MPP USM
Laman Facebook rasmi MPP USM | Official page of MPP USM
10/09/2026
ποΈ MENJELANG MINGGU SISWA LESTARI ππ
Menjelang Minggu Siswa Lestari, jom bersama-sama menyaksikan sesi perkongsian dan diskusi yang menghimpunkan barisan panel daripada latar belakang berbeza untuk membincangkan isu, pengalaman serta aspirasi mahasiswa.
π
10 September 2026
β° 9.00 malam
π LIVE di Facebook & TikTok
π΅ Facebook: BHEPAUSM
β« TikTok:
π€ Panel: β’ En. Ahmad Heidey Iskandar β Pegawai BHEPA
β’ Muhammad Nor Shahril β Mantan PPSL
β’ Azfar Al Hafiz β YDP MPP
ποΈ Moderator:
Dr. Abdul Rais Abdul Latiff β Pengerusi Penggawa Desasiswa
Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam diskusi yang membuka ruang kepada suara, pandangan dan aspirasi mahasiswa. β¨
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
08/09/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kua Zi Jian, Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Pengurusan, atas penerimaan Anugerah Ikon Kepimpinan Perpaduan sempena Majlis Anugerah Sanjungan Budi 2026, Gabungan Mahasiswa Anak Johor Kebangsaan (GAJ).
Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan yang mencerminkan komitmen, kepimpinan serta sumbangan beliau dalam memperkukuh nilai perpaduan dan membina hubungan yang lebih erat dalam kalangan mahasiswa.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah dengan penuh dedikasi, memperkasa kepimpinan mahasiswa serta menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih bersatu, inklusif dan harmoni.
Tahniah dan syabas! Semoga terus melakar kecemerlangan.π
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2025/2026
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
23/08/2026
Tahniah dan Syabas atas Keputusan Peperiksaan Semester II Sidang Akademik 2025/2026! πβ¨
Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh mahasiswa USM atas keputusan Peperiksaan Semester II yang telah diperoleh.
Apa pun keputusan yang diterima, setiap satunya hadir bersama cerita tentang usaha, penat lelah dan kesungguhan masing-masing. Berbanggalah dengan diri sendiri kerana telah memberikan yang terbaik sepanjang semester ini.
Semoga keputusan ini menjadi langkah untuk terus maju, memperbaiki kelemahan dan mencapai impian yang diidamkan. Jangan berhenti berusaha, kerana setiap perjalanan mempunyai waktunya untuk bersinar.
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2025/2026
"MAHASISWA BANGKIT BERSAMA"
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
18/08/2026
[TINJAUAN KEMPEN BANTU MULA SISWA]
Kempen Bantu Mula Siswa anjuran Task Force Kebajikan Siswa dengan kerjasama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang digerakkan khas untuk membantu bakal mahasiswa baharu.
Tinjauan ini bertujuan mengumpul maklumat pelajar baharu yang menghadapi kekangan ataupun permasalahan bagi proses pendaftaran, seterusnya akan dipanjangkan terus kepada pihak Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) setiap IPT bagi tindakan bantuan sewajarnya.
Tempoh Tinjauan: 18 Ogos 2026 β 30 Ogos 2026
Kaedah:
1. Imbas Kod QR pada poster hebahan atau isi borang melalui pautan yang disediakan.
2. β Isi maklumat dan butiran tawaran pengajian anda dengan lengkap serta tepat.
3. Task Force Kebajikan Siswa akan menyerahkan data terkumpul kepada pihak HEP universiti untuk tindakan susulan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
EKSEKUTIF KEBAJIKAN & KESIHATAN
1. Akmal Arif - 019-9697884
2. β Kiraanjeet - 013β533 1424
Task Force Kebajikan Siswa
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) 2025/2026
17/08/2026
πBORANG TINJAUAN KEPERLUAN PENGANGKUTAN PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2026/2027π
Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik antara pihak Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Dan Alumni (BHEPA) USM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Permuafakatan Anak Negeri (MAPAN) bagi membantu memudahkan urusan perjalanan serta pendaftaran pelajar baharu yang akan mendaftar di USM.
