Maktab Rendah Sains MARA Parit
One of MRSM located in Parit Offering Double certification Programme SPM-IGCSE
DEBAT MRSM 2026 β PIALA TIMBALAN PERDANA MENTERI
Satu pentas perdebatan yang bakal menghimpunkan para pendebat MRSM seluruh negara!
π
18 β 21 September 2026
π€ Debat MRSM 2026
π Piala Timbalan Perdana Menteri
Nantikan kehangatan hujah, ketajaman idea dan semangat para pendebat MRSM!
11/09/2026
Kejohanan SUPER X Kebangsaan 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang.
Alhamdulillah, Perak B berjaya menduduki tempat KETIGA keseluruhan MRSM se-Malaysia dengan kutipan:
π₯ 4 Emas
π₯ 4 Perak
π₯ 7 Gangsa
Daripada 4 pingat emas yang diraih, 2 pingat emas merupakan sumbangan atlet pelajar MRSM Parit, iaitu:
π₯ Tenis Perempuan
π₯ Memanah Lelaki Berkumpulan
Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada atlet-atlet pelajar MRSM Parit yang telah menyumbangkan pingat dalam acara lain:
π₯ Tenis Lelaki
π₯ Bola Tampar Lelaki
π₯ Hoki Perempuan
π₯ Bola Jaring
Setiap kejayaan yang diraih adalah hasil daripada usaha, disiplin, semangat juang dan kerjasama atlet serta guru-guru penasihat yang sentiasa memberikan komitmen terbaik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan serta semua warga MRSM Parit yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyokong kejayaan para atlet.
Terima kasih kepada pihak Muafakat MRSM Parit serta ibu bapa atas sokongan, dorongan dan kepercayaan yang diberikan kepada para pelajar. Sokongan berterusan daripada semua pihak menjadi antara pemangkin semangat kepada atlet untuk memberikan yang terbaik di pentas kebangsaan.
Tahniah juga buat guru-guru penasihat sukan yang hebat, berdedikasi dan sentiasa bersemangat membimbing para pelajar sehingga mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan.
π
Tahniah Wira dan Wirawati MRSM Parit!
Teruskan mengukir kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan sukan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk para pelajar MRSM Parit terus melangkah lebih jauh, mengharumkan nama MRSM dan seterusnya menjadi insan yang mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.
06/09/2026
KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN MRSM KEBANGSAAN 2026
Selamat berjuang dan maju jaya buat para peserta yang mewakili Kontinjen Perak B ke Pertandingan Super X Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung pada 7 hingga 9 September 2026 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Kontinjen Perak B turut diwakili oleh pelajar-pelajar MRSM Parit. Semoga segala usaha, latihan dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik.
Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kekuatan, keyakinan dan semangat juang yang tinggi serta beroleh kejayaan dan kemenangan dalam pertandingan ini.
Selamat bertanding! Berikan yang terbaik dan harumkan nama Perak!
31/08/2026
LEDAKAN ASPIRASI JUARA MRSM PARIT VICTORIOUS & AVICENNA 2026
Tarikh: 27 Ogos 2026
Masa: 8.00 malam β 10.30 malam
Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling dan Muafakat MRSM Parit
Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 & 5
Program Ledakan Aspirasi Juara MRSM Parit Victorious & Avicenna 2026 telah diadakan sebagai satu usaha untuk menyemarakkan semangat, motivasi dan kebersamaan dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 dan 5 bagi menghadapi cabaran akademik serta mencapai kecemerlangan dalam SPM 2026 dan IGCSE 2026.
Program ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah antara batch Tingkatan 4 dan 5, di samping membina semangat berpasukan agar seluruh warga pelajar dapat bergerak seiring dalam merealisasikan misi Akidah yang Benar, Akhlak yang Terpuji dan Akademik yang Cemerlang.
Semoga aspirasi yang dicetuskan melalui program ini terus menjadi pembakar semangat kepada para pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih, saling menyokong dan melangkah bersama menuju kejayaan.
Victorious & Avicenna 2026 β Bersama Melakar Kecemerlangan!
Terima kasih kepada semua yang telah hadir serta memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
30/08/2026
PROGRAM MOTIVASI βKERANA KAMI SAYANGβ
Telah berlangsung Program Motivasi βKerana Kami Sayangβ bersama ibu bapa dan waris pelajar Tingkatan 4 & 5 MRSM Parit pada 28 Ogos 2026 bertempat di Dewan Iltizam, MRSM Parit.
Program ini menjadi wadah untuk mengukuhkan sokongan emosi, motivasi dan hubungan sinergi antara ibu bapa, guru serta pelajar, khususnya dalam menghadapi SPM 2026 dan IGCSE 2026.
Antara pengisian program termasuk perkongsian berkaitan cabaran membesarkan anak remaja, pemahaman emosi dan psikologi anak, peranan ibu bapa sebagai sumber kekuatan serta aktiviti refleksi dan rumusan bersama.
Semoga program ini menjadi satu suntikan semangat buat anak-anak untuk terus melangkah dengan yakin menuju kecemerlangan.
Kerana di sebalik kejayaan seorang anak, ada kasih sayang, doa dan pengorbanan ibu bapa yang sentiasa mengiringi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang hadir, serta kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan kebersamaan yang terjalin memberikan manfaat buat anak-anak MRSM Parit.
