Kelab Generasi Labuan

Kelab Generasi Labuan

Share

KELAB GENERASI LABUAN

Photos from Kelab Generasi Labuan 's post 14/09/2026

AGM KGL KALI PERTAMA: Bersidang di Ibu Negara.

​Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama Kelab Generasi Labuan (KGL) yang bertempat di Kuala Lumpur. ​Bukan sekadar perjumpaan biasa, AGM kali ini memanfaatkan suasana ibu kota untuk melahirkan idea-idea segar, strategi baharu, serta program-program impak tinggi yang bakal dibawakan oleh KGL tidak lama lagi.

​Daripada perbincangan meja bulat hingga ke sesi fotografi berlatar belakangkan KLCC, semangat seluruh barisan AJK jelas membuktikan kesungguhan demi memartabatkan Kelab Generasi Labuan.

​Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan AGM ini.

​

Photos from Kelab Generasi Labuan 's post 29/08/2026

SOKONGAN KGL BUAT WIRA PARA SUKMA LABUAN! 🇲🇾🏆

​Barisan AJK Kelab Generasi Labuan (KGL) telah mengadakan kunjungan mesra ke kediaman Encik Rafli Hj. Suhaili @ Jambul di Kampung Bebuloh Laut.

​KGL menyerahkan sumbangan ikhlas dan sokongan moral buat atlet angkat berat (powerlifting) kebanggaan kita ini, yang bakal mewakili Wilayah Persekutuan ke kejohanan Para SUKMA di Selangor pada 5 hingga 14 September 2026. 🔥🏋️‍♂️

​Semangat dan dedikasi Encik Rafli membuktikan fizikal bukan penghalang untuk mengharumkan nama Labuan.

Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan sukses membawa pulang pingat emas! 💪🥇
​Ayuh warga Labuan, sama-sama kita doakan kejayaan wira kita! 🔴🔵⚪
​

Photos from Kelab Generasi Labuan 's post 19/08/2026

Sokongan Buat Anak Muda Kg. Sg. Miri

Kelab Generasi Labuan (KGL) berkesempatan menyantuni anak-anak muda Kampung Sungai Miri yang aktif dalam bidang perniagaan dan sukan permotoran.

Sebagai tanda sokongan, KGL turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada Kelab Permotoran Kampung Sungai Miri (GERHA 69) sempena penyertaan dalam StreetTuned Test N Tune – Merdeka Edition 2026, 26–30 Ogos di Kota Belud, Sabah. 🇲🇾

Sokongan kecil, semangat yang besar. Teruskan melangkah dan harumkan nama anak muda kita! 💪🏁

​

Photos from Kelab Generasi Labuan 's post 06/08/2026

📍 Lawatan Tapak Persediaan Double Dart Championship 2.0 2026

Kelab Generasi Labuan (KGL) telah mengadakan lawatan tapak ke Dewan JKR Labuan sebagai persediaan bagi Double Dart Championship 2.0 2026 yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2026.

Selepas kejayaan menganjurkan Double Dart Championship 2025 di Palm Beach Resort & Spa Labuan dengan penyertaan dari Brunei Darussalam, Sarawak, Sabah (Tanah Besar) dan Labuan, KGL kini komited untuk menjadikan edisi 2026 lebih besar, lebih meriah dan lebih berjaya.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong usaha Kelab Generasi Labuan dalam membangunkan sukan dart di Labuan.

🎯 Jumpa anda pada 17 Oktober 2026!

11/06/2026

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi ujian ini. Lindungi Labuan 🤲❤️

Photos from Kelab Generasi Labuan 's post 11/06/2026

RUMAH MUSNAH SEKELIP MATA, KGL TURUN PADANG BANTU! 💔🚒

​Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kelab Generasi Labuan (KGL) hari ini turun menziarahi Rumah Mangsa kebakaran di Kampung Bukit Kalam bagi menghulurkan bantuan kecemasan kepada mangsa, Encik Mohd Yusmahadi Bin Mohd Yusoff sekeluarga.

​Sumbangan barangan keperluan seperti Makanan Kering dan basah, Pakaian terpakai dan keperluan bayi diserahkan terus bagi meringankan beban mereka, turut serta bersama kami Ketua Kampung, Encik Shuhaimi Bin Kula.
​Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tabah dan dipermudahkan urusan untuk bangkit semula. 🤲✨
​

Photos from Kelab Generasi Labuan 's post 19/04/2026

Syawal itu menyatukan. 🌙

Tiada yang lebih indah selain melihat wajah-wajah sahabat dan saudara berkumpul dalam satu suasana yang penuh harmoni. Semoga keberkatan penghujung Syawal ini mengeratkan lagi kasih sayang antara kita semua.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin daripada kami semua. Moga kita terus diberikan kesihatan untuk berjumpa lagi di raya akan datang. 🤲✨

Photos from BES Labuan's post 14/03/2026
Want your practice to be the top-listed Clinic in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


TG 2 Jalan NUSA INDAH, WP
Labuan
87000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Generasi Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Labuan.