IKRAM Sepang
Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam.
20/09/2026
PROGRAM KEPIMPINAN: LEDAKAN JUARA
Pada 19 September 2026, IKRAM Sepang dengan kerjasama Kolej Vokasional Sepang telah menganjurkan Program Kepimpinan: Ledakan Juara yang disertai hampir 100 orang pimpinan pelajar KV Sepang.
Program ini bertujuan memperkasa pelajar dengan kemahiran kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi, serta memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.
Pelbagai aktiviti interaktif, latihan kepimpinan dan sesi debat telah dilaksanakan bagi memberi pengalaman praktikal kepada para peserta.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pemimpin muda yang berwibawa, berintegriti dan bertanggungjawab.
Terima kasih kepada pihak Kolej Vokasional Sepang, para fasilitator dan semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
16/09/2026
๐ฒ๐พ Briskwalk Southville City x Hari Malaysia ๐ฒ๐พ
Alhamdulillah, bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2026, Musolla Ar-Raudhah Southville City dan IKRAM Sepang telah menganjurkan program Briskwalk @ Southville City.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan hampir 150 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain aktiviti briskwalk, program turut dimeriahkan dengan pemberian bendera Malaysia secara percuma, nyanyian lagu-lagu patriotik, ceramah kesihatan, reruai pameran NGO daripada MyCARE, Hidayah Centre dan IKRAM Sepang, serta cabutan bertuah.
Program ini bukan sekadar menggalakkan amalan hidup sihat, malah menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah dan hubungan sesama komuniti, di samping menyemarakkan semangat cintakan negara.
Semoga program ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan berpanjangan antara IKRAM Sepang, Musolla Ar-Raudhah dan komuniti Southville City dalam menjayakan pelbagai usaha kemasyarakatan pada masa akan datang.
16/09/2026
16 September 1963
Ada apa dengan Hari Malaysia? ๐ฒ๐พ
๐คTarikh bersejarah penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak, dan Singapura membentuk sebuah negara baharu bernama Malaysia. (Singapura kemudiannya keluar daripada Malaysia pada tahun 1965).
๐ฒ๐พ Semoga hari ini kita terus menghargai dan memelihara penyatuan pelbagai kaum dan adat yang kaya di Malaysia tercinta ini.
๐ฒ๐พ Ayuh saling menghormati dan suburkan kasih sayang, saling mengenali seperti yang dianjurkan didalam Surah Al Hujurat : 13.
Selamat Menyambut Hari Malaysia ke -63 โจ
Ikhlas,
IKRAM MUDA SEPANG
31/08/2026
๐ฒ๐พ SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐ฒ๐พ
69 tahun merdeka, kita terus melangkah bersama membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera.
Menghayati tema โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ, marilah kita menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan wariskan hormat, tinggalkan prasangka.
Kerana kemerdekaan yang bermakna ialah apabila setiap kita dapat hidup bersama dalam rasa hormat, aman dan sejahtera.
Salam Kemerdekaan daripada IKRAM Sepang ๐ฒ๐พ
30/08/2026
๐ CERAMAH KHAS MAULIDUR RASUL
โRasulullah Kunci Kemerdekaan Ummahโ
๐
21 Ogos 2026 (Jumaat)
๐ Kolej Vokasional Sepang
Alhamdulillah, selesai Ceramah Khas Maulidur Rasul bersama para pelajar Kolej Vokasional Sepang yang disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Fillah.
Perkongsian yang sangat baik dalam menghayati kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW serta memahami bagaimana ajaran dan teladan Baginda menjadi panduan dalam membentuk ummah yang merdeka, berprinsip dan tidak tunduk kepada selain Allah SWT.
Di penghujung slot, turut disentuh tentang kepentingan mendekati dan mempelajari al-Quran serta mengajak para pelajar untuk terus membina hubungan dengan ilmu dan agama.
Sesi turut diakhiri dengan ajakan kepada para pelajar untuk menyertai Usrah KV Sepang, sebagai ruang untuk terus belajar, berdiskusi dan membina diri bersama.
Semoga perkongsian ini menjadi satu suntikan kepada anak-anak muda untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW, menghayati sunnah Baginda serta memahami erti sebenar kemerdekaan ummah.
26/08/2026
Kita sedang memperingati dua peristiwa besar, insan terpuji Rasulullah s.a.w. sempena Maulidur Rasul (25 Ogos 2026) dan Hari Kebangsaan Malaysia (31 Ogos 2026).
