ISMA Kota Raja

ISMA Kota Raja

Share

ISMA Cawangan Kota Raja memfokuskan aktiviti di sekitar Shah Alam Selatan, meliputi kawasan Kota Kemuning, Jalan Kebun dan sekitarnya.

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokuskan pembangunan masyarakat melalui dakwah, pendidikan dan khidmat masyarakat. Ditubuhkan secara rasmi pada 7 Julai 1997, ISMA fokus memainkan peranan dalam masyarakat dengan usaha untuk membentuk dan membina masyrakat Islam yang unggul dan gemilang.

Photos from ISMA Kota Raja's post 26/07/2026

SHAH ALAM, 26 Julai – Alhamdulillah, Siri ke 2 Kelas Tarbiyatul Aulad anjuran ISMA Kota Raja dengan kerjasama Surau Ar-Rawdhah Seksyen 30, Shah Alam telah berjaya dilaksanakan. Seramai 30 ibu-ibu bersama anak-anak menyertai kelas tersebut.

Pengajian tarbiyatul aulad yang disampaikan oleh Dr Syafaf Binti Jumiran itu mengetengahkan tema “Didik Dengan Kasih, Bimbing Dengan Hikmah, Bentuk Generasi Rabbani”, memberi penekanan terhadap peranan ibu bapa dalam membina keluarga yang sejahtera dan melahirkan generasi berakhlak mulia.

Besar harapan supaya semua ibu-ibu terus kekal istiqomah dan semoga penganjuran kelas seumpama ini dapat memperkukuhkan lagi ilmu keibubapaan dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.

Sesungguhnya kita semua bukan sekadar ibubapa tetapi kita sedang membina generasi.

Photos from ISMA Kota Raja's post 23/06/2026

PIKNIK PERMATA AL-QUR'AN

Alhamdulillah lebih kurang 15 keluarga di sekitar Alam Impian dapat hadir ke piknik santai Permata Al-Qur'an. Sambil mendapat feedback anak-anak mengaji, sambil beraktiviti dan makan santai bersama.

Jumlah kanak-kanak atau remaja yang menyertai kelas mengaji secara konsisten adalah sekitar 30 orang. Semuanya memberikan komitmen yang tinggi dan kepercayaan kepada ustazah-ustazah yang mengajar mengaji.

Semoga kanak-kanak atau remaja ini menjadi orang yang bermanfaat kepada orang lain di mana sahaja mereka berada.

Photos from ISMA Kota Raja's post 22/06/2026

Telah berjalan Program Bengkel Kepimpinan Remaja Muda Siri 1 : Asas Pertolongan Cemas di Surau Ar-Surau Ar-Rawdhah Jalan Kebun dengan kerjasama i-Medik bagi memberikan pendedahan awal tentang ilmu asas pertolongan cemas.

Kehadiran lebih kurang 50 orang kanak-kanak dan remaja beraktiviti dan belajar bersama mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Ini akan meningkatkan keyakinan kanak-kanak dan remaja dalam membantu orang yang memerlukan pada masa kritikal dan terdesak di masa hadapan.

Semoga bermanfaat.

13/06/2026

WANITA PENCETUS PERUBAHAN KOMUNITI
Jika kita mahu melihat Ummah Fadhilah pada tahun 2040, pembinaannya mesti bermula hari ini.

Ia tidak bermula di pentas besar.
Ia bermula dengan seorang wanita yang memilih untuk belajar.
Seorang ibu yang mendidik anaknya dengan Islam.
Seorang aktivis yang turun menyantuni masyarakat.
Seorang pemimpin yang mengutamakan ummah melebihi dirinya.

Muzakarah & Latihan Kepimpinan KWC dan JKP Wanita ISMA 2026 bukan sekadar pertemuan.

Ia adalah medan menyusun langkah untuk melahirkan lebih ramai wanita yang memimpin dengan iman, ilmu dan hikmah.

Kerana wanita yang dibina dengan Islam tidak hanya membina keluarga.
Mereka membina generasi.
Mereka membina masyarakat.
Mereka membina ummah.

17/04/2026

"MENGECEWAKAN!"

Sangat mengecewakan apabila kita melihat pelajar universiti yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan agama,
gagal membezakan antara yang betul dan salah.

Ini bukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Pelajar universiti!
Anda bukan sahaja diharapkan untuk mengejar ilmu,
tetapi juga untuk menjadi contoh terbaik dalam setiap tindakan.

Ingatlah, adik-adik remaja di luar sana memandang
dan mengikuti jejak langkah anda.
Tanggungjawab yang besar ada di bahu anda untuk menunjukkan contoh tauladan yang baik dan terpuji.

Untuk adik-adik yang masih mencari arah,
bijaklah dalam membuat pilihan.
Usia muda hanya datang sekali. Jangan biarkan nafsu dan pengaruh luar menentukan masa depan dan maruah diri.
Hanya kita yang mampu menjaga harga diri, dan kelak, kita juga yang akan menanggung akibatnya jika kita salah langkah.

Karya seni itu penting,
namun seni yang melanggar syariat tidak akan mendatangkan kebaikan.

Teater yang bercampur lelaki dan perempuan yang tidak menepati batasan agama perlu dihentikan. Karya seni yang baik adalah yang dapat mengangkat martabat agama dan bangsa tanpa melanggar syariat. Mari kita jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk semua, supaya kita tidak mengorbankan nilai-nilai murni demi hiburan semata-mata.

Puan Norsakinah Mohamad Osman,
Ketua Biro Keluarga & Masyarakat.
ISMA Kota Raja

Photos from ISMA Kota Raja's post 20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir dan Batin ISMA Kota Raja ucapkan. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadan diterima oleh Allah.

Photos from ISMA Kota Raja's post 20/03/2026

✨ Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Penutupan Geng Mengaji ✨

📖 Majlis Khatam & Tadabbur Al-Quran
📅 14 Mac 2026 |
📍 SRI Darul Mutaadibin, Teluk Panglima Garang

“Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

💜 Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Semoga kita terus istiqamah bersama Al-Quran 🤍

📸 Majlis Khatam Al Quran Geng Ngaji Kelab Anak Anak Hebat NAZIM Kota Raja

19/03/2026

Malam ini...
Ramadan melambai pergi.
30 hari kita bersama Al-Quran.
30 hari kita bersama komuniti.
30 hari Allah lembutkan hati kita dengan ayat-ayat-Nya.

Tapi ingat , Quran bukan hanya untuk Ramadan.
Komuniti bukan hanya untuk terawih dan iftar bersama.

Allah berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan... mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi."
(Surah Fatir: 29)

Biar Ramadan ini bukan titik akhir, tapi titik mula kita jadi insan yang lebih baik, bersama komuniti yang saling menguatkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Taqabbalallahu minna wa minkum.

18/03/2026

🌙 MALAM TERAKHIR RAMADAN — SELAMAT TINGGAL YA RAMADAN

Malam ini...
Menangislah kalau boleh menangis.
Kerana Ramadan yang pergi, kita tidak tahu sama ada kita akan bertemu lagi dengannya.

Habiskan malam ini dengan sebaik-baiknya.
Solat. Doa. Taubat. Zikir.
Biar Ramadan pergi dengan kita sudah berubah,
bukan sekadar lebih kurus kerana berpuasa.

يا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
"Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu."

Taqabbalallahu minna wa minkum. 🌙✨

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


13-1, Jalan Tanjung Rhu 30/165, Seksyen 30
Shah Alam
40460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISMA Kota Raja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Shah Alam.