Perlis Permai

Perlis Permai

Share

Berita | Info Semasa | Pelancongan

Jom Subscribe Page Perlis Permai Supaya Tidak Terlepas Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

16/09/2026

Keretapi Sarong Perlis Dijadikan Acara Tahunan - MB

PADANG BESAR: Penganjuran Keretapi Sarong Padang Besar 2026 yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsung meriah dengan disertai lebih 1,000 peserta pelbagai kaum.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, program anjuran Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Negeri Perlis (Trooper) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan agensi-agensi berkaitan berjaya menyemarakkan sambutan Hari Malaysia dengan pelbagai pengisian menarik.

“Program ini sangat berjaya walaupun merupakan kali pertama ia dianjurkan di Perlis.

“Sambutan diterima cukup baik termasuk daripada badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Silat, Persatuan Pelukis, Persatuan Bahasa dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan program itu, di sini, hari ini.

Abu Bakar berkata, beliau juga amat berbesar hati dengan penganjuran dan pengelolaan program itu malah kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan pada masa akan datang bagi menjadikannya sebagai acara tahunan.

Kata beliau, suasana kemeriahan program itu sememangnya amat bermakna khususnya dalam meraikan peserta terlibat yang terdiri daripada anak-anak Malaysia.

“Saya difahamkan, program seperti ini telah diadakan di negeri-negeri lain, malah di Kuala Lumpur mungkin sudah memasuki penganjuran kali ke 10. Namun, Perlis merupakan kali pertama dan saya bersyukur kerana program ini pertama kali berlangsung di negeri ini pada zaman saya,” katanya.

Katanya, selain dapat mengikut pelbagai aktiviti dan acara sambutan, program itu turut meraikan semangat kecintaan kepada negara bersempena dengan Hari Malaysia yang jatuh tanggal 16 September.

Gambar : ABU Bakar Hamzah (tengah) bergambar bersama peserta Keretapi Sarong Perlis 2026 yang berlangsung di Padang Besar Street, Perlis, hari ini.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Photos from Perlis Permai's post 16/09/2026

𝗞𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗦𝗮𝗿𝗼𝗻𝗴 ‘𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶’ 𝗣𝗲𝗿𝗹𝗶𝘀, 𝗣𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗕𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

PADANG BESAR: Program Keretapi Sarong Padang Besar 2026 bersempena sambutan Hari Malaysia yang julung kali diadakan di negeri ini mendapat sambutan cukup hebat, dengan orang ramai segak mengenakan pakaian tradisional.

Program inisiatif tahunan Locco Malaysia yang dikendalikan Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Negeri Perlis (Trooper) itu bermula dengan lebih 1,000 peserta pelbagai lapisan umur dan kaum menaiki keretapi dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Arau ke Padang Besar yang menyajikan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan kebudayaan.

Program dirasmikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah itu memberi pengalaman unik kepada orang ramai menghayati warisan budaya Malaysia dalam suasana moden.

Presiden Trooper, Ku Hasrin Ku Abdul Rahman berkata, program Keretapi Sarong Padang Besar 2026 menjadi catatan penting apabila buat pertama kalinya dilaksanakan di Perlis.

Katanya, dalam menjayakan program itu, Trooper memberikan tumpuan khusus kepada Padang Besar, selaras dengan potensi kawasan berkenaan sebagai lokasi sempadan strategik yang menjadi pintu masuk utama serta hab logistik penting antara Malaysia dan Thailand.

Beliau berkata, melalui inisiatif tersebut, Trooper bukan sahaja mempromosikan aktiviti kebudayaan, malah memperkenalkan keunikan produk pelancongan sempadan dan ekopelancongan di Padang Besar bagi menarik lebih ramai pelancong domestik serta antarabangsa yang sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

“Program Keretapi Sarong merupakan inisiatif tahunan yang diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia. Diperkenalkan semula pada tahun 2017, program yang bermula daripada sebuah acara flash mob budaya tersebut, kini telah berkembang menjadi satu gerakan kebudayaan besar yang mendapat sambutan luar biasa di seluruh negara.

