SK Belanja RASMI

SK Belanja RASMI

Share

Sekolah Kebangsaan Belanja mula didirikan pada tahun 1892. Ia merupakan sekolah yang tertua di Daerah Perak Tengah.

Photos from SK Belanja RASMI's post 17/09/2026

Assalamualaikum,
*PENGUMUMAN PENTING*
Adalah dimaklumkan Temasya Sukan Tahunan kita terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan jerebu yg semakin teruk kembali pulih seperti biasa. Arahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa semua aktiviti luar bilik darjah *TIDAK BOLEH* dijalankan apabila indeks pencemaran udara melebihi bacaan 100 dipatuhi. Sekian untuk makluman semua.

Photos from SK Belanja RASMI's post 15/09/2026

Program Utama Sepanjang Bulan Kemerdekaan 2026

17 Ogos - Pelancaran Bulan Kemerdekaan
28 Ogos -Sambutan Ambang Merdeka
14 September - Majlis Penutup

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan melibatkan seluruh warga SK Belanja dan komuniti setempat.

Terima kasih atas komitmen dan sokongan dalam menjayakannya.Syabas!!!

14/09/2026

🌿 JOM BERWAKAF – PROJEK WAKAF GAZEBO SK BELANJA 🌿

β€œSatu Wakaf, Seribu Manfaat”

Assalamualaikum w.b.t. 🌸
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Belanja sedang melaksanakan Projek Wakaf Gazebo SK Belanja bagi menyediakan sebuah ruang yang selesa dan bermanfaat untuk murid & warga sekolah.

🎯 Sasaran kos projek: RM5,000
Walaupun kecil nilainya, wakaf yang kita hulurkan mampu memberi manfaat berpanjangan kepada anak-anak SK Belanja.

🀲 Semoga setiap ringgit yang diwakafkan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
Jazakumullahu khairan kathira. 🌿

Photos from SK Belanja RASMI's post 07/08/2026

PERKHEMAHAN PENGAKAP KERIS PERAK 2026
Perkhemahan berlangsung selama 3 hari dari 7-9 Ogos 2026.
SK Belanja menyertai perkhemahan dengan kekuatan 15 orang murid.
Semoga murid-murid dapat menjalani perkhemahan dengan jayanya.

23/07/2026

⚽ SIARAN LANGSUNG KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPK 2026

Ayuh warga Perak Tengah, sama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan MSSD Perak Tengah yang akan beraksi dalam Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK) 2026.

πŸ“… Jumaat | 24 Julai 2026

Jadual Perlawanan:
⚽ B15
πŸ†š Muallim
πŸ•ž 3.30 Petang
πŸ“ Padang UiTM A

⚽ B18
πŸ†š Batang Padang
πŸ•” 5.15 Petang
πŸ“ Padang UiTM B

⚽ B12
πŸ†š Hulu Perak
πŸ•  5.30 Petang
πŸ“ Padang UTP C

πŸ“² Ikuti siaran langsung menerusi akaun TikTok rasmi yang tertera pada poster.

Selamat berjuang buat semua pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan MSSD Perak Tengah. Bermainlah dengan semangat kesukanan, disiplin serta iltizam yang tinggi demi mengharumkan nama daerah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan.

30/06/2026

PERAK TENGAH BERDUKA.

Dengan penuh rasa dukacita, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Zahari bin Omar, Penolong PPD (Menengah & Tingkatan Enam), yang telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu jam 5.55 pagi 1 Julai 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada warga pendidikan. Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham telah mencurahkan bakti dengan penuh dedikasi, amanah dan komitmen dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan di Daerah Perak Tengah. Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga pendidikan.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para anbiya, siddiqin, syuhada dan solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
dan seluruh Warga Pendidikan Daerah Perak Tengah

* info berkaitan akan dikemaskini dari masa ke masa

28/06/2026

Tahniah Ikram Rizky

Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat adik Muhammad Ikram Rizky bin Ikram, murid Sekolah Kebangsaan Belanja kerana dipilih sebagai Pembahas Terbaik Bahasa Inggeris dalam "Parliamentary Debate Competition" Peringkat JPN Perak 2026. Syabas diucapkan kepada guru pembimbing serta warga Sekolah Kebangsaan Belanja.

Sarang & Sayang, Satu Peluang, Seribu Pengalaman 22/06/2026

Sarang & Sayang, Satu Peluang, Seribu Pengalaman Sarang & Sayang, satu peluang membawa seribu pengalaman.Ikuti perk...

Photos from SK Belanja RASMI's post 19/06/2026

Alhamdulillah, Sambutan Maal Hijrah Peringkat SK Belanja. Menghayati perjuangan & pengorbanan Baginda Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya RA. Semoga menambahkan penghayatan & kecintaan kepada agama.
Perarakan & Ceramah Maal Hijrah oleh AF Ustaz Amar Arif.

Want your school to be the top-listed School/college in Parit?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Parit
32800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Belanja RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Parit.