RISDA Pulau Pinang

RISDA Pulau Pinang

Share

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Pulau Pinang
--------------------------------------

RISDA adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah kuasa yang diluluskan oleh Parlimen:-

- Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah RISDA (Akta 85 Tahun 1972).
- Ordinan Kump**an wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Dengan terlancarnya RISDA, nyatalah bahawa Kerajaan memandang berat di atas peranan yang dijalankan oleh Sektor Pekebun Kecil sebagai satu sektor pengeluaran hasil yang penting pada ekonomi negara."

-----------------------------------------

RISDA is one of the Federal Statutory Bodies under the Ministry of Rural Development and was established on 1 January 1973 under the authorities endorsed by Parliament:-

- RISDA Rubber Industry Smallholders’ Development Authority (Act 85, 1972).
- Rubber Industry (Replanting) Fund Ordinance 1952. With the establishment of RISDA, it is clear that β€œthe Government takes a serious view of the role of the Smallholders Sector as one of the most important yield-production sectors of the national economy."

21/09/2026

🌧️🌴 BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RISDA 2026 🌴🌧️

⏳ TINGGAL 9 HARI LAGI!
Jangan tunggu saat akhir! Pastikan permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA anda dibuat sebelum tarikh tutup. πŸ“’

πŸ’° Bantuan ini disediakan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah menghadapi musim tengkujuh yang menjejaskan aktiviti penorehan dan pendapatan.

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang!
Semak kelayakan dan pastikan maklumat permohonan lengkap.

🌧️ Musim tengkujuh tiba, persediaan jangan dilupa!
🌴 RISDA sentiasa bersama pekebun kecil.

Photos from RISDA Pulau Pinang's post 21/09/2026

🀝🌿 KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI PEKEBUN KECIL PULAU PINANG KE PEJABAT RISDA NEGERI PULAU PINANG

πŸ“… 21 September 2026 (Isnin)
πŸ“ Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang, Bagan Lebai Tahir, Butterworth

Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang hari ini menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Pekebun Kecil Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi, Dato’ Ibrahim bin Romli, bersama barisan Ahli Lembaga Koperasi. 🀝🌱

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh jalinan kerjasama, bertukar pandangan serta membincangkan peluang strategik dalam usaha memberi manfaat dan nilai tambah kepada komuniti pekebun kecil di Pulau Pinang.

🌳🀝 Jalinan kerjasama diperkukuh, pekebun kecil terus diperkasa!

πŸ’š RISDA sentiasa komited untuk terus bersama pekebun kecil.

15/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia tahun 2026 daripada Pejabat RISDA Megeri Pulau Pinang

πŸ‡²πŸ‡Ύ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπˆπ“π€, πŠπ„ππ€ππ†π†π€π€π πŠπˆπ“π€! ❀️

Berbeza latar, satu jiwa. Bersama kita terus melangkah membina Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Selamat Hari Malaysia 2026 daripada seluruh warga RISDA. Semoga semangat kebersamaan terus menyatukan kita demi Malaysia tercinta! ❀️πŸ’ͺ

Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.

30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69!

​"Ikhlas daripada Pengarah dan Seluruh Warga Kerja Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang."

​Semoga semangat kemerdekaan terus menyemarakkan iltizam kita untuk memperkasakan ekonomi pekebun kecil dan memajukan industri getah negara. Bersama kita bina masa depan yang lebih gemilang.

​Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang's post 26/08/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Puan Rohaya binti Che Abu Bakar, seorang pekebun kecil RISDA dan penerima bantuan keusahawanan RISDA, atas kejayaan menerima Anugerah Qudwaturrasul (Usahawan) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1448H/2026M.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kegigihan, kesungguhan dan semangat keusahawanan beliau dalam membina kehidupan yang lebih baik serta meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

RISDA sentiasa komited dalam memperkasa pekebun kecil melalui pelbagai inisiatif dan bantuan keusahawanan bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan berjaya.

Semoga kejayaan Puan Rohaya menjadi inspirasi kepada pekebun kecil RISDA yang lain untuk terus berusaha dan melangkah lebih jauh. πŸ’ͺ🌱

Tahniah Puan Rohaya! Semoga terus maju jaya dan menjadi contoh kepada pekebun kecil yang lain. πŸ‘βœ¨

24/08/2026
24/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“π”πŠ π™π€πˆππ€π‹ π€π™ππˆ 𝐁𝐈𝐍 π™π”π‹πŠπˆπ…π‹πˆ, πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‘πˆπ’πƒπ€

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Kump**an RISDA merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Datuk Zainal Azni bin Zulkifli, Ketua Pengarah RISDA di atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka pada hari ini 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Didoakan semoga kehadapan ini, RISDA akan terus cemerlang, maju dan gemilang di bawah pimpinan YBhg. Datuk Ketua Pengarah demi kesejahteraan pekebun kecil dan kemakmuran negara, Insha Allah.

24/08/2026

Pisau kecil, peranan besar. 🌳

Di tangan pekebun kecil, sebilah pisau toreh bukan sekadar alat. Ketajaman mata pisau dan kemahiran menoreh menentukan kelancaran susu getah, menjaga kesihatan pokok serta membantu menghasilkan kutipan yang berkualiti.

Dari satu torehan ke satu torehan, lahirlah hasil yang menjadi sumber pendapatan dan menyokong kesejahteraan keluarga pekebun kecil.

Kerana di sebalik setiap titisan susu getah, ada kemahiran, ketekunan dan rezeki yang diperjuangkan.

16/08/2026

Mari Sertai Lensa Merdeka RISDA 2026.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia..Jangan lepaskan peluang anda menunjukkan bakat terpendam dalam Fotografi.

Tarikh penyertaan : 1 - 31 Ogos 2026

Kita cuba p**a pakai pen dan kertas, ada sambutan ke tak?

πŸ“ΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Lensa anda mampu mengangkat kisah sebenar kehidupan pekebun kecil getah!

Sertai Pertandingan Fotografi Lensa Merdeka RISDA 2026 : β€œDua Bingkai, Satu Makna”.

Rakam DUA FOTO yang menggambarkan Semangat Kemerdekaan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil dalam satu penceritaan yang kreatif serta bermakna.

Hadiah menarik menanti pemenang! Penyertaan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia.

πŸ“… Tarikh penyertaan: 1 – 31 Ogos 2026 πŸ“²

Imbas kod QR pada poster untuk menghantar penyertaan anda!
Ayuh, sertai sekarang! Biar gambar anda mengabadikan makna kemerdekaan dan kemakmuran desa! πŸ“·βœ¨

Baca Terma Dan Syarat di pautan hantaran asal >>> https://www.facebook.com/share/p/1DPie1YtcH/

Photos from RISDA - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah's post 14/08/2026

Info tentang BMT 2026..boleh baca untuk mengethui apa itu BMT? Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang. kami akan membantu anda...☺️😊

Want your organization to be the top-listed Government Service in Pinang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Pejabat RISDA Negeri Pulau Pinang, No 532 Bagan Lebai Taher
Pinang
12990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00