“Program Keretapi Sarong juga sudah memasuki edisi ke-10 pada tahun ini. Para peserta akan menaiki pengangkutan awam bersama-sama sambil mengenakan pakaian tradisional dan kain sarung yang melambangkan identiti bangsa.

“Selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam sebagai amalan yang lestari dan mesra alam, program ini turut memberi pengalaman unik kepada peserta untuk menghayati warisan budaya Malaysia dalam suasana moden,” katanya.

Ku Hasrin berkata, program berkenaan turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik khususnya Railway Assets Corporation (RAC) dan KTMB yang bersama-sama membantu menjayakan acara yang berkonsepkan perjalanan kereta api sambil mengangkat elemen budaya dan komuniti setempat.

“Diharapkan penganjuran tersebut bukan sahaja menjadi satu acara yang meriah tetapi meninggalkan kenangan bermakna serta menyemarakkan semangat perpaduan, kecintaan terhadap budaya dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sebagai rekod, Trooper merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak aktif dan konsisten dalam merancang serta melaksanakan program-program promosi bagi sektor pelancongan, ekopelancongan dan aktiviti rekreasi di seluruh Perlis dan negara jiran melibatkan Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sebagai sebuah entiti penting dalam industri pelancongan tempatan, Trooper juga bertindak sebagai jambatan penghubung antara komuniti, pemain industri dan pihak berkuasa bagi memastikan potensi pelancongan negeri dapat dioptimumkan sepenuhnya.

📷 : YB Marzita Mansor, YB Shahidan Kassim. JKKN Perlis
Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Photos from Perlis Permai's post 16/09/2026

Konvoi Jelajah Samudera

Kangar : Sebanyak 80 bot menyertai Konvoi Jelajah Samudera sempena sambutan Hari Malaysia di perairan Kuala Perlis hari ini, melibatkan kira-kira 700 peserta.

Konvoi sejauh 14 kilometer itu bermula dari Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis dengan setiap bot dihiasi Jalur Gemilang.

Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

16/09/2026

Abu Bakar Gesa Pengerusi Bersatu Perlis Turun Padang Selesai Kemelut Cawangan

PADANG BESAR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Izizam Ibrahim digesa supaya segera turun padang bagi menyelesaikan isu melibatkan beberapa cawangan parti itu susulan peletakan jawatan pimpinan bahagian dan ahli akar umbi secara beramai-ramai sebelum ini.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, langkah itu berikutan tiga bahagian di negeri ini iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar masih hidup biar pun berlaku tindakan peletakan jawatan beramai-ramai.

Menurut beliau, buat masa ini, cawangan beliau iaitu Hujung Tanjung tetap kekal seperti biasa malah pihaknya juga masih lagi merupakan ahli Bersatu.

“Kita tak ada masalah tentang itu. Cuma sebagai Ketua Bahagian yang hilang 90 cawangan ini, perlu masa lah untuk atur langkah balik. Tapi saya amat mengharapkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri yang baharu ini turun padang dan pastikan cawangan-cawangan Bersatu ini dapat dihidupkan balik.

“Jadi itu tugas besar yang harus dilaksanakan oleh Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri. Bagi saya sebagai Menteri Besar, kami berpaksi kepada mandat Perikatan Nasional (PN),” katanya di sini, hari ini.

Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut melanda Bersatu di negeri ini susulan pengumuman peletakan jawatan beberapa pimpinan bahagian dan akar umbi parti itu sebelum ini.

Ujar Abu Bakar, Jawatankuasa Bersatu Bahagian juga sebelum ini ada memaklumkan kepadanya berhubung isu peletakan jawatan itu malah difahamkan surat juga telah dihantar ke pusat.

“Cawangan-cawangan yang dah umumkan p**a masih dalam proses (serah surat) dan kita nampak hari ini, bila perletakan jawatan berlaku maka pilihan mereka ada Parti Wawasan Negara (Wawasan) lah. Apa boleh buat.

