Pro Agro Trading
Pembekal pelbagai baja dan racun untuk keperluan tanaman anda.
30/09/2026
Jika nak sembur foliar CaBMag atau Calcium (Ca) Boron, boleh sembur secara terus pada putik bunga/mata ketam/telor ikan dan juga pada keseluruhan pokok serta daun.
Kenapa?
Ca ni kebanyakannya "immobile" atau tak bergerak secara aktif melalui phloem. Contoh kalau spray di daun, boleh dikatakan peratusan besar di daun saja. Jika sembur pada putik mata ketam/telor ikan, Ca masih boleh diambil melalui sel kulit.
Jadi, nak tingkat kadar serapan Ca pada fasa kritikal. Kekerapan semburan perlu tinggi, semburan perlu menyeluruh dan aplikasi sumber Ca pada tanah jangan lupa.
Ada masalah di kebun?
WhatsApp team Pro Agro untuk assessment awal atau datang terus ke Pro Agro Trading.
https://www.wasap.my/60123146439/
๐ Pro Agro Trading, Bandar Sunsuria, SEPANG
30/09/2026
๐๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐๐!! Yi Nong mengadakan ๐๐ฎ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ต untuk sahabat pekebun dengan pelbagai hadiah menarik! ๐
Setiap pembelian produk ็ๅ๏ผ้ฉฌ๏ผๆ้ๅ
ฌๅธ Yi Nong @ Li Nong bernilai RM350 dan ke atas dalam satu resit akan mendapat 1 peluang menyertai cabutan bertuah.
๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ก๐ง๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐๐๐๐จ๐ก!
๐ Perodua Bezza
,๐๏ธ Motorsikal SYM
๐TV HD Hisense 65"
๐ต Baucar Tunai RM1,000!
Tempoh Promosi:
1 September 2026 โ 31 Oktober 2026
Pembelian dan penyertaan hanya boleh dibuat secara WALK-IN di kedai Pro Agro Trading.
Jom datang terus ke Pro Agro Trading!
๐Bandar Sunsuria, Sepang
30/09/2026
Jangan lupa Klinik Pertanian Pro Agro Trading๐ฑ
Setiap hari SABTU!
Team Pro Agro amat berbesar hati sedikit sebanyak dapat bantu memberikan diagnosis teknikal untuk masalah yang dihadapi.
Misi Pro Agro bukan sekadar menjual produk tapi dalam masa sama kami ingin membantu para pekebun membuat keputusan yang lebih tepat dan efektif berdasarkan ilmu agronomi serta pengalaman sebenar di lapangan.
Bagi anda yang juga mempunyai masalah kebun durian seperti:
โ Pokok diserang kanker/ hampir mati
โ Buah dan bunga gugur (tak lekat)
โ Pokok terbantut dan lambat membesar
โ Keliru buat pilihan baja atau racun yang betul
Jangan buat andaian!
Dapatkan diagnosis dan cadangan teknikal daripada Team Pro Agro.
๐
Setiap Sabtu
๐ Pro Agro Trading, Bandar Sunsuria, SEPANG
โฐ 8.30 pagi โ 12.00 tengahari (Temujanji digalakkan)
โ
Konsultasi percuma
๐ก Tips sebelum datang
Sila bawa bersama gambar pokok yang bermasalah, sampel daun atau tanah serta maklumat umur pokok dan keluasan kebun anda untuk memudahkan analisis kami.
๐ Datang ke Klinik Pertanian Pro Agro โ kami bantu kenal pasti masalah pokok anda. Hubungi Pro Agro untuk book slot konsultasi.
https://www.wasap.my/60123146439/
29/09/2026
Pokok sudah mula keluar mata ketam?
Tapi mata ketam jarang-jarang, tak penuh batang, tak seragam dan ada pucukยฒ daun?
Situasi ini biasa berlaku bila๐
โ๏ธStatus P & K belum cukup kuat untuk sokong gelombang bunga, pokok masih ada kecenderungan vegetatif. Boron yang rendah juga boleh buat bunga gugur awal.
Jadi, boleh cuba strategi intervensi ringkas ini.
โ
Buat semburan Foliar MKP + Boron. Bancuhan lebih 50g MKP dan 20ml Boron dalam 20L air.
