UMMAT
23/07/2026
“Walaupun ketika itu saya masih seorang Kristian, sayalah yang membacakan buku-buku tentang Islam untuk ibu saya.”
Siapa sangka, buku-buku yang dibacakan untuk membantu seorang ibu mengenali Islam akhirnya menjadi jalan hidayah buat anaknya sendiri?
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Semalam, pejabat MRM menerima kunjungan Sister Jocelyn yang datang jauh dari Sabah untuk mengucapkan dua kalimah syahadah dan memulakan lembaran baharu sebagai seorang Muslim.
Namun perjalanan beliau menuju Islam bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata. Ia bermula daripada kasih seorang anak kepada ibunya. Apabila ibunya memeluk Islam, Sister Jocelyn ketika itu masih beragama Kristian.
Oleh sebab ibunya tidak boleh membaca, beliaulah yang mengambil tanggungjawab membacakan buku-buku tentang Islam, menerangkan isi kandungannya dan menemani ibunya memahami agama yang baru dianuti.
Tanpa beliau sedari, setiap helaian yang dibaca untuk ibunya sebenarnya sedang membuatkan beliau berfikir. Mengapa ajaran Islam itu banyak persamaan dengan apa yang dipejari oleh beliau ketika mengikuti kelas Injil di gereja. Ada satu ayat yang sentiasa bermain di fikirannya:
"Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus."
(Yohanes 17:3)
Ayat itu benar-benar menggugah jiwanya. Beliau mula bertanya:
"Jika Yesus sendiri menyebut “satu-satunya Allah yang benar”, siapakah Allah yang dimaksudkan?"
"Jika Yesus disebut sebagai seseorang yang diutus, bukankah yang mengutus dan yang diutus ialah dua pihak yang berbeza?"
"Jika Yesus ialah utusan Tuhan, mengapakah kebanyakan penganut Kristian hari ini mempercayai bahawa Yesus sendiri ialah Tuhan?"
Persoalan-persoalan itu tidak hilang.
Sebaliknya, ia semakin kuat dari hari ke hari.
Beliau mula membaca.
Mengkaji.
Bertanya.
Dan mencari.
Setiap jawapan membuka pintu kepada persoalan yang baharu. Namun beliau tidak pernah berhenti.
Mengapa?
Kerana beliau sedar bahawa persoalan tentang Tuhan bukanlah perkara kecil yang boleh diserahkan kepada tradisi, kebiasaan atau kepercayaan keluarga semata-mata.
Bukankah jika kita tersilap memilih pekerjaan, kita mungkin hanya kehilangan masa?
Jika tersilap membuat pelaburan, kita mungkin kehilangan harta?
Tetapi bagaimana jika kita tersilap mengenali Tuhan?
Kesannya bukan sekadar untuk kehidupan di dunia, tetapi juga kehidupan selepas kematian.
Sister Jocelyn hanya mahukan satu perkara - Kebenaran.
Alhamdulillah, Allah tidak menghampakan mereka yang benar-benar mencari petunjuk dengan hati yang jujur.
Sedikit demi sedikit, persoalannya mula terjawab.
Beliau akhirnya meyakini bahawa Allah SWT ialah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah. Allah tempat meminta segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dia tidak mempunyai sekutu. (Al-ikhlas 1-4)
Manakala Nabi Isa AS ialah seorang nabi dan utusan Allah yang mulia, diutus untuk menyeru manusia menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.
Bukankah seruan yang sama turut dibawa oleh Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan seluruh para nabi?
Mereka tidak menyeru manusia menyembah diri mereka.
Mereka menyeru manusia kembali kepada Tuhan yang menciptakan mereka.
Keyakinan itulah yang akhirnya membawa Sister Jocelyn melafazkan dua kalimah syahadah dan memilih Islam sebagai cara hidupnya.
Subhanallah.
Siapa sangka?
Seorang anak yang pada awalnya membaca buku-buku Islam hanya kerana mahu membantu ibunya, akhirnya dipilih Allah untuk menerima cahaya hidayah melalui buku-buku yang sama.
