CIAST

CIAST

Share

FB Rasmi
Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan
π‘ͺ𝒐𝑬 𝒇𝒐𝒓 𝑻𝑽𝑬𝑻 𝑰𝒏𝒔𝒕𝒓𝒖𝒄𝒕𝒐𝒓

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan atau lebih dikenali sebagai Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST) terletak di Shah Alam, Selangor. CIAST telah mula beroperasi pada tahun 1983 dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Jepun dibawah Projek Pembangunan Sumber Manusia ASEAN dan dikawal selia oleh pakar-pakar teknikal dan pengurusan dari Jepun menerusi JICA sehingga tahun 1991. CIAST beroperasi sepenuhnya dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia bermula pada 1991 sehingga Mei 2007 sebelum dipindahkan pengurusannya di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di kementerian yang sama pada Jun 2007.

24/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

β€œMeneladani akhlak Rasulullah SAW, membina kemahiran, melahirkan kecemerlangan.”

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H, Pengarah serta seluruh warga CIAST merakamkan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dengan membudayakan ilmu, integriti, amanah dan ihsan dalam setiap tugasan. Sebagai warga dan pengajar TVET, nilai-nilai tersebut menjadi asas dalam membimbing generasi berkemahiran, berakhlak dan berdaya saing.

Daripada ilmu lahir kemahiran, daripada akhlak lahir kecemerlangan.

πŸŒ™ Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Pengarah dan seluruh warga CIAST.

Photos from CIAST's post 22/08/2026

πŸ”Ž DARIPADA KOLABORASI KEPADA IMPAK: CIAST SUMBANG KEPAKARAN DALAM PEMBANGUNAN MODEL JPK-ILB

Kolaborasi yang baik bukan hanya dibina melalui struktur, tetapi melalui hasil yang dapat dirasai di lapangan.

Pada 20 Ogos 2026, CIAST telah diwakili oleh Ts. Dr. Norhayati binti Yahaya, Ketua Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Antarabangsa serta Ir. Ts. Dr. Aziyati binti Yusoff, Ketua Unit Infrastruktur Rangkaian dan Operasi, Program Pembelajaran Elektronik dan Multimedia (PEM), dalam Bengkel Panel Pakar: Modified Nominal Group Technique (mNGT) & Interpretive Structural Modelling (ISM) di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Cyberjaya.

Bengkel ini merupakan sebahagian daripada Fasa 2: Reka Bentuk dan Pembangunan kajian Pembangunan Model Kurikulum Profesional Kolaborasi Mampan JPK-ILB bagi Memperkukuh Tadbir Urus dan Kapasiti Pelaksana Kerjasama dalam Ekosistem SPKM.

Mengapa kajian ini penting?

Dapatan Fasa 1 yang melibatkan 107 responden menunjukkan beberapa jurang yang memerlukan perhatian:

πŸ“Œ 53.8% rakan industri tidak menerima ToR atau garis panduan bertulis yang jelas.
πŸ“Œ 55.4% melaporkan tidak pernah mengikuti latihan kompetensi atau taklimat SPKM yang berstruktur.
πŸ“Œ 100% rakan industri dan 96.6% Penyelaras ILB bersetuju bahawa satu model kolaborasi formal perlu dibangunkan sebagai panduan kerja yang lebih jelas dan seragam.

Melalui kaedah mNGT, panel pakar meneliti, memurnikan dan mengesahkan elemen-elemen yang dicadangkan berdasarkan konsensus. Elemen yang dipersetujui kemudiannya distrukturkan melalui ISM bagi menentukan hubungan serta susunan pelaksanaan sehingga membentuk hierarki model yang praktikal untuk diaplikasikan di lapangan.

Dalam sesi ini, Ts. Dr. Norhayati menyumbang perspektif strategik berkaitan dasar latihan kemahiran, pendekatan kolaborasi yang fleksibel serta aspek kelestarian pelaksanaan model.

Ir. Ts. Dr. Aziyati p**a menyumbang pandangan berkaitan pembangunan kompetensi digital, pembelajaran elektronik dan pengukuhan kapasiti pelaksana, termasuk melalui pendekatan Train-the-Trainer.

🎯 Matlamat akhirnya bukan sekadar menghasilkan sebuah model di atas kertas.

Model yang dibangunkan dihasratkan dapat membantu membentuk hubungan JPK-ILB yang lebih jelas dari segi peranan, lebih baik dalam penggunaan data, lebih berkeupayaan dari segi kompetensi pelaksana serta lebih mampan untuk dilaksanakan.

Kerana ukuran sebenar sebuah kolaborasi bukan pada berapa banyak aktiviti yang dilaksanakan, tetapi pada sejauh mana ia mampu memperbaiki sistem, memperkukuh industri dan memberi manfaat kepada tenaga mahir negara.

