Gerai R Rich Delicious Cafe
R RICH DELICIOUS CAFE
WE SERVED COFFEE, CHOCOLATE,FRAPPE,FRUIT TEA, AROMATIC TEA AND MOCKTAIL OUR DRINKS MENU MOSTLY RM5 PERCUP
07/09/2026
Alhamdulillah, terima kasih warga Puchong, Pak Jai, & semua pelanggan setia yang singgah R Rich Coffee hari ni! ❤️
Disebabkan hari ni Isnin ada pasar malam, kiosk kita tutup awal sikit pkl 6 petang tadi. esok kita buka macam biasa 11am - 8pm
📍 R Rich Coffee (Sebelah Petron Puchong Indah) kiosk 7
06/09/2026
Alhamdulillah baru siap closing..
pagi sampai ke ptg kiosk tak putus2 orang datang. Tq regular customer R Rich Coffee selalu repeat.
Tq juga pada pelanggan2 warga Puchong yang baru first time nak cuba.
Dan x lupa juga Geng2 Threads yang terus terjah lepas nampak post Pak Jai .jmc.
esok kita buka macam biasa ya.
Jumpa esok ya warga Puchong!!
05/09/2026
Terima kasih Kak Yus sales department dari Shangri-La Penang sebab singgah support R Rich Coffee!
Terkejut jugak bila akak senyum terus tanya, "Awak pun pernah kerja hotel ke? Dpt cam terus sebab cara borak dan servis profesional katanya..
Lagi syok bila borak-borak, rupanya kita orang kenal bekas boss yang sama masa kerja hotel dulu! Kecil betul dunia F&B ni.
Hati-hati jalan balik ke Penang Kak Yus! Jemput singgah lagi nanti.
04/09/2026
Hai welcome to R Rich Coffee 🙂
Cik nak minuman based apa ?
Kita ada kopi, coklat, mocha, non kopi & Refreshing.
nak kaedah blended atau shaken style?
Ada apa2 special request x ? Standard? Kurang manis ? Extra kick kopi?
....Macam tulah lebih kurang bila korang sampai kiosk R Rich Coffee esok.
Jumpa korang esok ya warga Puchong!
⏰ 11:00 am - 7:00 pm
Hospitality First, Drinks Second
04/09/2026
Asas teknik Boston Shaker:
1)Grip/lock shaker dgn steady
2)gerakan utama dari lengan, bukan main hayun nampak mcm naik basikal.
3)waktu shaken tu steady dan konsisten
4)kita kawal ais tu supaya x pecah, bkn main shake sampai ais dalam pecah.
R Rich Coffee
04/09/2026
Maksud "craft" ni apa???
Customer: "Hai bro, I need something refreshing like VERY refreshing, creamy and tropical. Me: x perlu tanya sampai 10 soalan... my pleasure sir!"
Dalam otak dah snap idea terus:
• Mango
• Lime juice
• Coconut puree
Tadaaaa!!! Coconut Mango Splash
Customer tell you what they like.
Your job is to translate that into a drink.
R RICH COFFEE
Video ni bukan sekadar cerita pasal kerja hotel, tapi pasal mendidik standard F&B untuk semua..
3 point penting yang kita kena pegang based on my experience, iaitu :
1) Keseimbangan antara 50% Layanan + 50% Ilmu Produk. Pelanggan tak berkira pasal harga kalau layanan padu, tapi depa akan complain kalau bayar mahal tapi service janji ada.
2)Sentiasa Upgrade, belajar F&B ni xkan pernah habis. Knowledge dan trend sentiasa berubah, maksud nya food and beverage akan sentiasa berubah, hospitality xkan pernah berubah..
3)Mesej Untuk ank muda, passion tu bagus, tapi awal2 ni jangan lock pada satu produk je. Teroka kepelbagaian tentang F&B dan fahami keseluruhan dunia fnb dan hospitality. Hotel cuma salah satu tempat terbaik untuk buang ego dan timba asas ni..
Ingat, Hospitality datang dulu, F&B datang kemudian.
03/09/2026
Alhamdulillah, order lump sum 6 cup terus ke USJ 3 harini!
5 cawan Salted Chocolate Nutter ni, saja kita payung extra peanut chunk yang baru lepas goreng. Customer tak minta pun, tapi kita bagi sebagai tanda hargai sokongan dia!
Terima kasih Kak sebab selalu repeat order dengan R Rich Coffee!
Hospitality First, drinks second
03/09/2026
Alhamdulillah..
Harini murah rezeki lagi kiosk kami! Terima kasih insan berhati mulia, Kak Jana Mohd, atas sumbangan RM100 untuk infak 10 cawan minuman khas buat pelanggan yang membawa anak2..
Siapa2 yang singgah ke kiosk R Rich Coffee bawa anak-anak harini, jemput datang ya! Semoga urusan penginfak dipermudahkan dan dimurahkan rezeki berlipat kali ganda. Amin.
02/09/2026
Rich Coffee tutup awal pukul 7 malam sebab sold out! Terima kasih banyak2 warga puchong!
harini regular customer puji rasa manis minuman kami lain, tak muak, sedap selesa, dan confirm bukan susu pekat atau gula tambahan. Memang itu identity kami!
Btw, jiran kami di Kiosk No. 4 masih buka jual Waffle panas-panas sampai 12 malam. Boleh singgah support support! Jumpa korang esok mcm biasa jam 11 pagi ya warga Puchong!!
Hospitality First, drinks second
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the restaurant
Telephone
Website
Address
Puchong
47150
Opening Hours
| Tuesday | 14:00 - 19:30 |
| Wednesday | 14:00 - 19:30 |
| Thursday | 14:00 - 19:30 |
| Friday | 14:00 - 19:30 |
| Saturday | 14:00 - 19:30 |
| Sunday | 14:00 - 19:30 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Gerai R Rich Delicious Cafe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.