Akidah yang Benar β’ Akhlak yang Terpuji β’ Akademik yang Cemerlang
Anjuran :
1. Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM Parit
2. Muafakat MRSM Parit
3. Homeroom Tingkatan 4 & 5
28/08/2026
MAJLIS JAMUAN MAKAN SKP 25/26
π
Tarikh: 27 Ogos 2026 (Khamis)
π Masa: 5.00 petang
π« Anjuran: SKP MRSM Parit
π₯ Sasaran: Semua pelajar SKP Tahun 2025/2026
Objektif Program:
1. Memberi penghargaan kepada warga SKP atas komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang tahun 2025/2026.
2. Meningkatkan motivasi warga SKP agar terus memberikan khidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang.
Majlis Jamuan Makan SKP 25/26 diadakan sebagai tanda penghargaan dan apresiasi atas segala jasa, komitmen serta usaha yang telah diberikan oleh guru-guru SKP MRSM Parit sepanjang sesi 2025/2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan maktab serta Pihak Muafakat MRSM Parit atas sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada guru-guru SKP MRSM Parit atas segala jasa bakti, komitmen dan dedikasi dalam memikul amanah serta tanggungjawab sebagai guru SKP dengan penuh keikhlasan.
Semoga segala usaha dan khidmat bakti yang dicurahkan terus menjadi inspirasi untuk kita bersama dalam memberikan yang terbaik kepada para pelajar.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
28/08/2026
MAJLIS ANUGERAH PENGETUA MRSM PARIT SEMESTER 1 Tr
Tarikh : 27 Ogos 2026
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Pengetua MRSM Parit Semester 1 telah berlangsung dengan penuh bermakna sebagai wadah untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Majlis ini turut menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus berusaha, meningkatkan potensi diri dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga pengiktirafan yang diterima menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah dengan lebih yakin dan mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan MRSM Parit, Muafakat MRSM Parit, para guru & staf serta Badan Wakil Pelajar serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.
Teruskan mencipta kecemerlangan. Anda kebanggaan MRSM Parit!
25/08/2026
MAULIDUR RASUL 1448H
Alhamdulillah, pagi ini warga MRSM Parit bersama-sama memeriahkan sambutan Maulidur Rasul 1448H dalam suasana penuh kecintaan, kesyukuran dan ukhuwah.
Program dimulakan dengan perhimpunan di Pusat Islam MRSM Parit, diikuti perarakan oleh guru, staf dan para pelajar mengelilingi maktab sebagai tanda kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ο·Ί
Selesai perarakan, warga MRSM Parit turut mengikuti sesi ceramah Maulidur Rasul yang menjadi ruang untuk kita menghayati sirah dan perjuangan Baginda, serta mengambil pengajaran daripada akhlak mulia Rasulullah SAW.
Sambutan ini bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi wadah untuk kita menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah serta berusaha meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
π Cinta Rasulullah ο·Ί
π Menghayati Sirah Baginda
πΏ Meneladani Akhlak Mulia
π Menghidupkan Sunnah
π€ Memperkukuh Ukhuwah dan Kebersamaan
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dalam hati dan diterjemahkan melalui akhlak, amalan serta setiap langkah kehidupan kita.
Bersama kita raikan,
bersama kita kenang,
bersama kita meneladani.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ο·Ί
24/08/2026
LUMINOUS SYNERGY CAMP TINGKATAN 2 2026
π
21 & 22 Ogos 2026
π₯ Sasaran: 155 orang pelajar Tingkatan 2
π€ Anjuran: A2A Tingkatan 2
Luminous Synergy Camp (T2) 2026 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu wadah untuk membentuk pelajar yang lebih berdisiplin, berdaya tahan serta mempunyai jati diri dan nilai peribadi yang kukuh.
Objektif program:
1. Memupuk disiplin dalam kalangan pelajar.
2. Mengukuhkan jati diri dan nilai peribadi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihak Pengurusan MRSM Parit dan Pihak Muafakat atas kepercayaan, sokongan padu serta bimbingan yang diberikan sepanjang perancangan sehingga tamatnya program ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) Pelaksana. Komitmen, tenaga, kerjasama dan pengorbanan masa yang diberikan menjadi tunjang utama kepada kelancaran dan kejayaan program ini.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat. Semoga pengalaman sepanjang kem ini menjadi kenangan bermakna serta membentuk Luminous yang lebih berdisiplin, berjiwa kental dan bersatu padu.
y
22/08/2026
SEMINAR TEKNIK MENJAWAB & PENDEDAHAN FORMAT PENDIDIKAN MORAL
Telah berlangsung Seminar Teknik Menjawab & Pendedahan Format Pendidikan Moral bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 anjuran Unit Pendidikan Moral MRSM Parit.
Perkongsian daripada Cikgu Kogila A/P Muniandy dan Cikgu Tibanras A/L Muniandy memberikan pendedahan serta panduan kepada para pelajar dalam memahami format, teknik menjawab dan meningkatkan keyakinan dalam menjawab soalan Pendidikan Moral.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dan menjadi bekalan untuk mencapai kecemerlangan dalam Pendidikan Moral.
yang benar
yang terpuji
yang cemerlang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Parit-Tanjung Belanja
Parit
32800
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Maktab Rendah Sains MARA Parit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.