IKRAM Tanah Merah

IKRAM Tanah Merah

Share

Malaysia Negara Rahmah

29/04/2026

Ada jiwa-jiwa muda yang bangkit saat yang lain masih leka. Ketika sebahagian daripada kita semakin sibuk dengan urusan dunia dan mulai longgar langkah perjuangan, mereka hadir dengan hati yang bersih, langkah yang laju, dan semangat yang membara.

Sungguh, melihat semangat mereka, terasa kerdil diri ini… seolah-olah usia yang meningkat tidak seiring dengan amal dan pengorbanan.

Mereka tidak menunggu sempurna untuk bergerak. Mereka belajar sambil berjuang, jatuh lalu bangkit, lemah tetapi terus melangkah.

Sedangkan kita yang lebih lama makan garam kehidupan, kadang-kadang masih mencari alasan untuk tidak berbuat apa-apa.

“Sesungguhnya pembentukan umat bermula dengan pembentukan pemuda.” — Hassan al-Banna

Maka beruntunglah para pemuda yang terus berkobar dengan misi Ilahi. Dan malulah kita jika masih ketinggalan di belakang, sedang mereka terus ke hadapan membawa obor dakwah.

Photos from IKRAM Tanah Merah's post 06/04/2026

Para pemuda Islam tidak tunggu “sempurna” baru nak bergerak. Tarbiah & dakwah berjalan serentak.

“Kita hendaklah membentuk generasi yang memahami Islam dengan kefahaman yang syumul, kemudian beramal dengannya, dan menyampaikannya kepada manusia.” — Yusuf al-Qaradawi

04/04/2026

TAHNIAH KEPADA BARISAN PIMPINAN IKRAM MUDA KAWASAN TANAH MERAH SESI 2026–2028

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tanah Merah, 4 April 2026 — Alhamdulillah, Mesyuarat Agung IKRAM Muda Kawasan Tanah Merah yang telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini menyaksikan pemilihan barisan Jawatankuasa (JK) baharu bagi sesi 2026–2028.

Pemilihan ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh gerak kerja anak muda di peringkat kawasan, khususnya dalam usaha membina kepimpinan yang berwibawa, berdaya saing serta berorientasikan solusi kepada masyarakat.

Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi tahniah turut diucapkan kepada IKRAM Muda Tanah Merah atas pencapaian bersejarah sebagai sayap IKRAM Muda Kawasan pertama yang rasmi di negeri Kelantan. Pencapaian ini diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan lebih luas gerakan anak muda di seluruh negeri.

Semoga barisan kepimpinan yang dilantik dapat menggalas amanah dengan penuh dedikasi serta terus komited dalam memperjuangkan agenda pembangunan belia berteraskan nilai, ilmu dan khidmat kepada masyarakat.

"Anak Muda Menjana Solusi"

Photos from IKRAMTeens TM/Machang's post 17/03/2026
09/03/2026

Alhamdulillah iftar jamaie IKRAM Muda Tanah Merah.

08/03/2026

7 Mac 2026, Tanah Merah - Telah berlangsung program tahunan Remaja Raikan Ramadan (3R) yang telah diadakan di Masjid Mukim Gual Ipoh ( anjuran bersama)

Seramai 15 orang peserta telah menyertai program kali ini. Walaupun penyertaan agak sedikit, namun Alhamdulillah setiap tentatif telah dapat dijayakan dengan baik dan menyeronokkan.

Antara aktiviti menarik menghidupkan Ramadan ialah halaqah Al-Quran, taujihat Ramadan, ziarah asnaf, sketsa 1 Hari 1 Hadis Ramadan dan Aktiviti explorace yang menekankan Interaksi dengan Al-Quran.

Perasmian penutup telah di sempurnakan oleh YDP IKRAM Kawasan Tanah Merah,Dr. Hj Wan Marzuki bin Wan Omar.

Terima kasih kepada barisan fasilitator dan penganjur bersama Masjid Mukim Gual Ipoh dan Farmasi CM, Gual Ipoh untuk menjayakan 3R tahun ini.

JK Pelaksana 3R,
IKRAMTeens TM/Machang

Photos from Sekolah Rendah Islam Aman Machang's post 07/03/2026
07/03/2026
18/02/2026

Ramadan Kareem | رمضان كريم

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Machang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Machang
18500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Tanah Merah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Machang.