Sabirin Marsono

Sabirin Marsono

Share

Hj Sabirin Marsono "Bang Aji"
Calon no. 1
N54 Tg Sepat

11/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ WHATโ€™S NEXT? PODCAST SIRI 19: PASCA MUKTAMAT - KE MANA PAS SELANGOR?๐ŸŽ™๏ธ

Whatโ€™s Next Podcast - mengupas serta membincangkan isu semasa ekonomi, sosial, kerjaya, anak muda dan politik, khususnya di negeri Selangor.

Topik siri ini:
PASCA MUKTAMAR - KE MANA PAS SELANGOR?*

๐Ÿ“… : 11 September 2026 | Jumaat
โฐ : 9:00 malam

๐ŸŽค Panel:
Dr. Yusfarizal Yussoff
Peguam
Ketua Penerangan PAS Selangor

๐ŸŽง Hos:
Hezry Yasin
Perunding Latihan
Pengarah JPen PAS Selangor

Photos from Sabirin Marsono's post 18/06/2026

Menziarahi Sahabat Seperjuangan

Alhamdulillah, pagi ini saya bersama isteri sempat mencuri sedikit masa daripada urusan kerja untuk menziarahi Saudara Ramlan Zainal yang sedang menerima rawatan di Hospital Serdang.

Sdr Ramlan bukanlah orang yang asing dalam masyarakat Banghuris dan Sepang. Beliau merupakan antara penggerak utama aktiviti kemasyarakatan, khususnya dalam pengurusan tanah perkuburan dan urusan pengkebumian jenazah. Ramai yang pernah merasai khidmat dan pengorbanan beliau, terutama saat berdepan detik kehilangan insan tersayang.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Serdang pada 16 Jun 2026 akibat komplikasi jantung dan kini sedang menunggu giliran untuk menjalani prosedur angiogram.

Melihat keadaan beliau hari ini mengingatkan kita bahawa kesihatan adalah nikmat yang amat besar nilainya. Ketika tubuh masih kuat, marilah kita terus berbakti kepada agama, masyarakat dan keluarga. Dan apabila diuji dengan kesakitan, semoga kita dikurniakan kesabaran dan ketabahan.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera kepada Saudara Ramlan, mempermudahkan segala urusan rawatannya, mengangkat kesakitan yang ditanggung serta mengurniakan kesihatan yang berpanjangan.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฑูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽุฐู’ู‡ูุจู ุงู„ู’ุจูŽุฃู’ุณูŽ ูˆูŽุงุดู’ูู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุงูููŠ ู„ูŽุง ุดูููŽุงุกูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุดูููŽุงุคููƒูŽ ุดูููŽุงุกู‹ ู„ูŽุง ูŠูุบูŽุงุฏูุฑู ุณูŽู‚ูŽู…ู‹ุง

โ€œYa Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah penyakit ini dan sembuhkanlah. Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.โ€

Semoga Allah SWT mengangkat darjat beliau dengan ujian ini dan mengembalikannya kepada keluarga serta masyarakat dalam keadaan sihat walafiat.

16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperkukuh iman serta meningkatkan amal soleh dalam kehidupan seharian.

โ€œSesungguhnya orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.โ€
(Surah Al-Baqarah: 218)

Ikhlas daripada,
PAS Kawasan Sepang

16/06/2026
Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kg Hulu Teris
Sepang
43950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabirin Marsono posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Sepang.