“Kita tak boleh halang hak seseorang itu untuk pilih parti mana tapi yang pentingnya, saya mohon kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri agar terus berusaha untuk memperkemaskan balik barisan Bersatu di Perlis,” katanya.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

16/09/2026

Litar ESR Dragway Lonjak Ekosistem Sukan Permotoran Di Perlis

PADANG BESAR: Kerajaan negeri berhasrat membangunkan sebuah ekosistem sukan permotoran yang tersusun, selamat dan profesional menerusi pembinaan Litar ESR Dragway Perlis bernilai RM20 juta di Chuping.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, beliau berharap pengalaman ESR Motor dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya bersama Perlis Holdings Sdn Bhd (PHSB) bagi memastikan litar itu mampu memenuhi keperluan penggiat sukan permotoran.

Beliau berkata, dalam masa sama, pembangunan litar itu juga diharap dapat menjadi platform untuk mencungkil dan membangunkan bakat-bakat baharu dalam sukan itu.

“Kita mahu mereka bukan sekadar menjadi penonton. Kita mahu mereka berpeluang menjadi pelumba, mekanik, juruteknik, jurutera, pengurus pasukan dan tenaga profesional dalam industri permotoran.

“Pada masa yang sama, kita berharap kemudahan seperti ini dapat menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada anak- anak muda daripada terlibat dalam aktiviti lumba haram di jalan raya,” katanya semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Litar ESR Dragway Perlis, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, projek pembangunan litar itu adalah merupakan hasil kerjasama strategik antara PHSB yang merupakan subsidiari kepada Menteri Besar Incorporation (MBI) Perlis dengan pihak ESR Motor.

Projek ini melibatkan kos pembangunan bernilai RM20 juta di kawasan seluas kira-kira 30 ekar, dengan laluan lurus sepanjang kira-kira 1.3 kilometer dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Abu Bakar berkata, menerusi pembangunan litar itu, kerajaan negeri juga melihat potensi besar dalam bidang pelancongan sukan khususnya dengan kedudukan Perlis sebagai negeri sempadan yang memberikan kelebihan tersendiri.

“Kita mahu peminat permotoran dari negeri-negeri lain, termasuk dari Thailand, datang ke Perlis untuk menyertai pertandingan atau menyaksikan acara.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

16/09/2026

Bersatu Pusat, Negeri Belum Terima Surat Mereka Yang Meletak Jawatan - Izizam

PADANG BESAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat pusat mahu pun negeri masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli atau pemimpin yang meletakan jawatan serta meninggalkan parti sebelum ini.

Pengerusi Bersatu negeri, Izizam Ibrahim berkata, semakan pihaknya bersama kepimpinan Bersatu Pusat mendapati dakwaan pembubaran cawangan dan sayap parti juga tidak selari dengan rekod pendaftaran sebenar.

Beliau berkata, sebagai contoh, Bahagian Arau hanya merekodkan lima cawangan layak bersidang berbanding puluhan yang didakwa terbubar, manakala barisan kepimpinan sayap Armada dan Srikandi kawasan itu juga sebenarnya hanyalah sekadar berstatus penaja.

“Sepatutnya individu terbabit hanya umumkan dia sahaja yang keluar parti, bukannya bungkus semua sekali kerana ada ahli akar umbi yang menelefon saya mengadu mereka langsung tidak tahu-menahu bila masa mereka letak jawatan.

“Saya tidak akan melayan lagi sebarang sidang media daripada mereka selepas ini dan akan terus menumpukan fokus kepada gerak kerja pemutihan parti dan menyiasat setiap cawangan secara berdepan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat DUN T**i Tinggi, di sini, hari ini.

Izizam berkata demikian mengulas tindakan beberapa pemimpin dan ahli Bersatu di Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau yang sebelum ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Sebagai rekod, Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Padang Besar, Ramzi Md Udi bersama sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK), termasuk 14 daripada 24 ketua cawangan sebelum ini mengumumkan keluar parti.

