PAS Rhu Rendang

PAS Rhu Rendang

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PAS Rhu Rendang, Community Organization, Marang.

Selamat Datang
Segala info, gambar serta maklumat mengenai program dan aktiviti Majlis Tindakan Dun (MTD) Kawasan Ru Rendang boleh didapati disini.
#RhuRendangSejahtera
#TerengganuMajuBerkatSejahtera
#SejahteraBersamaIslam
#MalaysiaSejahtera

Photos from PAS Rhu Rendang's post 11/09/2026

Alhamdulillah, pagi ini kembali dihiasi dengan keberkatan majlis ilmu di Masjid Rusila menerusi Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

Dalam perjalanan hidup, ada masa kita diuji dengan kesusahan dan ada ketika kita dilimpahkan kesenangan. Namun dalam setiap keadaan, jangan sesekali kita melupakan Allah SWT. Ketika susah, Allah tempat mengadu. Ketika senang, Allah tempat bersyukur.

Semoga ilmu yang dipelajari hari ini menguatkan hati untuk terus bersabar dalam ujian, bersyukur dalam nikmat dan sentiasa mengingati Allah dalam setiap langkah kehidupan.

Photos from PAS Rhu Rendang's post 01/09/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐†๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐”๐ ๐‘๐‡๐” ๐‘๐„๐๐ƒ๐€๐๐†

Antara sahabat yang tersohor dalam menjaga keselamatan Nabi SAW ialah Saโ€™ad bin Abi Waqqas RA. Beliau menjaga Baginda bukan semata-mata kerana batang tubuh Rasulullah SAW yang mulia, tetapi kerana kecintaan kepada Islam dan kesungguhan memastikan kelangsungan perjuangan dakwah.

Begitulah pentingnya amanah keselamatan dalam memastikan gerak kerja dan perjuangan Islam terus berjalan dengan baik.

Semoga Allah SWT memberkati seluruh sahabat yang hadir dalam pertemuan Keselamatan DUN Rhu Rendang pada kali ini, serta mengurniakan kekuatan, keikhlasan dan keteguhan dalam melaksanakan amanah.

Taklimat ini telah disempurnakan oleh YB Datoโ€™ Ustaz Haji Mohd Nor Hamzah.

Photos from PAS Rhu Rendang's post 01/09/2026

๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐‡๐š๐ญ๐ข, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Š๐ž๐ค๐ฎ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‰๐ž๐ฆ๐š๐š๐ก

Alhamdulillah, Usrah Ahli Jawatankuasa MTD ADUN Rhu Rendang telah berlangsung dalam suasana yang penuh pengisian dan ukhuwah antara ahli. Nuqoba yang menyampaikan adalah Ustaz Abdul Rashid, Ketua Urusan Ulamaโ€™ DUN Rhu Rendang.

Usrah ini menjadi medan untuk menyegarkan kembali kefahaman, memperkukuh hubungan sesama anggota jemaah serta menyemai semangat dalam melaksanakan amanah dakwah dan gerak kerja Islam.

Semoga setiap pertemuan terus memberi kekuatan untuk istiqamah, memperbaiki diri dan bergerak bersama dalam saf perjuangan.

24/08/2026
Photos from PAS Rhu Rendang's post 14/08/2026

Alhamdulillah, pagi ini disirami dengan ilmu dan nasihat dalam Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, yang disampaikan oleh Presiden PAS, YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

Dalam perjalanan memimpin, ilmu adalah cahaya yang menerangi jalan, nasihat adalah peringatan agar langkah tidak tersasar, dan hati yang sentiasa tunduk kepada Allah menjadi kekuatan untuk terus istiqamah.

Semoga setiap mutiara ilmu yang disampaikan menjadi pedoman dalam memikul amanah, memperbaiki diri dan memimpin dengan penuh keinsafan.

11/08/2026

๐ŸŽ™๏ธ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—œ๐—˜๐—ฆ | ๐—˜๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—— ๐Ÿฐ

Daripada perjalanan hidup, pengalaman perjuangan hinggalah kepada masa depan Kuala Nerus dan Terengganu semuanya bakal dikupas secara santai, terbuka dan penuh cerita dalam episod kali ini.

Bersama tetamu istimewa, Datoโ€™ Dr. Alias Razak, Timbalan Pesuruhjaya 2 Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus, ditemani hos Bro Aeman.

Antara yang bakal dibicarakan:
๐Ÿ”น Perjalanan hidup & pengalaman beliau
๐Ÿ”น Masa depan Kuala Nerus
๐Ÿ”น Cabaran dan hala tuju Terengganu
๐Ÿ”น Mampukah PAS mempertahankan 40-0?

๐Ÿ“… ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚
โฐ ๐Ÿต.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ
๐ŸŽง ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ผ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ -๐—˜๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ฑ ๐Ÿฐ

Jangan sekadar dengar. Dengar, faham dan sebarkan.

Photos from PAS Rhu Rendang's post 08/08/2026

Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Kawasan Marang 2026 melabuhkan tirai dengan aktiviti brisk walk serta pertandingan memasak ubi dan telur.

Program ditutup dengan penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Photos from PAS Rhu Rendang's post 07/08/2026

Suasana sekitar Perkhemahan Tahunan Jabatan Amal Kawasan Marang 2026 di Taman Rekreasi Belukar Bukit, Kuala Berang.

Semoga setiap pengisian memberi manfaat, mengeratkan ukhuwah dan membina semangat kebersamaan dalam kalangan jemaah.

Photos from PAS Rhu Rendang's post 07/08/2026

YB Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah menunaikan solat jenazah di atas kubur Allahyarham Saadun bin Sulong (Pak Yek Cikgu Long), yang merupakan mantan pengawal keselamatan beliau di Tanah Perkuburan Darat Pak Chan petang tadi.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Marang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Marang
21600