MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi

MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi

Share

MRSM Tun Abdul Razak , Pekan Pahang Ia memulakan operasinya pada 1 Mei 2010.

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Mara merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera. Maktab Rendah Sains MARA Tun Abdul Razak atau MRSM Tun Razak ialah sebuah institusi pendidikan yang terletak di Km 9 Jalan Kuantan-Pekan. Pada tahun 2011, program perintis International General Certificates of Secondary Education (IGCSE) telah mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 1.

26/09/2026

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—π—”π—Ÿπ—”π—‘π—žπ—”π—‘ 𝗔𝗠𝗔𝗑𝗔𝗛

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah MARA.

26/09/2026

Selamat bersara, YBhg. Dato’ Seri Zufikri Bin Osman. Jasamu dikenang, baktimu disanjung, legasimu akan diteruskan.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 21/09/2026

Alhamdulillah, The Trailblazers telah berjaya bersaing hingga ke pusingan Separuh Akhir (Semi Final) Junior Innovathon RTM 2026!
Butiran Rakaman Episod 1

Tarikh : 8 – 13 September 2026
Tempat : RTM KOTA MEDIA, ANGKASAPURI, KUALA LUMPUR

Peserta :
1. DARY MUHADZDZIB BIN ROSMADI
2. HASYA NUR IMAN BINTI HERMAN
3. ARISSA BINTI HASRUL HELMY

Guru Pembimbing : NOOR DIYANA BINTI FAKHARUZI

Mereka membawa pulang hadiah sagu hati:
- Akaun SSPN bernilai RM1,000 bagi setiap ahli kumpulan
- Sijil Penyertaan peringkat kebangsaan
- Sumbangan RM2,000 kepada sekolah
Berada dalam kalangan pasukan terbaik di peringkat separuh akhir merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, pihak pengurusan, guru-guru, staf dan ibubapa yang sentiasa memberikan sokongan padu secara langsung mahupun tidak.

Walaupun belum ada rezeki untuk melangkah ke pusingan final, pengalaman dan ilmu yang ditimba amat berharga buat pasukan.

Terima kasih semua.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 17/09/2026

Sorotan sekitar Program Sirih Pulang Ke Gagang (SPKG) Alumni MRSM Tun Abdul Razak Kali-1 yang berlangsung pada 14 & 15 September 2026 dianjurkan oleh ANSARA Cawangan MRSM TAR.

​Terima kasih alumni ANSARA TAR bermula alumni SPM 2010 hingga SPM 2023 atas bimbingan perkongsian laluan pendidikan serta kerjaya, bengkel temuduga dan tips temuduga dan mock interview buat adik-adik Tingkatan 5 dan sesi bertemu dan konsultasi secara tidak langsung bersama pelajar-pelajar lain. Semoga modal ilmu yang diberikan menjadi bekal berharga untuk mereka mendepani masa depan!

​Biarpun masa berlalu, ikatan bersama alma mater tidak pernah putus. Semoga usaha kecil kita hari ini membakar semangat adik-adik untuk terus melangkah jauh demi masa depan yang gemilang.

​

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 17/09/2026

PROGRAM KEMBARA ILMU SK PERAMU JAYA KE MRSM TUN ABDUL RAZAK

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kembara Ilmu SK Peramu Jaya (inisiatif CSR maktab) pada 11 September 2026, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Seramai 75 orang murid dan 5 orang guru pengiring SK Peramu Jaya telah menyertai pelbagai pengisian menarik yang dibimbing oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UPBK) MRSM TAR:
* Perkongsian Realiti & Sistem MRSM: Pendedahan mesra tentang budaya kehidupan asrama dan sistem pendidikan maktab.
* Aktiviti STEM Interaktif: Sesi hands-on khas bagi menyuntik minat dalam bidang sains dan teknologi.

Program ini digerakkan dengan cemerlang oleh 12 orang fasilitator Tingkatan 3 daripada gabungan Badan Kepimpinan Pelajar (PRS, BADAR, dan MATRA).
Semoga kembara ini menjadi pemangkin semangat buat adik-adik SK Peramu Jaya untuk terus melangkah menuju Generasi Hebat!

16/09/2026
Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 16/09/2026

KEM JABATAN SAINS SOSIAL 2026 🎯

Alhamdulillah, selesai sudah Kem Jabatan Sains Sosial 2026!

Bertempat di Dewan Taman Tasik Pekan, program ini melibatkan semua guru Jabatan Sains Sosial bersama 110 orang pelajar Tingkatan 3, dengan fokus untuk membawa naratif ilmu ke dalam suasana dan persekitaran pembelajaran yang berbeza.

Bukan sekadar belajar, para pelajar turut diberi peluang untuk mencabar diri, bekerjasama, berkomunikasi, menyelesaikan tugasan dan mengaplikasikan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang santai, interaktif dan menyeronokkan.

Dalam masa yang sama, beberapa aktiviti khas turut disediakan untuk guru-guru Jabatan Sains Sosial sebagai ruang untuk mengeratkan kebersamaan, ukhuwah dan semangat kekitaan dalam keluarga Jabatan Sains Sosial.

Hampir 7 jam bersama, 8 aktiviti dilalui!

1. πŸƒπŸ»β€β™€οΈ Senamrobik β€” Unit PJPK
2. πŸ—ΊοΈ Map Explorer β€” Unit Geografi
3. 🧠 IQRA’ Quest / Moral Game β€” Unit PAI / Unit Moral
4. πŸ“œ Lurve Sejarah β€” Unit Sejarah
5. πŸ”Ž Treasure Hunt β€” Unit RBT & Seni
6. 🎯 Sukaneka Guru
7. 🎁 Slot Tukar Hadiah Guru
8. πŸ”₯ Barbeque

Setiap aktiviti dirancang dengan satu tujuan β€” belajar dalam suasana yang berbeza, membina pengalaman, mencabar potensi dan mengukuhkan hubungan.

Semoga Kem Jabatan Sains Sosial 2026 menjadi satu pengalaman yang bermakna buat semua pelajar dan guru yang terlibat.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 29/08/2026

Majlis Rundingcara Akademik (RCA) Menengah Atas MRSM TAR pada 28hb Ogos 2026.

Pertemuan di antara pelajar, ibubapa dan guru-guru untuk memahami keperluan pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi dua peperiksaan yang penting tahun ini. Semoga kerjasama ini akan berterusan dan memberi manfaat kepada semua terutama pelajar-pelajar calon peperiksaan IGCSE dan SPM 2026.

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 29/08/2026

Program Visionary Initiative for Cyber Security Awareness "VICSA"
28/8/2026
8.00am-12.00pm
Surau Al-Mustaqim
Pelajar Tingkatan 1-3

Photos from MRSM Tun Abdul Razak - Laman Rasmi's post 28/08/2026

Keadaan bagi setiap kelas sempena pulang bermalam wajib: berkeadaan bersih dan tersusun. Semoga sentiasa menjadi amalan anak anak TAR. InsyaAllah.

Want your school to be the top-listed School/college in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


MRSM Tun Abdul Razak, , KM9, Jalan Kuantan-Pekan, , Mukim Pulau Serai
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00