Baja Tanah Fertiva 10-26-26.
โ
Masih boleh tabur, tetapi turunkan kadar 30โ50%. Contohnya, taburan 750g-900g/pokok jika kadar tabur sebelum ini 1.5kg
Ada masalah pokok atau kebun?
WhatsApp atau datang terus ke Pro Agro Trading.
Kredit gambar: Persatuan Penanam Durian Malaysia
29/09/2026
โจ๐ฃ๐ผ๐น๐๐บ๐ฎ๐ด ๐ฃ๐ผ๐๐ฒ๐ฟ ๐๐ฟ๐๐๐๐ฎ๐น (๐๐ฝ๐๐ผ๐บ ๐ฆ๐ฎ๐น๐)
โ
Kandungan Magnesium Sulphate Crystal
โ
Membekalkan unsur Magnesium (Mg) yang tinggi untuk klorofil daun dan merawat masalah daun kuning (chlorosis)
โ
Sulfur (S) - mengaktifkan enzim dan meningkatkan aroma/rasa buah.
โ
100% larut air - sesuai untuk fertigasi dan semburan foliar
Ada masalah pokok atau kebun?
WhatsApp atau datang terus ke Pro Agro Trading.
๐Bandar Sunsuria, Sepang
28/09/2026
๐ฅ๐๐ฆ๐๐จ ๐ฃ๐ข๐๐ข๐ ๐ ๐๐ง๐ ๐ง๐๐ ๐๐จ๐๐จ๐ฃ ๐๐๐ฅ ๐ ๐จ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐ฆ?
1. Nak kurangkan risiko pokok tak cukup air, pastikan tanah cukup Humic Acid supaya tanah dapat pegang air lebih dan lembap pada musim panas.
2. Kandungan Kalium (K) organik membantu mengawal buka tutup liang stomata pada daun. Jika cukup unsur K, daun akan kurang kehilangan air.
3. Aplikasi Humic Super K sangat sesuai bagi pekebun yang tidak ada pekerja tetap untuk siram air supaya pokok dapat harungi musim panas dan hari tanpa hujan.
4. Asid Humik dalam Humic K Super juga membantu peroikan tanah, meningkatkan kapasiti pegangan nutrien dan mengaktifkan zon akar. Kesannya juga nutrien yang diberi melalui baja tidak cepat hilang, mikroorganisma tanah lebih aktif dan struktur tanah semakin baik dari semasa ke semasa.
๐ณPenggunaan Humic K dalam jangka panjang, tanah jadi lebih โhidupโ, akar lebih sihat dan kebergantungan kepada baja dos tinggi boleh dikurangkan.
Boleh dapatkan harga mampu milik di sini ๐
https://my.shp.ee/igfaXaCT
Jika situasi ini berlaku di kebun anda, jangan biarkan ia berlarutan โ hubungi Pro Agro untuk assessment awal!
28/09/2026
๐๐๐ฌ๐๐ฅ ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ข๐กยฎ โ ๐๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ ๐๐ผ๐น๐ถ๐ฎ๐ฟ
1. Bila pokok berada dalam keadaan stress, pada musim panas, teruk kena serangan serangga atau penyakit, hentikan dahulu foliar NPK. Tukar kepada foliar berasaskan Asid Amino dahulu seperti Bayer Ambition.
2. Ambitionยฎ daripada Bayer ialah plant activator/ biostimulant yang menggabungkan Amino Acid + Fulvic Acid + Mikronutrien. Formulasi ini membantu menyokong pemulihan pokok dalam keadaan stress. Contohnya musim panas yang panjang, serangan perosak dan penyakit.
3. Biostimulant ini membantu pokok menggunakan nutrien dan menghadapi stress dengan lebih efisien. Setelah daun dan pokok recover, baru cantik rotasi dengan foliar NPK seperti Fastgrow Hijau atau Biogreen 16-16-16
Jika situasi ini berlaku di kebun anda, jangan biarkan ia berlarutan!
Hubungi Pro Agro untuk assessment awal dan langkah solusi.
Bayer Ambition boleh dapatkan di sini.
https://my.shp.ee/tSRkUUpB
27/09/2026
Membaja durian bukan sekadar tabur di hujung kanopi atau luar kanopi pokok. Ia adalah seni dan sains yang memerlukan pemahaman tentang keperluan tanaman, jenis tanah, topografi, cuaca dan juga peringkat fisiologi tumbuhan.