Beliau menyangka sedang membantu ibunya mengenali Islam.
Namun dalam diam, Allah sedang memimpin beliau sendiri menuju Islam.
Bukankah itu suatu bentuk hidayah?
Kadangkala ia hadir melalui sebuah buku.
Kadangkala melalui satu perbualan.
Kadangkala melalui persoalan yang tidak pernah berhenti mengganggu fikiran.
Dan kadangkala, ia datang melalui insan yang paling dekat dengan kita.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki." (Surah al-Qasas 28:56)
Hidayah ialah milik Allah. Namun manusia tetap diperintahkan untuk membaca, berfikir, bertanya dan mencari dengan hati yang ikhlas.
Kerana kebenaran tidak takut kepada persoalan. Sebaliknya, persoalan yang jujur sering menjadi pintu menuju kebenaran.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT terus meneguhkan hati Sister Jocelyn di atas jalan Islam, mengurniakan kepadanya ilmu yang bermanfaat, kekuatan untuk beramal dan istiqamah sehingga akhir hayat.
Semoga kisah ini turut menjadi inspirasi kepada mereka yang masih mencari jawapan tentang Tuhan.
Dan buat kita yang telah lama bergelar Muslim, jangan p**a kita menyangka hidayah itu milik kita selama-lamanya.
Jika seorang yang belum mengenali Islam sanggup membaca, mengkaji dan mencari kebenaran, sudahkah kita yang dilahirkan sebagai Muslim benar-benar mengenali agama kita sendiri?
Semoga Allah menetapkan hati kita semua di atas akidah tauhid sehingga ke akhir hayat. Amin, ya Rabbal ‘alamin.
Jika anda ada persoalan tentang Islam, boleh WhatsApp team kami di 011-10500414 (Admin MRM)
Anda juga boleh bersama-sama menyokong usaha dakwah MRM agar lebih ramai pencari kebenaran dapat dibantu.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
UMMAT 💞
YA ALLAH PERBAIKILAH DIRI KAMI SEMUA UNTUK LAYAK DI SISI MU
28/06/2026
..Di mata manusia, kita nampak seseorang sedang sujud.
Tetapi kita tidak pernah tahu apa yang sedang dia tanggung.
Ada yang datang ke rumah Allah dengan dompet kosong.
Ada yang dibelit hutang.
Ada yang baru kehilangan pekerjaan.
Ada yang perniagaannya jatuh.
Ada yang gajinya sudah habis sebelum hujung bulan.
Ada yang diuji dengan anak, keluarga, kesihatan, fitnah, kesunyian dan pelbagai lagi.
Namun di hadapan Allah, semua berdiri sebagai hamba yang mengharap rahmat-Nya.
Jangan mudah menghukum.
Jangan cepat memandang rendah.
Kerana setiap orang sedang berjuang dengan ujian yang mungkin kita tidak mampu memikulnya.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya bersama kes**aran itu ada kemudahan.”
(Surah al-Insyirah: 5-6)
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Semua urusannya adalah baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya.”
(Riwayat Muslim, 2999)
Jika hari ini hidupmu terasa berat, jangan berhenti melangkah ke arah Allah.
Air mata yang jatuh ketika berdoa tidak pernah sia-sia.
Doa yang dipanjatkan tidak pernah hilang.
Dan pertolongan Allah tidak pernah datang terlalu lewat.
Semoga Allah mengangkat segala kesusahan kita, melapangkan rezeki, menyembuhkan yang sakit, menyatukan keluarga yang berpecah, mengurniakan ketenangan hati, dan mengakhiri setiap ujian dengan pengakhiran yang indah. Amin Ya Rabbal ’Alamin. 🤲
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus
UMMAT 💞
16/06/2026
Ini kisah tentang seorang Bilal muda di Masjid Al firdaus, Bandar baru selayang iaitu arwah Ahmad Haziq Jailani 32 tahun yg telah meninggal dunia selepas selesai melaungkan azan maghrib.
