MRSM Pendang Rasmi
'Page' Rasmi MRSM Pendang untuk maklumat pelajar dan ibu bapa. MRSM Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini.
Maktab Rendah Sains MARA Pendang (singkatan: MRSM Pendang) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang terletak di daerah Pendang, Kedah. . MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Dewan Selera, Dewan Serbaguna, Pusat Sumber Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, bilik sakit, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap. MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar. MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor
09/08/2026
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026
Pihak Pengurusan Maktab serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Pelajar Tingkatan 5 MRSM Pendang yang akan menduduki Peperiksaan SPMRSM 2026 bermula 10 hingga 27 Ogos 2026.
Semoga Allah mengurniakan kelapangan hati dan kesihatan sepanjang Peperiksaan SPMRSM 2026 berlangsung.
Didoakan agar Nova Pheonix berjaya dalam peperiksaan SPMRSM
sekian terima kasih
Lagu Jabatan Matematik MRSM Pendang
02/08/2026
SELAMAT MENDUDUKI UJIAN AMALI SAINS SPMRSM 2026
Pihak Pengurusan serta seluruh warga MRSM Pendang mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Pelajar Tingkatan 5 MRSM Pendang yang akan menduduki Ujian Amali Sains SPMRSM 2026 bermula 03 hingga 05 Ogos 2026.
Semoga Allah mengurniakan kelapangan hati dan kesihatan sepanjang Ujian Amali Sains SPMRSM 2026 berlangsung.
15/07/2026
Jom Masuk MRSM & Lawatan Sambil Belajar
MRSM Pendang berbesar hati menerima kunjungan murid-murid Tahun 6 dan guru-guru dari SK Kubur Panjang dalam Program "Jom Masuk MRSM" dan Lawatan Sambil Belajar.
Program ini memberi pendedahan tentang kehidupan di MRSM, syarat kemasukan serta kemudahan yang disediakan. Para peserta turut dibawa melawat sekitar maktab bagi merasai sendiri suasana pembelajaran di MRSM Pendang.
Semoga program ini memberi inspirasi kepada para murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi sebahagian daripada warga MRSM pada masa hadapan.
Sorotan aktiviti Kem Intelek Karisma MRSM Pendang Tingkatan 4
Tarikh : 9 - 11 Julai 2026
Tempat : UniKL MSI, Kulim
12/07/2026
KEM INTELEK KARISMA TINGKATAN 4 MRSM PENDANG 2026
Alhamdulillah, Kem Intelek Karisma Tingkatan 4 MRSM Pendang 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 9 hingga 11 Julai 2026 bertempat di UniKL Malaysian Spanish Institute (MSI), Kulim, Kedah, dengan penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 4 MRSM Pendang.
Program ini bertujuan memperkukuh pembangunan sahsiah, meningkatkan kecerdasan intelek, memupuk nilai kepimpinan serta mengembangkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti dan pengisian yang mencabar minda, membina keyakinan diri, menggalakkan kerjasama berpasukan serta menyemai semangat kepimpinan dan jati diri.
Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh sepanjang program ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan. Semoga para pelajar terus melangkah ke hadapan sebagai warga MRSM yang berilmu, berintegriti, berdaya saing dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
12/07/2026
๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐ฌ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ ๐๐ก๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐
Setinggi-tinggi ๐ง๐๐๐ก๐๐๐ dan ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐ฆ diucapkan kepada ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐โ๐ณ๐ข๐ณ๐ฎ๐ฅ ๐๐ข๐ณ๐๐ซ ๐๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ฌ๐๐ข, guru penasihat PSSCM MRSM Pendang serta empat orang pelajar MRSM Pendang di atas kejayaan memenangi pingat Gangsa di dalam ๐ฏ๐ฟ๐ฑ ๐๐ป๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐ก๐ฒ๐
๐-๐๐ฒ๐ป๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐๐ป๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป & ๐ง๐ฒ๐ฐ๐ต๐ป๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ ๐๐
๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐๐ถ๐ผ๐ป (๐ถ-๐ก๐๐ซ๐ง๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ) yang diadakan secara atas talian melalui projek yang bertajuk:
๐ฉ๐ถ๐ฟ๐๐๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ธ: ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ป๐๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐๐ถ๐ด๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ถ ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
Empat orang penyelidik cilik PSSCM yang terlibat adalah:
1. Nuruddin Fitri bin Mohd Iqbal
2. Putri Syaurah Sajida binti Megat Shahrul Amri
3. Nurfaiqa Irdina binti Mohammad Nizan
4. Muhammad Adam Syawal bin Shuhaidee
Secara ringkasnya, VirtuCekak merupakan platform pembelajaran mudah alih interaktif Seni Silat Cekak Malaysia berasaskan Android. Ianya dibangunkan untuk menyediakan akses pengajaran dan pembelajaran Seni Silat Cekak Malaysia secara digital, merangkumi video buah-buah pelajaran, sejarah, falsafah, serta modul kesedaran anti buli dan nombor kecemasan untuk dihubungi.
Melalui integrasi bahan pembelajaran multimedia, pembelajaran reflektif dan pendidikan nilai dalam satu platform, VirtuCekak membolehkan pengguna mengakses kandungan tanpa mengira masa dan lokasi, di samping menggalakkan pembelajaran aktif, refleksi kendiri, pembentukan sahsiah positif serta pemeliharaan warisan bangsa Melayu.
Pencapaian cemerlang ini membuktikan ilmu silat bukan sekadar sebuah ilmu mempertahankan diri, malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran inovasi dan berfikiran kritis dalam kalangan pelajar terutamanya di MRSM. Semoga kejayaan ini dapat meningkatkan lagi taraf ilmu Silat Cekak di persada dunia.
๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฅ-๐๐๐ก๐๐ฅ ๐๐ฆ๐๐
๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐, ๐๐จ๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐ฆ๐๐๐๐ง
๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐๐๐๐ ๐๐
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Jenun, Ayer Puteh
Pendang
06700
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 03:30 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when MRSM Pendang Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.