Terlebih dahulu, kenal jenis baja dan bahan asas baja kompaun yang sesuai untuk tanaman durian. Contohnya, tidak menggunakan sumber Nitrogen seperti baja spesifikasi tanaman sawit daripada sumber Ammonium Chloride, Rock Phosphate dan Muriate of Potash (MOP).
Sebaiknya, gunakan baja daripada sumber N seperti Ammonium Nitrate", "Ammonium Sulphate", sumber P daripada "MAP" atau "DAP" sumber K daripada "SOP".
Kenal juga fungsi baja organik, bio-organik, semi-organik dan baja kimia. Selain itu, bagaimana unsur mineral seperti Zeolite, Dolomite memainkan peranan serta fungsi Gypsum, Fulvic dan Humic Acid kepada pertumbuhan tanaman.
Perkara lain yang penting adalah waktu tabur baja, kawasan taburan yang sesuai serta bilakah penggunaan tinggi P dan tinggi K.
Selain itu, jangkaan hasil dan harga input yang digunakan perlu dipadankan. Contohnya, pokok kampung berkemungkinan tidak sesuai menggunakan baja yang mahal, kerana harga jualan sekitar RM5-RM8. Jadi, pemilihan baja juga perlu ditentukan.
Pemahaman mengenai nutrien dalam baja tidak hanya tertumpu kepada NPK sahaja. Kenal juga keperluan penggunaan unsur seperti mikronutrien, bio-stimulant dan pelbagai unsur lain.
27/09/2026
Rawatan pokok saka yang dijangkiti kanker (๐๐ฉ๐บ๐ต๐ฐ๐ฑ๐ฉ๐ต๐ฐ๐ณ๐ข ๐ฑ๐ข๐ญ๐ฎ๐ช๐ท๐ฐ๐ณ๐ข) menggunakan ASA Solution (Aliette, Serenade & Ambition).
Pokok berusia lebih 50 tahun sudah lama tidak berbuah. Tanda-tanda sakit seperti kawasan tompokยฒ hitam berlendir pada pangkal dan akar banir, daun kurang serta banyak gugur.
Rawatan menggunakan ASA Solution untuk siraman pangkal dan bawah kanopi serta sapuan pekat Aliette & Antracol pada pangkal dan akar banir. Bagi kesan pemulihan yang lebih optimum, rawatan intensif lain juga dilakukan seperti "soil drenching" humic/ fulvic acid, mikronutrien.
Tempoh rawatan p**a, perlu ambil sedikit masa bergantung pada tahap serangan, umur pokok serta saiz pokok.
Bagi pokok yang masih muda, contohnya usia 4 tahun hingga 6 tahun, adalah penting untuk kenal pasti jangkitan penyakit pada peringkat awal. Sekiranya pokok menunjukkan simptom "sakit", jangan ambil masa lama dan terus rawat.
Tidak perlu ambil risiko "tunggu dan lihat" kerana rawatan awal membolehkan tempoh penyembuhan pokok lebih cepat.
26/09/2026
๐ณSERENADE SC - penyelesaian terbaik untuk kawalan kulat secara biologi. Mengandungi Bacillus subtilis QST 713๐ฆ yang memberikan perlindungan efektif dan tidak membahayakan kesihatan tanaman termasuk persekitaran.
โ
Membentuk koloni pelindung pada akar
โ
Menghalang pertumbuhan kulat patogen
โ
Mengekalkan kesihatan tanaman dalam jangka masa panjang
Serenade bukan sahaja berfungsi sebagai racun kulat tetapi juga berkesan untuk merangsang pertumbuhan akar dan menggalakkan rintangan sistemik pada tumbuhan yang mampu meningkatkan kualiti serta hasil tanaman.
Boleh dapatkan di Sh0peE Pro Agro Trading.
https://my.shp.ee/NuZTZvvr
Kedai Input Pertanian Pro Agro Trading
๐Bandar Sunsuria, Sepang
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Website
Address
15-G, Jasper Square, Jalan Sunsuria 1B/2, Bandar Sunsuria
Sepang
43900
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Pro Agro Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.