SK Batu Anam RASMI
Sekolah Kebangsaan Batu Anam
85100 Segamat, Johor
Tel : 011-65497678
Fax : 07-9497273
13/07/2026
APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4? 📚
Matriks Pembelajaran Tahun 4 dilaksanakan bagi membantu guru mengenal pasti tahap penguasaan murid bagi merancang intervensi yang lebih berkesan.
Tahun Ini, Tahun Kita
“Guru Bitara Nadi Negara”
10/07/2026
*PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT MURID BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS DAN MRSM TAHUN 2027*
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) secara dalam talian bagi murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 sesi 2026.
*Tarikh penting:*
* Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus: 10 Julai – 14 Ogos 2026
* Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4: 21 September – 1 Oktober 2026
* Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1: 12 – 22 Oktober 2026
Harap maklum.
16/06/2026
21/04/2026
🌹 Salam Perpisahan dan Selamat Berkhidmat 🌹
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada
Cikgu Shamsul Kamar bin Abd. Wahab atas segala jasa, bakti dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di SK Batu Anam bermula Oktober 2023 hingga 15 April 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai usaha dan sumbangan telah diberikan dalam memacu kecemerlangan sekolah serta membentuk sahsiah warga sekolah ke arah yang lebih gemilang.
Semoga segala jasa yang ditaburkan menjadi kenangan terindah dan diberkati.
Seluruh warga SK Batu Anam mendoakan agar Cikgu terus sukses dan cemerlang di tempat baharu.
Terima kasih cikgu, jasa dikenang selamanya. 🌟
18/02/2026
Permohonan pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 telah bermula dari 15 Februari hingga 31 Mac 2026.
Permohonan boleh dibuat menerusi:
https://idme.moe.gov.my.
KPM turut membuka bilik gerakan bagi memantau perjalanan operasi pendaftaran dan memastikan kelancarannya.
Bagi ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pertanyaan atau menghadapi sebarang isu berkaitan pendaftaran Tahun 1 bagi sesi 2027, sila hubungi talian hotline 03-8884 3736 atau secara dalam talian di https://aduanmoeis.moe.gov.my.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Jalan Buloh Kasap, Batu Anam, Batu Anam
Segamat
85100
Opening Hours
| Monday | 07:00 - 16:00 |
| Tuesday | 07:00 - 16:00 |
| Wednesday | 07:00 - 16:00 |
| Thursday | 07:00 - 16:00 |
| Sunday | 07:00 - 16:00 |