Hospital Pekan Rasmi

Hospital Pekan Rasmi

Share

Hospital Pekan mula beroperasi pada tahun 1936.

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 21/09/2026

πŸ₯ KURSUS PATIENT SAFETY PERINGKAT HOSPITAL PEKAN πŸ₯

πŸ“… 21 September 2026
πŸ“ Dewan Persidangan, Hospital Pekan

Keselamatan Pesakit, Tanggungjawab Bersama. πŸ’™

Kursus Patient Safety Peringkat Hospital Pekan telah berlangsung pada 21 September 2026 bertempat di Dewan Persidangan, Hospital Pekan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan komitmen warga kerja terhadap aspek keselamatan pesakit, di samping memperkukuhkan budaya keselamatan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat diterapkan dalam amalan seharian demi memastikan perkhidmatan kesihatan yang selamat, berkualiti dan berorientasikan pesakit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama serta menjayakan kursus ini. πŸ‘πŸ»βœ¨

πŸ’™ Patient Safety is Everyone’s Responsibility!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 17/09/2026

17 September 2026 | Khamis

T&C bagi kerja-kerja naik taraf Unit Rehabilitasi serta kerja-kerja berkaitan di Hospital Pekan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

16/09/2026

"Semoga tanah air tercinta ini terus kekal aman, subur dengan kedamaian, dan menjadi tempat kita mengejar impian bersama. Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! Bersama kita bina masa depan yang lebih gemilang.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 15/09/2026

πŸ”₯ SEMINAR KESELAMATAN KEBAKARAN

Telah berlangsung Seminar Keselamatan Kebakaran bertempat di Dewan Persidangan Hospital Pekan.

Seminar ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan warga hospital dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan aspek keselamatan kebakaran sentiasa diberi keutamaan.

πŸš’ Keselamatan tanggungjawab bersama. Cegah sebelum terlambat!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 15/09/2026

πŸ“Œ PERHIMPUNAN BULANAN HOSPITAL PEKAN

πŸ“… 15 September 2026 | Selasa
⏰ 8.30 pagi

Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Hospital Pekan yang dianjurkan oleh Unit Hemodialisis, Unit Dietetik dan Sajian.

Program ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kerja berpasukan, menyampaikan informasi serta meningkatkan komitmen warga Hospital Pekan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada para pelanggan.

Semoga perhimpunan ini terus menjadi platform yang menyatukan warga kerja Hospital Pekan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik. πŸ’™

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

15/09/2026

Hebahan Notis Tawaran Sebut Harga bagi Kerja Pemodenan Lif Berusia di Hospital Pekan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 14/09/2026

🩸 CME: TATACARA DAN PANDUAN PENGAMBILAN DARAH

Jabatan Patologi dan Tabung Darah Hospital Pekan telah mengadakan sesi Continuing Medical Education (CME) bertajuk β€œTatacara dan Panduan Pengambilan Darah”.

CME ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman warga kerja berkaitan tatacara pengambilan darah yang betul, selamat dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Semoga sesi perkongsian ini dapat membantu memperkukuh kompetensi serta memastikan kualiti dan keselamatan dalam pengurusan spesimen darah sentiasa berada pada tahap terbaik. 🩸✨

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 14/09/2026
14/09/2026

Langkah Sihat, Semangat Merdeka! β€οΈπŸ€πŸ’™

Jom imbas kembali kemeriahan Langkah Sihat Merdeka 2026! πŸŽ‰
Sihat bersama, meriah bersama, semangat patriotik sentiasa! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

πŸ’ͺ Sihat Itu Saya!

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Photos from Hospital Pekan Rasmi's post 12/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sihat Bersama, Semarakkan Merdeka! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Sempena Program Langkah Sihat Merdeka 2026, warga Hospital Pekan turut sama menyemarakkan program dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dalam usaha menggalakkan amalan hidup sihat serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga hospital dan komuniti.

Antara aktiviti yang disertai adalah Program Derma Darah 🩸 yang membawa mesej penuh bermakna, β€œDerma Darah, Selamatkan Nyawa!”

Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna kepada mereka yang memerlukan. ❀️

Selain itu, peserta turut berpeluang menyertai aktiviti Cenderahati Edisi Terhad serta singgah ke Booth Unit Terapi Cara Kerja yang mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif dan menarik seperti FitMi dan Cognitive Games.

Program sebegini bukan sahaja menggalakkan kita untuk kekal aktif dan sihat, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara warga kesihatan dan komuniti setempat.

Ayuh terus melangkah, kekal sihat dan bersama-sama semarakkan semangat Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

LANGKAH SIHAT MERDEKA 2026
❀️ Sihat
🀝 Bersama
πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Want your practice to be the top-listed Clinic in Pekan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Batu Balik
Pekan
26600