Daripada kepakaran kepada tindakan.
Daripada kolaborasi kepada impak. πŸ‡²πŸ‡Ύ

22/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡―πŸ‡΅πŸ‡ΉπŸ‡± DARI JEPUN KE TIMOR-LESTE, MELALUI CIAST: PERKONGSIAN KEPAKARAN JICA PERKUKUH TCTP 2026

Apabila pengalaman industri, pendidikan dan teknologi dikongsi merentas negara, pembelajaran bukan lagi sekadar teori. Ia menjadi pengalaman yang membuka perspektif, membina kompetensi dan memperluas cara kita melihat masa depan TVET.

Pada 18 Ogos 2026, seramai 15 peserta Third Country Training Programme (TCTP) 2026 dari Timor-Leste, terdiri daripada tenaga pengajar dan profesional teknikal, berpeluang mengikuti sesi perkongsian khas bersama tiga JICA Volunteers, iaitu Mr. Akihiko Asakawa dan Mr. Koichi Shigeno yang bertugas di ADTEC Taiping serta Mr. Kazuoki Obi yang bertugas di Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI).

Sesi β€œEngineering Education and Professional Qualifications in Japan” merupakan sebahagian daripada program TVET Training in Grid-Connected Photovoltaic Systems Design yang dilaksanakan di CIAST.

πŸ”¬ Mr. Koichi Shigeno berkongsi mengenai sistem pendidikan dan pendidikan kejuruteraan di Jepun, termasuk laluan melalui universiti, Technical High School dan KOSEN (College of Technology).

Lebih menarik, peserta bukan sekadar mendengar penerangan. Mereka turut menyaksikan demonstrasi teknologi tenaga mampan melalui fuel cell dan thermoelectric module, yang menunjukkan bagaimana konsep hidrogen, perbezaan suhu dan prinsip kejuruteraan boleh diterjemahkan kepada penghasilan tenaga elektrik.

βš™οΈ Mr. Kazuoki Obi p**a membawa perspektif industri melalui perkongsian mengenai sistem kelayakan profesional di Jepun, termasuk kepentingannya dalam mengesahkan pengetahuan dan kemahiran, menyeragamkan amalan kerja serta menyokong pembangunan kerjaya. Peserta turut diperkenalkan kepada perkembangan tenaga boleh baharu dan beberapa kelayakan berkaitan sektor tenaga di Jepun.

Dipandu oleh Mr. Akihiko Asakawa sebagai moderator, sesi turut diserikan dengan kuiz, demonstrasi dan interaksi dua hala yang menjadikan pembelajaran lebih aktif, menarik dan mudah difahami.

🌏 Inilah antara nilai penting TCTP.

CIAST menjadi platform perkongsian ilmu.
Jepun membawa kepakaran dan pengalaman.
Timor-Leste membawa p**ang pengetahuan untuk dikembangkan di negaranya.

Melalui TCTP, perkongsian di CIAST bukan sekadar memindahkan pengetahuan teknikal, tetapi turut membuka ruang kepada pertukaran pengalaman, pendedahan kepada amalan antarabangsa dan pembinaan jaringan profesional merentas negara dalam usaha memperkukuh pembangunan tenaga pengajar dan profesional TVET.

Membangunkan tenaga mahir masa hadapan bukan hanya tentang menguasai teknologi. Ia juga tentang membuka minda kepada cara dunia mendidik, melatih dan membina kompetensi.

Three countries. Shared expertise. One commitment to stronger TVET. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡―πŸ‡΅πŸ€πŸ‡ΉπŸ‡±

Photos from CIAST's post 22/08/2026

PERHIMPUNAN BULANAN CIAST BIL. 3/2026

SHAH ALAM, 21 Ogos 2026 – Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan CIAST Bil. 3/2026 pada 21 Ogos 2026 bertempat di Auditorium CIAST dan dihoskan oleh Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD). Perhimpunan pada kali ini turut membawa semangat "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati" bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Program turut diselitkan dengan Majlis Amanat Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, yang menekankan peranan strategik CIAST sebagai peneraju pembangunan pengajar dan pusat rujukan pedagogi TVET.

Dalam amanatnya, beliau menyeru warga CIAST agar terus meningkatkan kompetensi, memperkukuh budaya perkongsian kepakaran, meninggalkan budaya silo serta memastikan latihan yang dilaksanakan memberi impak dan outcome yang jelas kepada pengajar, institusi dan industri.

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, warga CIAST turut digesa untuk bersama-sama mendukung agenda pembangunan TVET negara melalui budaya kerja yang berintegriti, kompeten, tangkas dan berorientasikan pelanggan.

Perhimpunan ini menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kebersamaan warga CIAST serta menyemarakkan aspirasi kemerdekaan melalui komitmen dalam memperkasa pendidikan dan latihan TVET negara.