Manakala di Kangar, selain pemimpin bahagian dan jawatankuasa sayap-sayap parti, 90 daripada 99 ketua cawangan turut mengambil langkah sama berhijrah bersama Wawasan.

Di Arau p**a, sebahagian besar pimpinan jawatankuasa Bersatu bersama 10 ketua cawangan bahagian mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Photos from Perlis Permai's post 16/09/2026

JPN Perkenal MyKad Generasi Baharu – Dilengkapi NFC, Kod QR, Cip Dibahagian Belakang

Jabatan Pendaftaran Negara hari ini secara rasminya memperkenalkan kad identiti nasional atau MyKad generasi baharu – membawakan rekaan serba baharu, dan hadir dengan sejumlah penambah-baikkan dari segi sekuriti.

Dari segi rekaan, kini gambar dipaparkan pada bahagian kiri kad, sementara cip, dan kod QR kini dibawa ke bahagian belakang kad. MyKad baharu ini turut menyertakan lapisan polikarbonat untuk memastikan ia bertahan lebih lama berbanding kad sebelum ini.

Untuk tujuan sekuriti, sejumlah penambah-baikkan disertakan, termasuk ciri keselamatan ultraungu, hologram keselamatan dinamik. Penyertaan NFC turut membolehkan data dibaca secara nirsentuh, atau boleh turut menggunakan cip untuk tujuan pembacaan di terminal.

MyKad baru ini boleh dipohon bermula 17 September 2026, di lebih 40 cawangan JPN seluruh negara. MyKad sedia ada masih boleh digunakan seperti biasa, dan masih tiada arahan untuk penggantian sepenuhnya MyKad sebelum ini buat masa ini.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Amanz
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Photos from Majlis Perbandaran Negeri Perlis's post 16/09/2026
16/09/2026

SALAM PERLIS

16 September 2026 | 4 Rabiulakhir 1448H

Selamat Pagi | Panorama Indah Perlis

Selamat Menyambut Hari Malaysia🇲🇾

Kredit 📸 : thinneshkumar | MY🇲🇾

Perlis💛💙 Malaysia🇲🇾

15/09/2026

Raja Muda Perlis Dimasyhur Canselor UMAM Pertama Untuk Tempoh Lima Tahun

MEDAN, 14 Sept - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) pertamauntuk tempoh lima tahun.

Istiadat pemasyhuran di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU) di sini menyaksikan penyerahan watikah oleh Menteri Pendidikan Dasar dan Menengah Republik Indonesia yang juga Sekretaris Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Profesor Dr Abdul Mu'ti.

Abdul Mu'ti mewakili Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah Profesor Haedar Nashir pada istiadat itu.

Dalam titah sempena istiadat pemasyhuran itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap UMAM sentiasa bergerak seiring dengan peningkatan kualiti akademik, integriti penyelidikan, kebajikan mahasiswa dan pembangunan sahsiah.

Baginda bertitah kemajuan sesebuah universiti tidak hanya diukur melalui jumlah pelajar, program atau pencapaian institusi tetapi melalui kualiti lepasan universiti serta manfaat yang disumbangkan kepada masyarakat.

“Sebagai Canselor, saya ingin melihat UMAM melangkah lebih jauh dan memperkukuh bidang penyelidikan yang relevan dengan keperluan semasa, memperluas jaringan antarabangsa serta membina kerjasama strategik dengan universiti Muhammadiyah dan institusi pendidikan tinggi lain di Asia Tenggara,” titah baginda.

Yang turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan harapan agar UMAM terus memainkan peranan sebagai jambatan persahabatan yang memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Baginda bertitah hubungan melalui pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri kerana bukan sahaja menghubungkan institusi malah membina jaringan insan, pemikiran dan pengalaman yang mampu berkembang merentas generasi.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : BERNAMA
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

Want your business to be the top-listed Media Company in Perlis?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Perlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perlis Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Perlis.