Program Bahasa Arab ABRAZ

Program Bahasa Arab ABRAZ

Share

Kemahiran kami membantu anda memahami Bahasa Arab dengan mudah, cepat dan berkesan. Kaedah Belajar Bahasa Arab Yang SANGAT JELAS

22/09/2026

[ KATA LAWAN ]

Kata lawan atau antonim ialah perkataan yang mempunyai makna yang bertentangan dengan perkataan yang lain.

Contoh, perkataan "bercakap" lawannya dengan "bisu". Perkataan tersebut dalam Bahasa Arab ialah مُتَكَلِّمٌ (yang bercakap) dan أَبْكَمُ (yang bisu).

Perkataan ُأَبْكَم (abkam) menjelaskan tentang seseorang yang tidak boleh bercakap atau kehilangan keupayaan untuk bersuara. Dalam Al-Quran, perkataan ini sering digunakan sama ada dalam konteks fizikal mahupun kiasan untuk orang yang enggan menerima kebenaran. Bentuk kata jamak (plural) bagi perkataan ini ialah ٌبُكْم (bukm).

Dalam Al-Quran, hanya sekali sahaja perkataan ُأَبْكَم disebut iaitu pada Surah An-Naḥl, ayat 76:

وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا رَّجُلَيۡنِ أَحَدُهُمَآ أَبۡكَمُ لَا يَقۡدِرُ عَلَىٰ شَيۡءٍ وَهُوَ كَلٌّ عَلَىٰ مَوۡلَىٰهُ أَيۡنَمَا يُوَجِّههُّ لَا يَأۡتِ بِخَيۡرٍ هَلۡ يَسۡتَوِي هُوَ وَمَن يَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَهُوَ عَلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسۡتَقِيمٍ

Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya; dan dia p**a menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja ia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan, dan dia sendiri p**a berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?

Berikut p**a kata lawan (antonim) bagi perkataan ُأَبْكَم:

مُتَكَلِّم (Mutakallim):
Seseorang yang bercakap, berbicara, atau mempunyai kemampuan untuk bersuara.

نَاطِق (Natiq):

Seseorang yang fasih berkata-kata atau boleh mengeluarkan bunyi bahasa yang jelas.

بَلِيغ (Baligh):

Seseorang yang sangat hebat dan petah dalam menyampaikan kata-kata.

📖 Ingin mengetahui lebih banyak fakta Bahasa Arab dan keindahan Al-Quran? Nantikan perkongsian seterusnya daripada kami.

15/09/2026

🌺 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟲!

Tanggal 16 September setiap tahun kita menyambut ulangtahun penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sehingga membentuk sebuah negara keramat Malaysia.

Hari Malaysia bukan sekadar tarikh bersejarah, kita mengenangkan perjalanan yang penuh warna-warni, jerih payah pengorbanan, hingga melahirkan sebuah negara yang mampan, membangun, dan dihormati.

Teguhnya Malaysia disumbang daripada pelbagai sudut antaranya kepelbagaian kaum dan budaya. Ia bukan penyebab retaknya keharmonian bahkan penyumbang kepada sebuah negara yang menarik dan mempesonakan.

Ayuh kita terus mempertahankan kepelbagaian, menginsafi kedamaian dan keamanan yang telah kita bina hari ini.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA!

15/09/2026

JEMPUTAN TERBUKA HADIR MINI SEMINAR BAHASA ARAB ALQURAN HARFIAH - SENAWANG

أَهْلًا وَسَهْلًا •

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh tuan/puan yang disayangi Allah 😊

Jom bersama sertai MINI SEMINAR Bahasa Arab Al-Quran.

Dipersilakan ajak kawan, keluarga, jiran dll bersama.

KONGSI KE GROUP² LAIN

Matlamat kami adalah membantu seramai mungkin belajar dan faham asas Bahasa Arab khususnya memahami ayat Al-Quran.

MAKLUMAT PROGRAM
👨🏻‍🏫 Ustaz Faizal Nizam
(Lulusan Universiti Yarmouk Jordan)
🗓 5 Oktober 2026
🕜 Isnin, 3 - 5 petang
📌 Masjid Bandar Baru Senawang

271, Jalan Bandar Senawang 20, Pusat Bandar Senawang, 70450 Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Location:
https://maps.app.goo.gl/VEwcAto5e2XnCymr5

INGIN MENDAFTAR
Whatsapp (klik)
http://wasap.my/60133984317/Salam.MiniSeminarSenawang
http://wasap.my/60133984317/Salam.MiniSeminarSenawang
http://wasap.my/60133984317/Salam.MiniSeminarSenawang

Whatsapp : 013-398 4317 (Pn. Amalina)

💥 Pendaftaran TERHAD

KELEBIHAN PROGRAM KAMI
✅ Terbuka kepada semua yang tiada asas
✅ Mesra Dewasa
✅ Modul dan teknik khas untuk mudah belajar, ingat dan faham
✅ Menggunakan modul diagram, zikir dan nota
✅ Tiada peperiksaan dan kerja rumah
✅ Pendekatan Santai Tapi Dapat!