Tapi, pernah tak kita terfikir... apa kaitan sebenar antara kelahiran Rasulullah SAW dan kemerdekaan tanah air kita? ๐ฒ๐พโจ
โJom tonton episod penuh sekarang di Facebook dan Yotube IKRAM Selangor!
https://youtu.be/keDQ7sXgpRI?si=kaaXo2oZTquu8z-x
๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ฌ๐ญ๐๐ณ ๐๐จ๐จ๐ซ๐ฌ๐ฒ๐๐ณ๐ฅ๐ฒ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐ข (๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ฉ๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐๏ธ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฃ๐ฎ๐ค: ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ๐ฎ...
25/08/2026
MENGINGATI RASULULLAH s.a.w. : MENELADANI AKHLAK, MENGHIDUPKAN SUNNAH
โDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.โ
(Surah al-Anbiyaโ, 21:107)
Rasulullah s.a.w. diutuskan sebagai Rahmat untuk seluruh alam, bermakna Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu, bahkan risalah Islam itu hidup dan diterjemahkan melalui akhlak, ibadah, kepimpinan, kekeluargaan, hubungan kemasyarakatan dan perjuangan membina umat.
Susuk teladan Baginda amat indah dalam tanggungjawab sebagai bapa dan suami serta sahabat, bahkan sebagai guru dan pendakwah yang berhikmah juga pemimpin agung yang adil. Keperibadian Baginda memperlihatkan bahawa kesempurnaan iman tidak terhenti pada ibadah peribadi, tetapi turut terpancar melalui amanah, kejujuran, kesabaran, keadilan, kasih sayang dan ihsan terhadap sesama manusia.
Allah SWT berfirman:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)โ
(Surah al-Ahzab, 33:21)
Kecintaan kita kepada Baginda adalah dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah dalam setiap ruang kehidupan. Al-Quran dan sunnah yang Baginda bawa, kita faham dan tanam kukuh dalam diri dan tindak tanduk, di samping memperbanyakkan selawat, mempelajari sirah, memahami ajaran Islam yang benar, dan mengamalkannya secara konsisten.
Peninggalan Rasulullah s.a.w. kita junjung menjadi manhaj kehidupan yang membentuk insan beriman, berakhlak dan bermanfaat pada seluruh alam. Ia tercermin melalui penjagaan solat, berkata benar, menghormati ibu bapa, menyantuni jiran, menunaikan amanah, memelihara hak orang lain, membantu golongan yang memerlukan serta berbuat baik walaupun berhadapan dengan perbezaan.
Baginda s.a.w. bersabda:
"Wahai anakku, demikian itu adalah sunnahku, sesiapa menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia mencintaiku dan sesiapa mencintaiku, maka dia akan bersamaku di syurga kelak."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga menuntut kita meneruskan risalah dakwah Baginda. Dakwah dan mendidik ummat merupakan tanggungjawab setiap Muslim mengikut kemampuan dan ruang yang dimiliki. Dahwah dan membangunkan masyarakat dengan menyebarkan ajaran Islam, termasuk menyampaikan kebaikan, menyeru kepada yang makruf, mencegah kemungkaran serta mengajak manusia kepada Islam dengan ilmu, hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah ajaran yang syumul, merangkumi pembinaan jiwa, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, usaha menghidupkan sunnah perlu disertai kesungguhan membangunkan masyarakat berteraskan iman, ilmu, keadilan, kebajikan dan nilai kemanusiaan. Kita hendaklah menjadi umat yang bukan sahaja baik untuk diri sendiri, tetapi turut membawa manfaat dan Rahmat kepada orang lain.
Inilah penghayatan yang sewajarnya dibina sempena mengingati hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Kita perbaharui tekad untuk meneladani akhlak, menghidupkan sunnah meneruskan dakwah dan membangunkan keluarga serta masyarakat dengan ajaran Islam yang menyeluruh.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. terus hidup dalam selawat, amal, akhlak, keluarga, dakwah dan usaha membina ummah.
Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w. ๏ทบ ๐
02/08/2026
Retreat IKRAM Muda Sepang ๐๏ธ๐จ
Alhamdulillah, pada 2 Ogos 2026 telah berlangsung Retreat IKRAM Muda Sepang bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Sepang.
Retreat ini menjadi ruang untuk bermuhasabah, menyelaras gerak kerja serta merancang pelaksanaan program-program yang lebih tersusun dan berimpak bagi menyantuni golongan belia remaja di sekitar Sepang.
Semoga segala perancangan yang telah disusun dipermudahkan pelaksanaannya serta menjadi wasilah untuk memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan ahli-ahli muda, serta melahirkan lebih ramai belia remaja yang bersama membawa risalah dakwah di kawasan Sepang.
Semoga Allah SWT mengurniakan keikhlasan, kekuatan dan istiqamah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan amanah ini.
