MRSM Ranau

MRSM Ranau

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MRSM Ranau, School, Jalan Kompleks Sukan Ranau, Kampung Bongkud, Ranau.

23/09/2026

Hitungan detik! โณ 10 hari lagi menuju Majlis Graduasi MRSM Ranau Kali Ke-2, 2026. ๐ŸŽ“

โ€‹

22/09/2026

PEMAKLUMAN

Photos from MRSM Ranau's post 22/09/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu Aktiviti Semester 2 Tahun 2026 MRSM Ranau telah berjaya dilaksanakan pada 14 hingga 18 September 2026

Sepanjang program berlangsung, para pelajar telah menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti yang menyerlahkan bakat, kreativiti, kepimpinan serta semangat berpasukan.

Pihak maktab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta menjayakan program ini.

๐Ÿ“ธ Antara kenangan sepanjang program berlangsung.

21/09/2026

Hitungan detik bermula! โณ 12 hari lagi menuju Majlis Graduasi MRSM Ranau Kali Ke-2, 2026. ๐ŸŽ“

โ€‹

18/09/2026

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
Pusat Pentaksiran : MRSM Ranau
Tingkatan: 4

Photos from MRSM Ranau's post 07/09/2026

Semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 11 September hingga 22 Oktober 2026.
Calon yang telah memohon boleh rujuk
https://spskt1.moe.gov.my/ (Tingkatan 1)
https://spskt4.moe.gov.my/ (Tingkatan 4)

Photos from MRSM Ranau's post 30/08/2026

TAHNIAH PENERIMA BIASISWA PESP PETRONAS 2026!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada empat orang pelajar Batch Highlanders, MRSM Ranau yang telah berjaya menerima Biasiswa Program Pendidikan PETRONAS (PESP) 2026.

Senarai penerima biasiswa:

1. Ahmad Zaem Huzaifah Bin Mohamad Razali
2. Fatin Natasyah Abdullah
3. Audra Chyra Fredolin
4. Mohammad Shazzif Putra Mohammad Razif

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik, potensi kepimpinan, sahsiah serta komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam mengorak langkah menuju masa hadapan yang gemilang.

Pihak MRSM Ranau amat berbangga dengan pencapaian ini dan berharap kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha, berdaya saing dan mengejar kecemerlangan dalam setiap bidang.

Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua penerima Biasiswa PESP PETRONAS 2026. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama MRSM Ranau di persada yang lebih tinggi.

โ€œKecemerlangan Hari Ini, Inspirasi Untuk Masa Hadapan.โ€

29/08/2026

๐Ÿ“ข UPDATE TERBAHARU: PENGAMBILAN SIJIL SPM 2025

MAKTAB RENDAH SAINS MARA RANAU

Perhatian kepada semua pemilik Sijil SPM 2025 MRSM Ranau.

Dimaklumkan bahawa terdapat kemas kini bagi urusan pengambilan Sijil SPM 2025, khususnya bagi pengambilan oleh wakil.

๐Ÿ”น PENGAMBILAN OLEH WAKIL

Wakil WAJIB membawa 3 dokumen berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Sijil yang disahkan benar
2. Salinan Kad Pengenalan Wakil
3. Surat Kuasa / Surat Kebenaran daripada Pemilik Sijil

โš ๏ธ Sijil TIDAK AKAN diberikan kepada wakil sekiranya dokumen tidak lengkap.

๐Ÿ“ Tempat: Pejabat MRSM Ranau

๐Ÿ• Masa Pengambilan:
Isnin โ€“ Jumaat
8.00 pagi โ€“ 4.00 petang

Waktu Rehat Pejabat:
1.00 petang โ€“ 2.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum: TUTUP

Bagi pemilik sijil yang hadir sendiri, WAJIB membawa Kad Pengenalan Asal.

Mohon semua pemilik sijil mengambil perhatian terhadap kemas kini ini, terutamanya bagi urusan pengambilan yang dibuat melalui wakil.

๐Ÿ“Œ SEBARANG PERTANYAAN
Boleh dirujuk kepada Setiausaha Peperiksaan SPM, Cikgu Azliana atau hubungi Pejabat MRSM Ranau:
โ˜Ž๏ธ Tel: 088-874 306

Terima kasih.

24/08/2026

Tahniah MRSM RANAU!!!
Juara Petrosains Oil & Gas Challenge

Photos from MRSM Ranau's post 24/08/2026

MRSM RANAU CIPTA KEJAYAAN DI KARNIVAL KERJAYA MYFUTUREJOBS X OIL & GAS

KOTA KINABALU, SABAH | 23 OGOS 2026 โ€” Tahniah dan syabas diucapkan kepada 8 orang pelajar Tingkatan 4 MRSM Ranau yang telah mewakili MRSM Ranau dalam Karnival Kerjaya MYFutureJobs X Oil & Gas, anjuran PETRONAS dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Dalam program tersebut, para pelajar telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan yang berfokuskan kepada bidang STEM, Petrosains serta industri minyak dan gas, termasuk Kuiz STEM dan Petrosains Oil & Gas Challenge.

Lebih membanggakan, pasukan MRSM Ranau telah berjaya muncul sebagai JUARA Petrosains Oil & Gas Challenge. Pertandingan tersebut menyaksikan penyertaan 10 kumpulan yang terdiri daripada pelajar beberapa buah sekolah menengah dari daerah Kota Kinabalu, Papar dan Tuaran.

Kejayaan ini membuktikan kebolehan pelajar MRSM Ranau dalam mengaplikasikan pengetahuan STEM, kemahiran berfikir secara kritis serta kerja berpasukan dalam menyelesaikan cabaran berkaitan industri oil & gas.

Penyertaan ini turut memberikan peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung terhadap laluan kerjaya, kemahiran masa hadapan serta peluang dalam sektor minyak dan gas, selaras dengan aspirasi pendidikan MRSM dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pengarah PERKESO Negeri Sabah, Dr. Mohd Ali bin Hindia.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah mengharumkan nama MRSM Ranau. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada guru pengiring, Cikgu Ahmad, Kaunselor atas komitmen dan bimbingan sepanjang program.

Want your school to be the top-listed School/college in Ranau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Kompleks Sukan Ranau, Kampung Bongkud
Ranau
89300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00