MTT
Institusi pengajian swasta yang memfokuskan hafazan al-Quran, agama Islam & Bahasa Arab.
26/09/2026
π¨ APABILA KECEMASAN BERLAKU, ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?
Alhamdulillah, Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah melaksanakan Program Latihan Kebakaran bersama Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil pada 25 September 2026.
Program ini bukan sekadar simulasi. Ia merupakan satu pendedahan penting agar para pelajar lebih peka, tenang dan bersedia sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan sebenar.
β¨ Antara pengisian yang dijalankan:
π‘οΈ Keselamatan kebakaran
Pendedahan mengenai langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran.
π’ Tindakan ketika kecemasan
Pelajar diberikan penerangan tentang tindakan yang wajar dilakukan apabila berlaku kecemasan.
ππ»ββοΈ Prosedur pemindahan bangunan
Pelajar didedahkan kepada kepentingan berpindah dari bangunan dengan teratur dan selamat.
π§― Penggunaan alat pemadam api
Penerangan dan demonstrasi berkaitan penggunaan peralatan pemadam api.
π₯ Demonstrasi keselamatan kebakaran
Para pelajar berpeluang menyaksikan sendiri demonstrasi yang dijalankan oleh pihak bomba.
π¨π»βπ Perkongsian bersama anggota bomba
Sesi perkongsian memberikan peluang kepada para pelajar mendapatkan ilmu keselamatan secara langsung daripada pihak yang berpengalaman.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat Dengkil atas kerjasama, tunjuk ajar dan ilmu yang dikongsikan β€οΈ
π Belajar untuk tahu. Berlatih untuk bersedia. Utamakan keselamatan.
>> π₯ Jom tonton lebih banyak momen program di TikTok/Instagram MTT!
23/09/2026
DAURAH PUJI 3.0!
Refresh balik bacaan solat, wirid dan doa, sambil challenge diri dengan kuiz & puzzle! π§©
>> π₯ Jom tonton lebih banyak momen program di TikTok/Instagram MTT!
22/09/2026
UCAPAN TAHNIAH π
Tahniah diucapkan kepada Nadia Insyirah binti Mohd Hakim, pelajar Fast Track Tahfiz, atas kejayaan menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di bawah bimbingan Us Muhammad Shafi bin Usi Rahman.
π
Tarikh Mula: 1 Januari 2025
π
Tarikh Khatam: 22 September 2026
β³ Tempoh: 1 tahun, 8 bulan, 21 hari
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para asatizah dan ibu bapa atas sokongan dan doa yang berterusan.
Semoga beliau terus istiqamah memelihara dan mengamalkan al-Quran.
19/09/2026
Alhamdulillah, satu lagi pengalaman menarik untuk para pelajar Maahad Tahfiz At-Tayyibah! β¨
Pada 14 September 2026, kami menerima kunjungan daripada Sinergi Perdana Sdn. Bhd. sempena pelaksanaan Program Sekolah Kebun Malaysia 2026.
Antara aktiviti yang dijalankan:
π± Taklimat penyemaian benih
π§ Kuiz interaktif
πΏ Lawatan ke kebun sekolah
π©π»βπΎ Perkongsian dan demonstrasi berkaitan tanaman
Bukan sekadar belajar di dalam kelas, kali ini para pelajar dapat melihat, mencuba dan meneroka sendiri pembelajaran tentang pertanian secara lebih dekat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Sinergi Perdana Sdn. Bhd. atas kesudian berkunjung ke Maahad Tahfiz At-Tayyibah serta berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para pelajar.
Semoga benih yang disemai hari ini bukan sahaja tumbuh menjadi tanaman, tetapi turut menyemai minat dan kecintaan terhadap alam π
Jazakumullahu khairan!
>> π₯ Jom tonton lebih banyak momen program di TikTok/Instagram MTT!
18/09/2026
UCAPAN TAHNIAH π
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Rafiq Fakhry bin Mohd Farid, pelajar Halaqah Ibnu Kathir, atas kejayaan menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran di bawah bimbingan Us Ahmad Amir Husni bin Ja'afar.
