 08:00 - 16:30 |
| Wednesday | 08:00 - 16:30 |
| Thursday | 08:00 - 16:30 |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:00 - 16:30 |