Permata Insan

Permata Insan

Share

Kolej PERMATA Insan
Layari laman Web Rasmi kami: http://permatainsan.usim.edu.my/

Definisi Genius Insan :
Individu yang Abqari berkebolehan tinggi memahami, mentafsir, menghafaz dan mengaplikasi al-Quran dan al-Sunnah dalam kehidupan serta mampu membangunkan tradisi keilmuan Islam dan mencetuskan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Photos from Permata Insan's post 07/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya menganjurkan Program Kem Kepimpinan yang bertempat di Ulu Langat bermula dari 18 hingga 20 September 2026 yang lalu. Program intensif ini diadakan khusus bagi memperkasakan potensi diri, memupuk semangat kerja berpasukan, serta melahirkan barisan pelapis kepimpinan murid yang berintegriti, berdaya tahan, dan berwibawa tinggi sejajar dengan matlamat kecemerlangan holistik kolej.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah diuji dan dibimbing menerusi pelbagai aktiviti mencabar fizikal serta mental, modul pengukuhan jati diri, dan slot pengisian kepimpinan strategik yang dikendalikan oleh barisan fasilitator berpengalaman. Pihak Kolej PERMATA Insan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak pengurusan, guru, fasilitator, dan ibu bapa di atas sokongan padu yang diberikan, dan didoakan agar segala ilmu serta pengalaman yang diraih di Ulu Langat ini menjadi cetusan semangat untuk murid-murid terus cemerlang memimpin masa depan.

πŸ“ Ulu Langat
πŸ—“οΈ 18 hingga 20 September 2026

07/10/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Tahniah dan selamat maju jaya buat delegasi Kolej PERMATA Insan yang bakal mewakili Malaysia dalam XVI International Fair of Scientific and Technical Works of High School Students β€œScientists of the Future” di Moscow, Rusia pada 9–11 Oktober 2026. πŸ”¬πŸŒ

Penyertaan di peringkat antarabangsa ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan peluang buat murid untuk membawa hasil penyelidikan serta nama Kolej PERMATA Insan dan Malaysia ke pentas dunia. πŸ†

πŸ”¬ Penyelidikan-penyelidikan yang bakal dibentangkan:

β€’ Muhammad Aqil Zaquan Mohd Zuliezamri - MYSEISMO: IoT Integration for IR 4.0-Based Earthquake and Environmental Hazard Monitoring System (Microbit Seismic and Meteorological Station)

β€’ Syafiq Danial Syazwan Hazimin - Development of Herbal Lozenges from Pucuk Mata Itik (Ardisia elliptica) Extract as a Natural Remedy for Cough Relief

β€’ Nik Nuramni Fathonah Nik Syaharuddin - Sustainable Production of 3D Printing Filament from Recycled PET Bottle Waste through Mechanical Recycling and Parameter Optimization

β€’ Farisa Az Zahra Mohd Farahan - Biodegradation of Methylene Blue Dye using Perennipora subtephropora F4

β€’ Putri Nur Hidayah Norsazzally - From Malay Manuscript to Soap Production

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Pengiring:

Dr. Liyana Amalina binti Adnan
Dr. Elangovan a/l Narayanan

Semoga dipermudah segala urusan dan semoga pulang dengan pengalaman serta kejayaan yang membanggakan. 🀲✨

All the best, PERMATA Insan! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Russia, here we come! πŸ‡·πŸ‡ΊβœˆοΈ

Photos from Permata Insan's post 06/10/2026

Assalamualaikum wbt,

Kolej PERMATA Insan berbesar hati telah dilibatkan secara langsung bagi persediaan murid pada Kem Pra-Pelepasan Bagi Olimpiad Fizik Al-Ferghani, Uzbekistan.

Program ini telah dilaksanakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan dianjurkan oleh Olimpiad Fizik Malaysia (OFM) melibatkan 3 orang murid Tahap 1 Kolej PERMATA Insan.

Sepanjang program ini, murid-murid yang terlibat didedahkan dengan persediaan menduduki ujian olimpiad, termasuk teori dan eksperimen.

Peserta :
1. Nurzahra binti Zulkifli
2. Iman Haziq Bin Mohd Haris
3. Muhammad Danish Aidan Bin Muhamad Noorazizi

Kolej PERMATA Insan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada OFM dan UTP atas peluang penglibatan ke program ini.

πŸ“ Universiti Teknologi Petronas, Perak.
πŸ—“οΈ 13 hingga 17 September 2026

Photos from Permata Insan's post 05/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Penyerahan Mock Cheque Sumbangan oleh Pelitawanis Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan jayanya, yang dijayakan bersama oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, serta Yang Berbahagia Datin Sri Sharifah Mohd Yusof, Yang Di-Pertua Pelitawanis TNB Kebangsaan, di samping disaksikan oleh Pengarah Kolej PERMATA Insan Dr. Mahiz Spawi, Pengerusi Pelitawanis TNB Cawangan Seremban Puan Nor Aniza binti Zakaria, Yang Di-Pertua Badan MUAFAKAT Ir. Ts. Hj. Mohd Khoushaini Mohd Naim, barisan kepimpinan Exco dan AJK Pelitawanis TNB Kebangsaan serta Cawangan, barisan pengurusan kolej, pensyarah-pensyarah, dan murid-murid Kolej PERMATA Insan.