π
Tarikh Mula: 17 Mei 2023
π
Tarikh Khatam: 17 September 2026
β³ Tempoh: 3 tahun, 4 bulan
Setinggi-tinggi penghargaan kepada para asatizah dan ibu bapa atas sokongan dan doa yang berterusan.
Semoga beliau terus istiqamah memelihara dan mengamalkan Al-Quran.
Threads: https://www.threads.com/share/_nOpRMrUO/
15/09/2026
UCAPAN TAHNIAH π
Tahniah diucapkan kepada para pelajar Halaqah Nazirah kerana telah berjaya menamatkan bacaan 1β30 juzuk & seterusnya akan memulakan perjalanan hafazan di bawah bimbingan Ust Faizatul Husna.
π Nur Muhammad Amirul Muiz Bin Ahmad Azman
π Ahmad Naiem Bin Azaman
Semoga kesemua mereka terus istiqamah dalam menjaga Al-Quran sehingga berjaya mengkhatamkan hafazan Al-Quran keseluruhannya.
Threads: https://www.threads.com/share/BAJJO8EwCC/
08/09/2026
π DAURAH AL-QURAN 3.0
π
7β10 September 2026
Semoga daurah ini dapat meningkatkan pencapaian hafazan para pelajar serta melahirkan generasi Al-Quran yang istiqamah π€²π»
Blog: https://at-tayyibah.blogspot.com/2026/09/daurah-al-quran-mtt-30.html?m=1
Threads: https://www.threads.com/share/BAVWKstFY2/
X: https://x.com/tahfiztayyibah/status/2097154543457128506
01/09/2026
SEMARAK MERDEKA 2026
Maahad Tahfiz At-Tayyibah telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 pada 21 hingga 22 Ogos 2026 bertemakan Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga maahad, di samping memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah kemerdekaan serta nilai tanggungjawab dan kecintaan terhadap tanah air.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya nyanyian lagu patriotik, ikrar Rukun Negara, pertandingan deklamasi sajak dan pidato, melukis poster, kuiz sejarah serta Larian Kemerdekaan.
Penglibatan para pelajar bukan sahaja menceriakan suasana, malah memberi ruang untuk mereka menyerlahkan kreativiti, keberanian dan pengetahuan tentang sejarah serta identiti negara.
Program ini turut mengeratkan hubungan antara pelajar, guru dan seluruh warga maahad, sekali gus mewujudkan suasana yang ceria dan penuh semangat kebersamaan.
Semoga penghayatan terhadap Hari Kebangsaan terus menyemai rasa syukur, bangga dan cinta akan negara dalam diri para pelajar, seterusnya membentuk generasi yang menghargai sejarah, menghormati jasa pejuang dan bertanggungjawab terhadap masa depan negara.
Merahmu bara semangat,
putihmu suci,
birumu bersatu,
kuningmu daulat.
Selamat Hari Kebangsaan 2026!
Blog: https://at-tayyibah.blogspot.com/2026/09/semarak-merdeka-2026-malaysia-madani.html
Instagram: https://www.instagram.com/p/DcwD7_my4Rf/
TikTok: https://www.tiktok.com//video/7680603184154397973
X: http://x.com/tahfiztayyibah/status/2094819014359068717
Threads: https://www.threads.com//post/DcwGQPHE-pE
30/08/2026
β¨ BERTANGGUNGJAWAB? KOMITED & KREATIF? β¨
Kami sedang mencari anda!
π’ PELUANG KERJAYA DI MAAHAD TAHFIZ AT-TAYYIBAH
Jawatan Kosong:
π Guru Akademik SPM
π Pengawal Keselamatan & Pemandu
π° Gaji mengikut tahap pendidikan dan pengalaman
π Lokasi:
Maahad Tahfiz At-Tayyibah, Lot 117241 (PT 13),
Sungai Buah Dalam, Mukim Dengkil,
43800 Sepang, Selangor, Malaysia
https://maps.app.goo.gl/S8kH6BGh5RrX584G8
π Hubungi kami di talian:
018-237 5891 - Admin MTT
π© Hantar permohonan anda:
[email protected]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot 117241 (PT 13) Sungai Buah Dalam, Mukim Dengkil
Sepang
43800
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when MTT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.