Taska Riyadhul Atfal

Taska Riyadhul Atfal

Share

Taska Riyadul Atfal menerima kanak2 berumur dari 3bulan sehingga 4tahun. Kami menyediakan persekitaran bersih dan selamat penuh kasih sayang.

Taska berdaftar dengan JKM. Cikgu-cikgu kami yang berkelayakan memastikan pendidikan yang bermutu tinggi. Taska Riyadul Atfal menerima kanak2 berumur 2bulan sehingga 4tahun. Pendidik2 yang berpengalaman dan memegang sijil Kursus Asuhan &didikan awal kanak2 Permata (KAP) yang diiktiraf Negara. Mengikut ratio pendidik dan kanak2 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pelbagai aktiviti yang tersusun untuk memajukan perkembangan kanak2 taska. Terdapat 6 perkembangan yang kami terapkan kepada kanak2 taska mengikut program Permata Negara dan juga diterapkan dengan Al-Quran , amalan sunnah dan makanan sunnah. Setiap bulan tema dan aktiviti berbeza untuk mengkembangkan lagi potensi kanak2 bawak jagaan kami. Semoga ia memberi manfaat kepada semua dan kanak2 kami menjadi anak yang soleh, bermanafat kepada dirinya, keluarganya, Masyarakat dan Ummah.

16/09/2026

🇲🇾 Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Meraikan kepelbagaian, memupuk perpaduan dan membina generasi kecil yang cintakan Malaysia. ❤️
Semoga anak-anak TASKA Riyadhul Atfal membesar sebagai generasi soleh, berilmu, berakhlak dan penyayang.

Malaysia di hati, selamanya! 🇲🇾✨

MalaysiaDiHati

25/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ ✨🌙

Marilah kita menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ dalam hati anak-anak sejak kecil. 🌸

Semoga anak-anak membesar dengan akhlak mulia, penyayang, jujur dan s**a berbuat baik, sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ.

🤍 Cinta Rasul • Ikut Sunnah • Akhlak Mulia

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين ﷺ

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ 🌙✨

Daripada Taska Riyadhul Atfal 💚

16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026 🌷

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing dengan kasih, serta membentuk generasi berakhlak, berilmu dan berdaya saing.

Dengan tema “Guru Bitara Nadi Negara”, kita meraikan jasa dan pengorbanan guru sebagai insan hebat yang menjadi tunjang pembinaan bangsa dan masa depan negara.

Terima kasih cikgu, jasamu sentiasa dikenang.
Guru hebat, murid cemerlang, negara gemilang.

10/05/2026

✨ Jom Susun Lego! ✨

Anak-anak di Riyadhul Atfal seronok sangat dengan aktiviti membina dan menyusun lego 🧱💛

Aktiviti ini bukan sekadar bermain, tetapi membantu:
1️⃣ Mengasah kemahiran motor halus melalui susunan lego yang teliti
2️⃣ Merangsang kreativiti & imaginasi untuk membina pelbagai bentuk unik 🌈
3️⃣ Menggalakkan interaksi sosial serta kerjasama bersama rakan-rakan 🤝

Sambil bermain, sambil belajar. Inilah dunia awal kanak-kanak yang penuh warna dan makna ✨👶🧠

10/05/2026

🌸 Selamat Hari Ibu 🌸

Setulus penghargaan buat semua ibu yang hebat dan penuh kasih sayang 💖
Pengorbananmu tidak ternilai, doamu menjadi kekuatan, dan cintamu adalah cahaya dalam kehidupan anak-anakmu.

“Syurga di bawah telapak kaki ibu” 🤍

Terima kasih ibu atas segalanya 🌷
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati setiap langkahmu.

💐 Daripada: Taska Riyadhul Atfal 💐

05/05/2026

✨ JAWATAN KOSONG! ✨
S**a kanak-kanak? Penyayang & sabar?
Jom jadi sebahagian keluarga kami di Taska Riyadhul Atfal 💛
👶 Guru Taska / Pengasuh diperlukan sekarang!
📩 Mohon hari ini!

04/05/2026

Happy kids hari ni main hujan.. Mainan yang membentuk diri anak-anak dengan alam dan ciptaan ilahi serta menguatkan lagi deria mereka😊

Tajuk : Hujan-hujan Pun Ceria🌧️
Tema : Cuaca

- Merangsang deria dan motor kasar anak.
- Membantu membina sistem imun badan, mengurangkan tekanan, serta memberi peluang untuk meneroka alam semula jadi yang dapat membina memori indah zaman kanak-kanak.

P/s: New intake di buka sekarang.. Hubungi kami untuk info lanjut.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua, khususnya para pendidik di Riyadhul Atfal .

Kerja di taska bukanlah kerja biasa. Malah, ia menuntut komitmen yang berterusan tanpa cuti penggal seperti di sekolah, dengan tanggungjawab besar membimbing dan mendidik generasi kecil yang bakal menjadi tonggak masa depan negara.

Sesungguhnya, taska bukan sekadar sebuah tempat penjagaan, tetapi ia adalah tapak awal pembinaan masa depan negara. Apa yang disemai pada usia kecil inilah yang akan membentuk akhlak, sahsiah dan jati diri mereka di hari mendatang.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada kami dalam mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Mudah-mudahan setiap usaha ini menjadi amal jariah yang berkekalan di sisi-Nya, اِنْ شَآءَ اللَّهُ تَعَالَى.

Selamat hari pekerja kepada semua 🩷🌹❤️

22/04/2026

Tips untuk semua ☺️🩷🌺

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Akuatik , D'kayangan
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00
Saturday 07:00 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska Riyadhul Atfal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Shah Alam.