KOGAJ

KOGAJ

Share

KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN GURU-GURU AGAMA JOHOR BERHAD. Menyediakan skim pembiayaan patuh syariah. Hubungi Koperasi di : https://linktr.ee/galeriKOGAJ

13/07/2026
12/04/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 12 April 2026 (Ahad)
📍 Dewan Muktamar KOGAJ

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-30 Tahun 2026 bagi Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-Guru Agama Johor Berhad (KOGAJ) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang harmoni, teratur dan penuh semangat muafakat.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan tadbir urus koperasi, membentangkan pencapaian semasa serta merangka hala tuju strategik demi memastikan kelestarian dan pertumbuhan KOGAJ pada masa hadapan.

KOGAJ akan terus komited memperkasakan peranan koperasi sebagai pemangkin ekonomi anggota melalui inisiatif yang lebih dinamik, kukuh dan progresif. Usaha ini merangkumi pengembangan aktiviti perniagaan, peningkatan nilai pulangan kepada anggota serta penerokaan peluang baharu yang berdaya saing sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota perwakilan yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan komitmen sepanjang mesyuarat ini.

Insya-Allah, kita akan bertemu semula dalam Mesyuarat Agung Kawasan pada tahun hadapan.

10/04/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐖𝐀𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟯𝟬 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟲

Anggota Perwakilan yang telah terpilih semasa Mesyuarat Agung Kawasan KOGAJ tahun lalu akan bersidang sekali lagi pada hari Ahad ini, 12 April 2026 bagi Mesyuarat Agung Perwakilan Tahun 2026.

Selamat bersidang.

22/03/2026

🌙 𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐢𝐧𝐬𝐚𝐟𝐚𝐧 🤍

Di Syawal yang mulia ini, pihak KOGAJ dengan penuh rasa syukur dan rendah hati mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh anggota.

Semoga kehadiran Syawal menyinari kehidupan dengan keberkatan, memperkukuh jalinan ukhuwah dan menyuburkan nilai keikhlasan dalam setiap usaha kita.

Ampun dan maaf dipohon atas segala kekhilafan, sama ada yang disedari mahupun tidak. Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 🌸

01/03/2026

🌙 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

Inisiatif Keprihatinan dan Kebajikan KOGAJ Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026

📅 Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)

Photos from KOGAJ's post 01/03/2026

🌙 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

Inisiatif Keprihatinan dan Kebajikan KOGAJ Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H / 2026

📅 Tarikh: 1 Mac 2026 (Ahad)

Program Ziarah Cakna Ramadan bagi tahun ini telah dilaksanakan dengan mengadakan kunjungan ziarah ke kediaman Ustaz Mohd Fadhil bin Ismail dan Ustaz Bahrom bin Osman di sekitar daerah Batu Pahat. Ziarah ini diadakan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan berikutan kedua-dua isteri mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Program ini merupakan salah satu inisiatif keprihatinan dan kebajikan KOGAJ sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang penuh dengan rahmat, keampunan dan kasih sayang. Pelaksanaan program ini mencerminkan nilai kebersamaan, empati serta kepekaan sosial dalam kalangan warga KOGAJ terhadap kebajikan ahli-ahli yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Program ziarah ini telah dihadiri oleh Ustaz Hj. Faizal bin Yunos, Setiausaha KOGAJ, Ustaz Hj. Muhammad Rashidin bin Taib, Bendahari KOGAJ, Ustaz Hj. Sabri bin Taib, ALK KOGAJ, dan Ustaz Hj. Abdul Rauf bin Mohd Hairani, AJK Biro Kebajikan KOGAJ.

Bersempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang sedang diuji.

Semoga segala ujian ini digantikan dengan rahmat yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, serta diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dengan penuh kesabaran dan keimanan.

25/02/2026

𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐆𝐔𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

𝑇𝑎ℎ𝑛𝑖𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑔𝑢𝑟𝑢-𝑔𝑢𝑟𝑢, 𝑖𝑏𝑢 𝑏𝑎𝑝𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑐𝑒𝑚𝑒𝑟𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑈𝑃𝐾𝐾 2025. 𝐵𝑎𝑔𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑏𝑒𝑟𝑗𝑎𝑦𝑎, 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑝𝑢𝑡𝑢𝑠 𝑎𝑠𝑎, 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑖 𝑚𝑜𝑡𝑖𝑣𝑎𝑠𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎ℎ 𝑘𝑒 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛.

𝘚𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯𝘢𝘯:
- 𝘔𝘪𝘯𝘪𝘮𝘶𝘮 8𝘈
- 𝘛𝘦𝘮𝘱𝘰𝘩 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯𝘢𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘦𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩𝘪 𝘦𝘯𝘢𝘮 (6) 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘵𝘢𝘳𝘪𝘬𝘩 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯
- 𝘓𝘢𝘮𝘱𝘪𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘰𝘩𝘰𝘯𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘭𝘪𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘶𝘵𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯

23/02/2026

🌙 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐆𝐀𝐉 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

🗓️ Hari Isnin – Khamis
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang

🗓️ Hari Jumaat
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

✨ 𝑺𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏𝒊 𝒊𝒃𝒂𝒅𝒂𝒉 𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝑨𝒍-𝑴𝒖𝒃𝒂𝒓𝒂𝒌 🌙

Terima kasih 💐

20/01/2026

Salam ulang tahun buat Pengerusi KOGAJ, Haji Samsudin bin Samudi.

Seorang pendidik yang mendidik dengan sabar, membimbing dengan kasih, dan memimpin dengan amanah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat, memanjangkan usia dalam keberkatan, serta mengurniakan kesihatan yang berterusan.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


NO. PTB 15571, LORONG KEDAH, OFF Jalan OTHMAN
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 12:30