Photos from CIAST's post 21/08/2026

🀝 MEMPERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK DALAM BIDANG CYBERSECURITY

21 Ogos 2026 | PPK, CIAST

Program Pembangunan Kemahiran (PPK), CIAST telah mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama tiga orang wakil Intellize Tech Services Sdn. Bhd. bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang Cybersecurity.

Pertemuan yang dikemudikan oleh Ketua Program PPK, Ts. Dr. Puteh Melor Wesma Binti Salehen ini merupakan antara usaha CIAST untuk terus memperluas jaringan industri serta memperkukuh pembangunan kompetensi pengajar TVET dalam bidang teknologi semasa.

CIAST terus mengorak langkah memperkukuh identiti dan sense of belonging sebagai institusi strategik JPK, di samping memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam memperkasa ekosistem TVET negara.

Photos from CIAST's post 21/08/2026

SOFT LAUNCHING PERTANDINGAN MIPAC TVET 2026

Majlis Soft Launching bagi Pertandingan MIPAC TVET 2026 telah berlangsung pada 21 Ogos 2026. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK), YBrs. Ts. Ir. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali.

MIPAC TVET 2026 menjadi platform bagi mengetengahkan kreativiti dan inovasi pengajar TVET dalam pembangunan kaedah, pedagogi serta teknologi digital untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran TVET.

Bersempena Soft Launching ini, CIAST memperkenalkan maskot rasmi MIPAC TVET iaitu KREAI-T.

Program berlangsung bersempena dengan Perhimpunan Bulanan CIAST dengan kerjasama Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD) dan Bahagian Penyelidikan, Inovasi & Antarabangsa (RII) CIAST.

Cetus Idea. Cipta Masa Depan.

Urus setia: RII CIAST
🌐mipactvet.ciast.gov.my
πŸ“§[email protected]
πŸ“ž03-55438294/8264/8315/8244

21/08/2026

πŸ“’ SOFT LAUNCHING MIPAC TVET 2026

Saksikan pelancaran MIPAC TVET 2026 pada pagi ini!

πŸ—“ 21 Ogos 2026
πŸ“ Auditorium CIAST
πŸ“‘ Siaran langsung di Facebook CIAST

Bersama-sama kita memperkasa inovasi, metodologi, pedagogi dan kecerdasan buatan dalam pendidikan TVET.

Photos from CIAST's post 20/08/2026

LAWATAN PENENTUSAHAN PENTAULIAHAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERASASKAN KOD AMALAN PENTAULIAHAN PROGRAM TVET (COPTPA)

Lawatan Penentusahan Pentauliahan berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA) telah diadakan pada 20 Ogos 2026 bertujuan untuk menilai dan mengesahkan pelaksanaan program dari aspek pematuhan kepada keperluan dan standard pentauliahan yang ditetapkan.

Program yang terlibat adalah :
i. Pengurusan Teknologi Kimpalan (MC-024-4:2021)
ii. Operasi Servis Selepas Jualan - Kenderaan Bermotor (G452-002-4:2017)
iii. Pembangunan Produk Elektronik (C624-001-4:2025)
iv. Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi (MC-091-4:2016)
v. Pembangunan Rekabentuk & Pengaturcaraan Pemesinan (C269-006-4:2020)

Sesi penentusahan turut melibatkan semakan dokumen dan eviden, perbincangan bersama pihak pengurusan serta tinjauan terhadap kemudahan, prasarana dan fasiliti latihan yang berkaitan.

Komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga CIAST sepanjang lawatan amat dihargai. Pelaksanaan penentusahan ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan kualiti penyampaian TVET sentiasa berada pada tahap yang terbaik serta memenuhi keperluan industri dan aspirasi pendidikan dan latihan kemahiran negara.

Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kualiti, penambahbaikan berterusan dan kecemerlangan TVET di CIAST.

Photos from CIAST's post 19/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK NET | POLITEKNIK BANTING
πŸ“… 19 Ogos 2026

Lawatan pemantauan Projek New Emerging Technology (NET) ke Politeknik Banting diketuai oleh Ts. Abdul Hadi bin Kasmoni, bersama penyelaras projek Pn. Azwani binti Awang dan Pn. Mazni binti Othman.

Delegasi CIAST disambut oleh Timbalan Pengarah PBS, Encik Roswady bin Abdul Wahab bersama En. Rama Rao a/l Lachanna selaku Ketua Pusat Teknologi (COT).

Fokus utama adalah penambahbaikan kandungan kursus PAUT, pengukuhan kerjasama Master Trainer antara agensi serta kesiapsiagaan perancangan kursus tahun 2027 nanti.

Matlamatnya projek ini jelas, memastikan pengajar TVET menerima latihan berkualiti, relevan dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Want your university to be the top-listed University in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Petani 19/1
Shah Alam
40300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CIAST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Shah Alam.