HALUAN Perlis
HALUAN - Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988
14/06/2026
RAYUAN TABUNG BENCANA KEBAKARAN KUALA PERLIS
Pada 13 Jun 2026, lapan buah rumah di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis telah musnah dalam satu kebakaran besar. Ramai keluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda.
Marilah kita bersama meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang diuji. Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna buat mereka.
Rasulullah SAW bersabda:
"Allah sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya." (HR Muslim)
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun rasmi HALUAN:
* Bank: RHB Bank Berhad
* Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
* No. Akaun: 2590-1800-0070-86
* Rujukan transaksi: Kebakaran Kuala Perlis
πSebarang pertanyaan hubungi talian Hotline:
En Khosran 6019-6631586 atau En Muhd Ridha 6011-20593619
Ayuh hulurkan bantuan dan sebarkan rayuan ini.
Semoga Allah membalas kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.
12/05/2026
Ayuh tuan puan, waktu2 akhir utk kita menyumbang kpd pendanaan program πͺπΌ
Anda ingin menderma & mendapat resit pengecualian cukai β
Disini ππΌππΌππΌ
https://yayasanmatri.org/product/sukhal-2026/
Sukacita dimaklumkan, Biro Sukan & Rekreasi HALUAN dengan sokongan Yayasan Matri(YM) kini membuka peluang infaq kepada anda.
Peluang infaq ini dibuka kepada semua pihak individu mahupun organisasi.
Ayuh!!
Kita rebut peluang infaq ini bagi menjayakan program SUKHAL yang dirancang.
Semoga Allah memberkati infaq tuan-tuan.
Pertanyaan pelepasan cukai ππΌ
YM - 011-5966 3246
TAJAAN SUKHAL 2026 - Yayasan Matri TAJAAN SUKHAL 2026
07/12/2025
6 Disember 2025, Beseri. PERLIS β Dalam suasana pasca banjir yang masih suram, seramai 48 orang relawan daripada HALUAN Malaysia cawangan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang turun ke lapangan dengan penuh tekad dan rasa tanggungjawab. Mereka dibahagikan kepada tiga pasukan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara menyeluruh.
Pasukan Satu mengedarkan barangan keperluan asas kepada penduduk di Kampung Tasoh, membantu keluarga yang masih bergelut memulihkan hidup selepas banjir. Pasukan Dua p**a bertungkus-lumus melakukan pembersihan di Pusat Kokurikulum Kaki Bukit, mengalihkan peralatan rosak dan membersihkan selut yang menebal. Pada masa yang sama, Pasukan Tiga meneruskan khidmat di Sekolah Tengku Budriah, Arau memastikan ruang pembelajaran anak-anak dapat dipulihkan secepat mungkin.
Di kedua-dua lokasi, keadaan masih memerlukan bantuan orang ramai, khususnya tenaga pembersihan kerana banyak aset musnah dan kawasan yang sangat kotor. HALUAN Perlis terus mengharap sokongan tenaga dan sumbangan kewangan agar usaha ini dapat diteruskan.
04/12/2025
SERUAN MISI RAKYAT | MISI BANJIR PERLIS
π Sabtu | 6 Disember 2025
π 8.00 pagi (berkumpul & taklimat)
Lokasi Misi:
π Pusat Kokurikulum, Kaki Bukit
π SK Tengku Budriah, Arau
π Mohon bawa bersama:
- Peralatan mencuci (baldi, berus, mop dll)
- Sarung tangan getah
- Pakaian sesuai & kasut getah
π€ Pendaftaran Relawan: daftar disini: https://forms.gle/orniMv5RYLgPK37r7
atau hubungi π€ Taqi: 60135697987 / π© Kak Bah: 60139543732
Ayuh sahut seruan misi ini!
Ringankan beban mangsa, ringankan hisab kita.
βDan Allah sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu membantu saudaranya.β (HR Muslim)
27/11/2025
Banjir di Perlis telah memberi impak signifikan kepada ribuan isi rumah.
HALUAN Perlis sedang menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menyediakan bantuan segera merangkumi keperluan asas, sokongan logistik dan pemulihan pasca banjir.
Kami mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi memastikan operasi bantuan berjalan lancar dan berterusan.
Setiap sumbangan anda menyokong tindakan pantas di lapangan β makanan, kit kebersihan, pembersihan rumah serta bantuan kecemasan.
Bersama kita pulihkan Perlis.
Sedikit daripada anda, besar maknanya untuk mereka.
π Salurkan Sumbangan Anda
RHB Bank
25901800007086
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Kod rujukan: Perlis Prihatin Banjir
Atau imbas DuitNow QR dalam poster.
26/11/2025
Terkini!
Berita Operasi Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis
(26 Nov 2025)
Bilik Gerakan Banjir HALUAN Perlis kini giat menguruskan proses pembungkusan barang keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa banjir. Antara barangan yang sedang dipacking termasuk beras, minyak masak, gula, garam, makanan segera, air mineral, lampin pakai buang, ubat-ubatan ringan serta kelengkapan kebersihan diri. Semua sukarelawan berganding bahu memastikan bantuan sampai tepat pada waktunya demi meringankan beban mangsa yang terjejas.
Kami menyeru orang ramai untuk turut serta menyumbang barangan asas atau wang tunai bagi mengukuhkan usaha bantuan ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Tingkat 1, Bangunan Farmasi Ikhtiar, Taman Sena Indah
Perlis
01000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.