Benarlah apa yg disampaikan oleh para ustaz, kita akan mati dengan apa yg kita s**a buat. Dan kematian Bilal ini sangat dicemburui kerana Allah menjemput dia p**ang setelah melaksanakan tugas memanggil manusia ke rumah Allah, di dalam rumah Allah, ketika sedang menunggu utk menunaikan solat dan masih berwuduk. Husnul khatimah buat arwah.
Arwah sangat dikenali seorang yg sangat ceria, berakhlak mulia Dan disenangi ramai. Arwah juga seorang yg ringan tulang, sentiasa membantu tanpa berkira, menghormati orang tua, disenangi rakan2 dan aktif dalam menghidupkan sunnah melalui s**an sunnah.
Perginya selepas menyeru manusia kepada Allah satu pengakhiran yg mulia yg memberikan keinsafan kepada mereka yg memahaminya. Semuga Allah kurniakan syurga yg terindah buatnya, di ampunkan segala dosa2nya Dan di tempatkan bersama2 org yg beriman. Al-Fatihah. Salam takziah buat ahli keluarganya.
Bilal surau/ Masjid adalah tugas yg mulia Dan penting kerana sentiasa mengajak manusia kepada Allah, datang ke rumah Allah mengimarahkan Masjid, menunaikan solat berjemaah.
Teringat akan kisah Bilal bin rabah. Ketika syariat azan diperintahkan oleh Allah, org pertama yg disuruh oleh baginda SAW utk mengkumandangkan azan adalah Bilal bin rabah.
Laungan Azan di setiap corong Masjid Dan surau di seluruh negara Dan di dunia juga menjadi satu asbab benteng yg menghalang yakjud Dan makjud keluar ke dunia ini terus kukuh. Setiap Kali yakjud Dan makjud mengorek lubang di benteng itu bila laungan azan berbunyi benteng yg berlubang itu kembali ke asal. Dan yakjud Dan makjud terpaksa korek lagi sehinggalah tiada lagi azan berkumandang di dunia ini maka keluar lah mereka beramai2 yg membawa bala petaka yg besar kpd manusia.
UMMAT 💞
Al Quran & Sunnah
I ♥ MUHAMMAD SAW
I ♥ Al-Quran & Sunnah
Muhammad Rasulullah S.A.W
06/05/2026
Sfafakalah... 10 Rakan Cina Baru Islam MyIKUT ziarah Uncle Saw baru Islam 4 bulan lalu, sekarang terlantar di Hospital
Cina Jaga Cina......
Ini Baru Real Dakwah.
Semalam 10 orang Cina Baru Islam dari MyIKUT telah ziarah Uncle Saw yang ditidur di Hospital Besar Pulau Pinang. Beliau sudah 5 hari disana.
Semasa ziarah, mereka berjumpa dengan anak2 Uncle Saw yang tidak mahu menerima hakikat, bahawa Bapa mereka sudah Islam.
Sebelum hadir. Hj Zolkifly Md Lazim Penasihat MyIKUT, telah nasihat semua anggota MyIKUT supaya elak berperang mulut atau berbantah dengan keluarga Uncle Saw. Kita sama2 berdoa berharap, keluarga Saw juga akan Islam nanti.
Jika mereka(anak) buat provokasi. Kamu semua cakap.:-
Dia dah Islam. Dia kawan kami. kami datang melawat dia. Dia seorang sangat baik... itu saja kamu perlu cakap. Jika keadaan tegang... pesan Hj Zol.
Alhamdulilah. Walaupun anggota MyIKUT tak mampu menyumbang apa2 masa melawat. Tapi merrka tenag dan bersemangat
Walaupun 10 anggota MyIKUT dihujani dengan kata2 kesat dan provokasi. Mereka berjaya kawal diri dan mententeramkan suasana.
Sama2 kita doakan...
KOMTAR Bersyahadah.................................
Anda boleh terus bantu dakwah mereka secara tetap serendah RM10 sebulan.
di Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang(IKUT)
Maybank 557139230356.
UMMAT 💞
We Are Nothing Without ALLAH
Cukuplah Allah Bagi Kami Dan Dialah Sebaik Baik Pengurus
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan RP5, Taman Rawang Perdana
Rawang
48000