Bantu kami merancang perkhidmatan pengangkutan yang lebih efisien untuk anda dengan mengisi borang tinjauan ini. Maklum balas anda sangat penting untuk memastikan kelancaran perjalanan dari lokasi pickup point pilihan (KLIA atau Lapangan Terbang Penang).
Jom isi borang tinjauan sekarang melalui pautan di bawah:
π https://q.me-qr.com/wvmf3jd2
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
MUAFAKAT UNTUK BERKHIDMAT
π SELAMAT DATANG, MAHASISWA BAHARU USM! π
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada seluruh pelajar baharu Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Akademik 2026/2027 atas kejayaan melangkah ke alam pengajian tinggi.
Hari ini bukan sekadar menerima sebuah tawaran, tetapi menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang bakal mengajar erti ilmu, persahabatan, kepimpinan, cabaran dan kematangan.
Sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM Sidang Akademik 2025/2026, saya mewakili seluruh barisan MPP mengalu-alukan kehadiran anda ke keluarga besar USM. Jadikanlah kampus ini sebagai ruang untuk terus berkembang, berani mencuba, menyuarakan pandangan dan mencipta sesuatu yang bermakna.
Ingatlah, anda bukan sekadar datang ke USM untuk mengejar segulung ijazah, tetapi untuk membina diri, mengukir pengalaman dan meninggalkan jejak yang bermakna. β¨
Selamat datang ke USM.
Selamat memulakan lembaran baharu.
Semoga langkah pertama ini menjadi awal kepada perjalanan yang luar biasa. β€οΈ
Jumpa anda di kampus! π€²π»
Azfar Al Hafiz Azman
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia
Sidang Akademik 2025/2026
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
14/08/2026
π TAHNIAH PELAJAR BAHARU USM! π
Selamat datang ke Universiti Sains Malaysia! Keputusan UPUOnline bagi Sidang Akademik 2026/2027 telah rasmi diumumkan hari ini, 14 Ogos 2026 bermula jam 12.00 tengah hari.
Buat semua anak-anak pelajar yang berjaya menempatkan diri di USM, syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan ini! Perjalanan baharu anda sebagai seorang mahasiswa kini bermula.
Jangan lupa untuk menyertai kumpulan Telegram rasmi pelajar baharu (Freshies) melalui imbasan kod QR pada poster di atas untuk mendapatkan info-info penting seterusnya.
Selamat maju jaya dan jumpa anda di kampus! β€οΈπ€²π»
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2025/2026
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
13/08/2026
π’ 1 HARI LAGI SEBELUM KEPUTUSAN UPU! π
Debaran semakin memuncak! β³
Tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum keputusan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 diumumkan esok, 14 Ogos 2026. Buat semua bakal mahasiswa, teruskan berdoa, kekal tenang dan bersedia untuk melangkah asyik ke gerbang Universiti Sains Malaysia.
Apa pun keputusannya, setiap langkah adalah permulaan kepada perjalanan yang baharu. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang terbaik buat semua pelajar yang memohon! β€οΈπ€²π»
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2025/2026
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
12/08/2026
π’ 2 HARI LAGI SEBELUM KEPUTUSAN UPU! π
Debaran semakin terasa! β³
Tinggal 2 hari sahaja sebelum keputusan UPUOnline bagi sesi akademik 2026/2027 diumumkan pada 14 Ogos 2026. Buat semua bakal mahasiswa, teruskan berdoa, kekal tenang dan bersedia untuk menjadi bakal warga kampus Universiti Sains Malaysia.
Apa pun keputusannya, setiap langkah adalah permulaan kepada perjalanan yang baharu. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan yang terbaik buat semua pelajar yang memohon melalui sistem UPU Online! β€οΈπ€²π»
Ikhlas daripada,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2025/2026
MAHASISWA BANGKIT BERSAMA
WeLEAD | Welfare β’ Empowerment β’ Advancement β’ Development
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
MPP USM, Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar USM, Bangunan H21, Kompleks Cahaya Siswa, BHEPA USM
Penang
11800
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when MPP USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.