SK Tanjung Raja

SK Tanjung Raja

Share

Sekolah Kebangsaan Tanjung Raja

Photos from SK Tanjung Raja's post 28/08/2026

Pertandingan Busana Merdeka
Sambutan Bulan Kebangsaan
SK Tanjung Raja 2026

Photos from SK Tanjung Raja's post 28/08/2026

Pertandingan Hiasan Kepala Merdeka
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan
SK Tanjung Raja 2026

25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

12 Rabiul Awal 1448H

Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga hari memperingati Maulidur Rasul ini menyemarakkan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W. serta mendorong kita untuk mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul daripada warga SK Tanjung Raja.

21/08/2026

PENYERTAAN PERTANDINGAN VIDEO X-BREAK HEPILI 2026 KATEGORI SEKOLAH RENDAH

Tahniah dan terima kasih kepada para peserta, guru pembimbing, pihak pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna serta inspirasi kepada murid-murid untuk terus berani mencuba, berkarya dan mencapai kejayaan.

Photos from SK Tanjung Raja's post 17/08/2026

PENYERAHAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH RAUB 2026 (DALAM TALIAN)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang telah mewakili SK Tanjung Raja dalam Karnival Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Daerah Raub 2026.

Senarai Peserta:
🌟 Nur Alya Qasreena (3 Cerdik) – Pertandingan Bercerita Tahap 1
🌟 Che Hasif A***n (5 Cerdik) – Pertandingan Bercerita Tahap 2
🌟 Ahmad Ammar Qayyum (5 Cerdik) – Pertandingan Pidato Aspirasi Madani
🌟 Zulfa Husna (6 Cerdik) – Pertandingan Deklamasi Sajak
🌟 Rumaisya Asyira (6 Cerdik) – Pertandingan Dendangan Syair

17/08/2026

Jom jadi sihat πŸ’ͺ🏻

🌾 Sihat Bermula dari Pinggan Anda! 🍚✨

Bijirin penuh kaya dengan nutrien dan serat, dapat bantu menurunkan paras kolesterol, menyokong kesihatan usus & dapat mengurangkan risiko obesitiπŸ’š

Jadi, bila tiba masa memilih nasi, bijirin lain atau produk bijirin, jom pilih sumber berasaskan bijirin penuh! 🌾

πŸ’‘ Tip mudah: Pastikan separuh daripada jumlah sajian nasi, bijirin lain & produk bijirin yang diambil setiap hari adalah daripada sumber bijirin penuh.

Mulakan dari pinggan anda. Pilih lebih bijak, makan lebih sihat! πŸ₯—πŸŒΎ

17/08/2026

Jom minum air kosong 😁

πŸ’§ CABARAN MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI πŸ’§

Tahukah anda? Kekal terhidrat bukan sahaja membantu menyegarkan badan, malah penting untuk memastikan tubuh berfungsi dengan baik setiap hari.

Jadikan amalan minum 8 gelas/ 2 liter air kosong sehari sebagai rutin harian. Ikuti jadual yang disyorkan dalam infografik ini dan capai sasaran 8 gelas/ 2 liter dengan lebih mudah! πŸ’™

✨ Mulakan hari dengan segelas air kosong.
✨ Minum secara konsisten sepanjang hari.
✨ Jadikan air kosong sebagai pilihan utama.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi kebiasaan. Ayuh, sahut cabaran dan kekal sihat bersama! πŸ’¦

Photos from SK Tanjung Raja's post 17/08/2026

Majlis Pelancaran Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) SK Tanjung Raja Tahun 2026

Pada 17 Ogos 2026, SK Tanjung Raja telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Kerangka Antibuli Sekolah untuk Pemerkasaan (SAFE) sebagai usaha meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang pencegahan buli serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera.

Program ini turut menekankan nilai hormat, kasih sayang dan empati dalam kalangan murid serta memperkasakan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sebagai ejen perubahan dalam usaha mencegah dan menangani gejala buli.

Semoga pelaksanaan program SAFE dapat membentuk murid yang lebih prihatin, bertanggungjawab dan berani bersama-sama membanteras gejala buli.

Kita Hormat, Kita Sayang, Kita Bersatu.
Sekolah Selamat, Murid Hebat!

Photos from SK Tanjung Raja's post 17/08/2026

Pertandingan Mewarna (Prasekolah & Tahap 1) dan Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026

Tarikh: 11 Ogos 2026
Hari: Selasa

Photos from SK Tanjung Raja's post 17/08/2026

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SK TANJUNG RAJA
TAHUN 2026

Tarikh: 10 OGOS 2026
Hari: ISNIN
Tempat: SK TANJUNG RAJA

Want your school to be the top-listed School/college in Raub?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


SK Tanjung Raja
Raub
27400

Opening Hours

Monday 07:45 - 13:05
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Tanjung Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Raub.