31/07/2026
[KENYATAAN MEDIA HIKAM]
REFORMASI TADBIR URUS TABUNG HAJI: MEMPERKUKUH AMANAH, INTEGRITI DAN KEYAKINAN UMMAH
HIKAM menyambut baik pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu-isu tadbir urus Lembaga Tabung Haji (LTH). Pendedahan laporan ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan keyakinan rakyat terhadap institusi yang menjadi tonggak pengurusan simpanan dan urusan haji umat Islam di negara ini.
Pada masa yang sama, HIKAM berpandangan bahawa laporan yang melibatkan kepentingan awam sebegini sewajarnya didedahkan lebih awal agar proses semak dan imbang dapat berlangsung secara terbuka serta membolehkan langkah pembaikan dilaksanakan dengan lebih segera. Ketelusan merupakan asas penting dalam membina kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.
Allah SWT berfirman:
โSesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.โ (Surah al-Nisaโ: 58)
LTH ditubuhkan dengan matlamat yang amat mulia iaitu membantu umat Islam menabung dan menunaikan ibadah haji secara teratur dan berkesan. Justeru, sebarang kelemahan tadbir urus yang menjejaskan integriti institusi ini perlu ditangani secara menyeluruh dan berani demi memelihara amanah para pendeposit serta kepentingan ummah.
Sehubungan itu, HIKAM menyokong usaha reformasi yang dicadangkan melalui dapatan RCI, khususnya yang melibatkan:
1. Pengukuhan Kerangka Perundangan dan Tadbir Urus
HIKAM berpandangan bahawa Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] perlu dipinda secara komprehensif bagi memastikan ia selaras dengan keperluan semasa serta amalan tadbir urus terbaik.
Antara perkara yang wajar diberi perhatian ialah:
Pembahagian fungsi dan kuasa yang lebih jelas antara aspek pengurusan haji dan pengurusan kewangan serta pelaburan.
Penetapan kriteria โfit and properโ yang ketat bagi pelantikan anggota Lembaga berdasarkan kompetensi, integriti dan kepakaran dalam bidang kewangan, ekonomi, perniagaan dan syariah.
Pengukuhan kedudukan jawatankuasa-jawatankuasa kritikal seperti Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Penasihat Syariah melalui peruntukan undang-undang yang jelas.
Penambahbaikan mekanisme audit dan pelaporan kewangan bagi menjamin ketelusan serta akauntabiliti yang lebih tinggi.
2. Memastikan Profesionalisme dan Kebebasan Institusi
HIKAM berpandangan bahawa institusi yang mengurus amanah umat Islam perlu dipimpin oleh individu yang mempunyai integriti, kompetensi dan rekod profesional yang cemerlang.
Oleh itu, proses pelantikan anggota Lembaga dan pengurusan tertinggi hendaklah berasaskan merit, kelayakan serta kepakaran yang relevan. Sebarang pelantikan yang berpotensi menimbulkan konflik kepentingan atau persepsi campur tangan politik perlu dielakkan demi menjaga keyakinan masyarakat terhadap LTH.
3. Menjadikan RCI Sebagai Titik Reformasi Nasional
Laporan RCI ini tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai usaha mengenal pasti kesilapan lalu, tetapi perlu dijadikan asas kepada reformasi institusi yang lebih menyeluruh. Keutamaan mestilah diberikan kepada pembinaan budaya tadbir urus yang berteraskan amanah, ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme.
Firman Allah SWT:
โDan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta sesama kamu dengan jalan yang batilโฆโ (Surah al-Baqarah: 188)
Ayat ini mengingatkan bahawa pengurusan harta awam dan dana umat adalah amanah yang besar serta akan dipersoalkan di sisi Allah SWT.
HIKAM menyeru agar segala syor yang munasabah dan bermanfaat dalam laporan RCI ini diteliti dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Reformasi yang menyeluruh amat penting bagi memastikan LTH terus kekal sebagai institusi yang diyakini, dihormati dan mampu memenuhi tujuan asal penubuhannya dalam memelihara kepentingan serta kebajikan umat Islam.
Semoga episod ini menjadi pengajaran berharga kepada semua pihak bahawa amanah awam hendaklah diurus dengan penuh integriti, kecekapan dan rasa tanggungjawab kepada rakyat serta kepada Allah SWT.
Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM)
1. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
3. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
4. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
Sekretariat HIKAM
Azizuddin Ahmad
Setiausaha Agung WADAH
Mohd Hafiz Abd Hamid
Setiausaha Agung IKRAM
Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri
Setiausaha Agung ABIM
Mohd Sabbri Md Yudin
Setiausaha Agung HALUAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Savanna Lifestyle Retail, A-01-32, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil
Sepang
43800SERDANG