KEPERLUAN YG PERLU DIBAWA
Hanya perlu bawa jasad dan semangat saja.

Insya-Allah tuan/puan akan rasa mudah belajar Bahasa Arab ni ☺

Jemput hadir tarikh di atas. Dipersilakan JEMPUT SAUDARA, KAWAN, JIRAN TERDEKAT untuk sertai bersama.

KONGSI KE GROUP² LAIN

Semoga bermanfaat untuk agama dan ummah insya-Allah.

Like page FB -
https://m.facebook.com/ProgramBahasaArabABRAZ/

KONGSI KE GROUP² LAIN

07/09/2026

JEMPUTAN TERBUKA HADIR KELAS INTENSIF BAHASA ARAB ALQURAN HARFIAH - AMPANGAN

أَهْلًا وَسَهْلًا •

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh tuan/puan yang disayangi Allah 😊

Jom bersama sertai Kelas Intensif Bahasa Arab Al-Quran secara harfiah.

Dipersilakan ajak kawan, keluarga, jiran dll bersama.

KONGSI KE GROUP² LAIN

Matlamat kami adalah membantu seramai mungkin belajar dan faham asas Bahasa Arab khususnya memahami ayat Al-Quran.

MAKLUMAT PROGRAM
👳🏻‍♂️ Ustaz Khairul Amirin
(Lulusan Universiti Yarmouk Jordan)
🗓 Bermula 11 September 2026
⏳ Setiap Jumaat, 2:45 - 4:45 petang
📗 Surah Al-Fatihah & As-Sajdah
💳 Yuran: pendaftaran RM50, bulanan RM150
📌 Bilik Kuliah Masbukti, Ampangan

Location:
https://maps.app.goo.gl/eB28LvX2Yf6PZrDf9

INGIN MENDAFTAR
Whatsapp (klik)
wasap.my/60133984317/Salam.KelasIntensifAmpangan
wasap.my/60133984317/Salam.KelasIntensifAmpangan
wasap.my/60133984317/Salam.KelasIntensifAmpangan

Whatsapp : 013-398 4317 (Pn. Amalina)

💥 Pendaftaran TERHAD

KELEBIHAN PROGRAM KAMI
✅ Terbuka kepada semua yang tiada asas
✅ Mesra Dewasa
✅ Modul dan teknik khas untuk mudah belajar, ingat dan faham
✅ Menggunakan modul diagram, zikir dan nota
✅ Tiada peperiksaan dan kerja rumah
✅ Pendekatan Santai Tapi Dapat!

KEPERLUAN YG PERLU DIBAWA
Bawa alat tulis sahaja.

Insya-Allah tuan/puan akan rasa mudah belajar Bahasa Arab ni ☺

Jemput hadir kelas seperti tarikh di atas. Dipersilakan JEMPUT SAUDARA, KAWAN, JIRAN TERDEKAT untuk sertai bersama.

KONGSI KE GROUP² LAIN

Semoga bermanfaat untuk agama dan ummah insya-Allah.

07/09/2026

FEEDBACK Hjh. Noraini • Hajah Noraini Mohamed bermula dari zero. Biasalah tu bila belajar ada lupa-lupa, namun dengan kesungguhan yang ada pembelajaran diteruskan tanpa kenal erti penat lelah. Usaha saja lagi dan lagi. Tambahan p**a tenaga pengajar memang sangat bersungguh mengajar, tiada alasan untuk putus asa.

Ada beza faham terjemahan Al-Quran tanpa ilmu Nahu dan faham terjemahan bersama ilmu Nahu. Kefahaman itu akan lebih cerah dan memahami keindahan struktur binaan ayat tersebut dengan lebih menjiwainya.

Jom belajar asas Bahasa Arab! Khusus untuk warga Ampangan dan sekitarnya 🤗

Ingin belajar Bahasa Arab bermula dari zero? Tiada masalah! Dengan silibus yang tersusun, teknik pengajaran yang mudah difahami dan bimbingan guru berpengalaman, sesiapa sahaja boleh belajar langkah demi langkah.