Kolej PERMATA Insan berbesar hati di atas keprihatinan, dan sokongan daripada Pelitawanis TNB terhadap pengajaran dan pembelajaran murid-murid.Semoga setiap kebaikan dan pelaburan yang disalurkan kan membuahkan hasil yang berpanjangan dalam melahirkan generasi pelopor ilmu yang intelek, berakhlak mulia, dan berdaya saing untuk agama, bangsa, dan negara.

πŸ“ Perpustakaan Kolej PERMATA Insan
πŸ—“οΈ 2 Oktober 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 petang

Photos from Permata Insan's post 05/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua ahli pengakap yang telah menyertai Nature Hiking Santai Sempena Hari Scarf Sedunia 3.0 Peringkat Daerah Negeri Sembilan.

Dalam aktiviti ini, peserta KPI telah mendapat Naib Johan bagi pertandingan Wefie dan tempat ke-4 bagi pertandingan Video Tiktok Kategori Sekolah Menengah.

Seramai 15 orang murid dan 2 orang pensyarah pembimbing yang telah menyertai aktiviti ini iaitu Dr. Norazlina Subani dan Ts. PM Dr. Abdel Rahman Ibrahim Suleiman Islieh yang merupakan penyelaras Badan Beruniform Pengakap KPI.

Pencapaian ini merupakan satu kecemerlangan yang membanggakan dan bukti dedikasi, usaha serta komitmen yang tinggi dalam membimbing anak-anak KPI dalam bidang Kokurikulum.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, mencipta inovasi yang bermakna serta mengukir lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah diucapkan! Teruskan mencipta kecemerlangan!

05/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saidatul Syifa Rifhani Muhamad Mazuan, Dhia Amni Darwisya Azman dan Nur Imanina Mohd Shahir atas kejayaan meraih GOLD AWARD dalam 4th International Conference on Teaching and Education (ICTE) Digital Innovation Competition 2026 yang telah berlangsung secara dalam talian.

Kejayaan ini telah dicapai di bawah bimbingan dan penyeliaan Dr. Norazlina Subani.

Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan dan bukti dedikasi, usaha serta komitmen yang tinggi dalam menghasilkan inovasi dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, mencipta inovasi yang bermakna serta mengukir lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah diucapkan. Teruskan mencipta kecemerlangan.

04/10/2026

SEMAKAN TAWARAN

Assalamualaikum w.b.t

Semakan tawaran bagi Mukhayyam Al-Abrar dan Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS) akan dibuka mulai:

πŸ“… 5 Oktober 2026
⏰ 10.00 pagi

Sila imbas kod QR pada poster untuk membuat semakan tawaran.

Tahniah dan selamat maju jaya.

01/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah diucapkan kepada saudara Abdul Aziz Md Yunus, Kohort 2019 (Dirgahayu) kerana terpilih untuk menyertai Program MADANI Fellowship 2026 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Abdul Aziz akan menjalankan tugas sebagai Felo MADANI kepada Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Selamat menjalankan tugas dan semoga maju jaya.

01/10/2026

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah & Syabas diucapkan kepada pasukan pemantun Kolej PERMATA Insan kerana telah memenangi Naib Juara Pertandingan Pantun Lakon Bertemakan Peribahasa Peringkat Zon Selatan anjuran DRB-HICOM dan Harian Metro.

Pasukan pantun KPI yang mewakili Negeri Sembilan juga dianugerahkan Anugerah Pelakon Terbaik yang dimenangi oleh Aishah Sofea Siddig. Pasukan ini membawa pulang hadiah berjumlah RM8500.00.

Pasukan ini telah dilatih oleh En Nor Adlyizan Theis dan Cik Nurul Zafirah. Semoga pasukan pantun KPI akan terus cemerlang dalam memartabatkan seni warisan pantun Melayu.

Photos from Permata Insan's post 30/09/2026

MOCK INTERVIEW SPM 2026

✨ Preparing Students for Their Next Step ✨

Alhamdulillah, the Mock Interview Programme for SPM 2026 candidates was successfully held from 23–29 September 2026 at Kolej PERMATA Insan.

The programme was designed to prepare students for future scholarship interviews by providing them with valuable exposure to the interview process. Students participated in sharing sessions with experienced panel members, individual mock interviews, and case study presentations, helping them build confidence, communication, critical thinking, leadership, and problem-solving skills. 🌟

A heartfelt thank you and sincere appreciation to all our esteemed panel members from Malaysia Airlines, GAMUDA Scholarship, IJM Scholarship, Bank Negara Malaysia, LTAT, Telekom Malaysia (TM), Volkswagen Group, and Insective Lab for generously sharing their time, experience, and valuable insights with our students.

We are especially grateful to our Kolej PERMATA Insan alumni who returned to support and inspire the next generation of PERMATA Insan students. Your achievements and experiences are a true source of inspiration.

Well done to all SPM 2026 candidates for your enthusiasm, courage, and commitment throughout the programme. May this experience help you step confidently into your scholarship interviews and future journeys.

Want your school to be the top-listed School/college in Nilai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
Nilai
71800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permata Insan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Nilai.