Autobarn Motorwork Muar

Autobarn Motorwork Muar

Share

Membaiki/servis dan menjual alat ganti kenderaan. Perkhidmatan terbaik dengan harga berpatutan. Jom support bisnes kami!!

10/08/2026

VP Racing Powersports 4T 🏁🏁🏁

Minyak enjin motosikal premium.

βœ… 10w40 fully synthetic
βœ… 10w50 fully synthetic
βœ… API SP / JASO MA2
βœ… RM65 sebotol (1 liter)

Boleh dapatkan di bengkel kami. Atau boleh cod sekitar Muar. Yang jauh kita boleh pos, tak ada masalah.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji:

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor.

29/07/2026

Untuk owner Axia, Bezza, Ativa, Aruz dan seumpamanya, kalau pening tak tahu nak guna minyak enjin apa yang bagus dan original, boleh guna MOTUL 0w20 FULLY SYNTHETIC. Minyak ni datang dalam packaging 3.5 liter, memang ngam untuk enjin anda.

Kualiti dah tentu memang tak payah kita cerita, semua orang tahu Motul punya kualiti macam mana.

Harga pun berbaloi.

RM200 termasuk upah dan oil filter.

Apa lagi mauuu.. harga cun, barang cun.

Berminat boleh roger kami. Kami utamakan booking/appointment.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji:

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi Di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor.

25/07/2026

Pagi ni keluar cod minyak Kendall 0w20 fully synthetic ke Parit Jawa. Yang mana nak beli minyak, memang kita ada cod sekitar Muar.

Terima kasih banyak-banyak sudi support kami.

Yang mana nak beli minyak enjin berkualiti, yang original, boleh la roger ye. Nak cod boleh, nak siap servis pun boleh.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji:

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor.

23/07/2026

Beberapa minggu ni banyak kereta datang masalah gearbox. Yang tukar gearbox pun dah berapa biji dalam bulan ni saja. Yang mana boleh buat, kita buat, yang mana luar kemampuan, kita suggest hantar kat pakar.

Gearbox ni terutama sekali yang auto/cvt memang tinggi kebarangkalian nak rosak. Cepat atau lambat, kebanyakannya (tak semua) sampai masa dia akan buat hal. Faktor wear and tear, faktor cara pemanduan, faktor minyak/servis.

Ni ada sikit tips paling mudah dan asas untuk panjangkan jangka hayat gearbox anda.

βœ… Servis minyak gearbox on time. Jangan lajak, jangan lambat.

βœ… Guna minyak yang sesuai dan ikut spec. Tak kisah brand apa pun, asalkan spec sesuai, takde masalah. Ada yang kata "Perodua kena guna minyak ATF Perodua baru gearbox tahan lama, jangan guna brand lain." Ini merapu tuan-tuan.. Banyak je lagi minyak yang sesuai dan jauh lebih baik, boleh je guna.

βœ… Guna minyak gearbox yang betul-betul original, yang trusted dan berkualiti. Jangan mudah terpedaya dengan minyak fake di kedai oren. Ada minyak yang original, kena pandai selidik dan pilih kedai. Kalau dah dia jual minyak ATF Perodua 'original' 1 liter rm15-rm20, sendiri mau faham la geng.

βœ… Cara pemanduan yang cermat dan berhemah. Kalau kereta baru nak bergerak kat traffic light tu, jangan la amalkan terus berdiri tekan pedal minyak. Tekan slow-slow, bagi ada sikit momentum baru tekan pedal lebih.

Tu jelah tips nak bagi. Nak tahu lebih boleh tanya Google.

Yang mana nak servis/repair kenderaan, nak cari minyak enjin berkualiti dan original boleh roger kami ye.

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor

21/07/2026

Perodua Alza + VP Racing 5w30 fully synthetic. Minyak enjin yang berkualiti menjamin perlindungan dan prestasi enjin yang optimum. Jangka hayat enjin pun mampu bertahan lebih lama. Ini bukan cerita kedai kopi, ini fakta.

20/07/2026

Perodua Alza singgah servis.

βœ… VP Racing 5w30 fully synthetic
βœ… Denso fan motor
βœ… Air filter

Owner steady, walaupun kereta dah lama tapi minyak enjin tetap mau yang tiptop.

Terima kasih sudi support dan percaya bengkel kecil kami.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji:

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor.

19/07/2026

Ready stock VP Racing engine oil 🏁🏁🏁

πŸ”₯5w30 fully synthetic API-SQ (kereta)
πŸ”₯10w40 4T fully synthetic API-SP (motosikal)
πŸ”₯10w50 4T fully synthetic API-SP (motosikal)

Mana fighter-fighter, ini minyak padu dah sampai. Kualiti premium, extra protection untuk enjin anda terutama sekali ketika "cold start".

Bagi minyak enjin kereta, API-SQ adalah standard prestasi minyak enjin petrol terkini yang diperkenalkan oleh American Petroleum Institute (API). Ia menggantikan standard API SP dan direka untuk memenuhi keperluan enjin moden, termasuk enjin turbo, direct injection (GDI), dan kenderaan hibrid.

Yang berminat boleh wasap kami. Nak siap servis boleh, nak beli cod boleh, nak pos pun boleh. Apa je tak boleh? Semua boleh..

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji:

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor.

18/07/2026

Perodua Kancil 850 checked in.

βœ… Clutch kit
βœ… Flywheel oil seal
βœ… Top overhaul
βœ… Steering rack
βœ… Coolant

Terima kasih owner dari Pt Yusof sudi support dan percaya bengkel kami. Owner steady, senang berurusan.

Yang mana nak servis/repair/beli minyak enjin boleh wasap kami untuk appointment ye. Kami utamakan booking dan appointment.

Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji:

017-677 1321 (wasap sahaja)
+60189856771

Lokasi di Kg Jeram Bukit Batu, Muar Johor.

10/07/2026

Proton S70 singgah servis.

βœ… VP Racing Street Legal 5w30
βœ… Geely oil filter
βœ… Geely cabin air filter

Yang mana nak servis, nak minyak berkualiti/original boleh roger ye. Kita bengkel dalam kampung, tapi insyaAllah minyak semua padu, top notch ☺️☺️πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

09/07/2026

BMW F22 + VP Racing Street Legal 5w30 πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯. Nak dapatkan performance enjin yang optimum, minyak enjin kena guna yang ikut spec dan betul-betul berkualiti. Baru power dia mari, dalaman enjin pun terjaga dan tahan lama. Nak cari minyak enjin original & berkualiti, boleh roger ye..

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Lorong Mustapa, Kg Jeram Bukit Batu
Muar
84000

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 18:30
Sunday 09:30 - 18:30