✨ Sesuai untuk semua, terutama warga emas, pesara, suri rumah dan mereka yang ingin menambah ilmu.

🌸 Usia bukan penghalang. Mulakan hari ini, walaupun tanpa asas. Langkah kecil hari ini mampu membawa perubahan besar pada masa hadapan.

📚 Sertai kelas Bahasa Arab Asas dan mulakan perjalanan ilmu anda sekarang!

MAKLUMAT PROGRAM :

🗓️ Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
🕗 Masa : 2:45 - 4:45 petang
📍Tempat : Bilik Kuliah Masbukti, Ampangan

No. 6/50 Gedung Lalang 50, Ampangan, 70400 Seremban.

WHATSAPP KAMI : 013-398 4317

Semoga memberi manfaat 💝

Photos from Program Bahasa Arab ABRAZ's post 04/09/2026

[ MINI SEMINAR SEPTEMBER 2026 ]
📍Dewan Kuliah Masbukti, Ampangan

Alhamdulillah, dengan limpahan kasih sayang Allah, Mini Seminar Bahasa Arab Al-Quran bagi sesi September 2026 telah berjaya dilaksanakan secara percuma. Syukur atas pertemuan yang bermakna yang dizinkan-Nya ini. 🤗

Dalam seminar ini, para peserta belajar tentang perkara paling asas dalam Bahasa Arab Al-Quran, iaitu berkenaan jenis-jenis kalimah, maklumat penting yang terkandung dalam setiap kalimah, ganti nama diri yang tersembunyi di sebalik kalimah, dan lain-lain perkara lagi yang menjadi kunci untuk memahami Al-Quran dengan lebih tersusun.

Taniah dan terima kasih kepada semua peserta yang meluangkan masa untuk hadir. Semoga Allah mengurniakan kelapangan dan kesempatan untuk kita bertemu lagi dalam Kelas Intensif Bahasa Arab Al-Quran. ❣️

Berikut maklumatnya:

📖 KELAS INTENSIF BAHASA ARAB AL-QURAN
🗓️ Tempoh: 10 bulan (minimum)
⏰ Setiap hari Jumaat | Jam 2:45 – 4:45 petang
📅 Bermula: 11 September 2026
📍Dewan Kuliah Masbukti, Ampangan
🔅 Fokus: Surah Al-Fatihah & As-Sajdah
🔅 Yuran Pendaftaran: RM50
🔅 Yuran Bulanan: RM150

📲 Insya-Allah kelas baru nak bermula, sesuai diikuti dari awal. Jika berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai Kelas Intensif, hubungi kami melalui WhatsApp di 013-398 4317

Atau klik pautan berikut:
wasap.my/60133984317/Salam.KelasIntensifAmpangan 😊

03/09/2026

[ KATA SEERTI ]

Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama iaitu yang mengejek, memperolok, mempersenda atau apa-apa makna yang seerti dengannya.

Perkataan مستهزئ muncul dua kali dalam Al-Quran, manakala ساخر sekali saja, dan kesemuanya itu datang dalam lafaz yang jamak.

Berikut ayat-ayatnya:

1. وَإِذَا لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ إِلَىٰ شَيَٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ مُسۡتَهۡزِءُونَ
[Surah Al-Baqarah: 14]

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata p**a: "Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

2. إِنَّا كَفَيۡنَٰكَ ٱلۡمُسۡتَهۡزِءِينَ
[Surah Al-Ḥijr: 95]

Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu.

3. أَن تَقُولَ نَفۡسٌ يَٰحَسۡرَتَىٰ عَلَىٰ مَا فَرَّطتُ فِي جَنۢبِ ٱللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ ٱلسَّٰخِرِينَ
[Surah Az-Zumar: 56]

"(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: "Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!".

Nantikan lagi posting menarik dari kami.

31/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-69

Tanah ini merdeka kerana pernah ada jiwa yang memilih untuk tidak menyerah, ia lahir daripada pengorbanan, keberanian dan air mata generasi terdahulu. Inilah amanat yang harus kita junjung dan pertahankan.

Ayuh kita hayati erti kemerdekaan dengan terus menghargai keamanan, memperkukuh perpaduan dan menyemai rasa cinta kepada Malaysia.

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati."

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

25/08/2026

[ 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 ]

‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ۞

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam.

Semoga cinta kepada baginda terus menyemarakkan semangat kita untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia ini justeru mendapat kejayaan di negeri akhirat abadi.

‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ ۞

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Pusat Bahasa Arab Abraz, U12, 9-2, Jalan Pegaga B, Desa Alam
Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Bahasa Arab ABRAZ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Shah Alam.