SK HICOM RASMI
Medan Perkongsian Maklumat antara Guru, Ibu Bapa dan Murid. Pelbagai aktiviti dan sebaran akan dipaparkan dalam SK HICOM FB RASMI.
08/10/2026
MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU
Untuk makluman semua, selaras dengan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM) bertarikh 8 Oktober 2026, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
Sehubungan itu:
1. Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.
2. Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.
3. Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.
4. Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.
5. Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM.
6. Semua PPD dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.
7. Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.
Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
30/09/2026
Majlis Perasmian & Penyampaian Hadiah sempena Karnival Ceriathon PIBG SK HICOM 2026 yang berlangsung pada Ahad 27 September 2026.
Link Gambar : https://photos.app.goo.gl/dt44ky9bvc4L6j6z9
30/09/2026
π’ MAKLUMAN CUTI KELAS SEMPENA PELAKSANAAN MATRiks PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) TAHUN 2026
Salam Sejahtera.
π Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menggunakan sebahagian besar bilik darjah bagi pelaksanaan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Tahun 2026.
π Sehubungan itu, murid-murid berikut dikecualikan daripada hadir ke sekolah selama 2 hari:
- Prasekolah
- β PPKI
- β Tahun 1
- β Tahun 2
- β Tahun 3
- β Tahun 5
- β Tahun 6
Tarikh: 6 Oktober 2026 (Selasa) hingga 7 Oktober 2026 (Rabu)
π Sepanjang tempoh tersebut, murid-murid yang terlibat diminta membuat ulangkaji dan pembelajaran kendiri di rumah.
π Murid Tahun 4 diwajibkan hadir ke sekolah pada 6 dan 7 Oktober 2026 bagi menduduki MPT4 Tahun 2026.
π«Sesi persekolahan bagi semua murid akan bermula semula seperti biasa pada 8 Oktober 2026 (Khamis).
Kerjasama dan perhatian daripada pihak ibu bapa/penjaga amat dihargai.
Terima kasih.
30/09/2026
π TAHNIAH & SYABAS! π
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada murid-murid hebat SK HICOM yang telah menunjukkan usaha, kesungguhan dan komitmen luar biasa dalam mengutip sumbangan sempena Karnival Ceriathon PIBG SK HICOM 2026. β€οΈ
π Tahniah & Syabas kepada murid -murid yang menerima Hadiah Minggu (MINGGU TERAKHIR)
ππ» Tahniah & Syabas kepada murid-murid yang menerima Hadiah Individu Mengikut Kategori seperti dibawah;
π Xylon Alvredo Hartler Aldric Augustine β RM1,936
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Murid Secara Keseluruhan (Seorang Murid Sahaja)
π Muhammad Raffif Iman bin Shukor β RM1,632
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Ahmad Sufian bin Mohd Zamzuri β RM1,391
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Aisyah Nur Safiya binti Mazlan β RM1,340
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Aiman Syazwan bin Mohd Zamzuri β RM1,021
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Nur Raisha Mikayla binti Mohd Rosli β RM820
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Nur Arissa Qaisara binti Fairul Neezam β RM637
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Amzar Faris bin Mustafa Kamal β RM540
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Putra Danish Rayyan bin Ahmad Fadlie β RM500
π·Hadiah Kutipan Tertinggi Melebihi RM500 & Mengikut Aliran
π Setiap ringgit yang berjaya dikumpulkan adalah hasil usaha, keberanian dan kesungguhan kalian. Sumbangan ini bukan sekadar nilai wang, tetapi menjadi bukti semangat anak-anak SK HICOM dalam bersama-sama membantu menceriakan dan meningkatkan kemudahan sekolah.
Syabas anak-anak! πβ€οΈ
Teruskan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Semoga segala usaha dan kebaikan kalian mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
π TAHNIAH & SYABAS!
Bersama Mencipta Kecemerlangan SK HICOM
β€οΈ Ceriathon PIBG SK HICOM 2026 β€οΈ
28/09/2026
HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE ALIRAN AGAMA, ALIRAN DINI, DAN TAHFIZ
Dimaklumkan bahawa Sistem Permohonan Aliran Agama, Aliran Dini, dan Tahfiz (SPAAD) bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 dibuka mulai 28 September 2026 (11.00 pagi) hingga 28 Oktober 2026 (5.00 petang).
π Permohonan ini merangkumi kemasukan murid ke:
1. Kelas Aliran Agama (KAA) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
2. Aliran Dini, dan Tahfiz Tingkatan 1 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab, Selangor, dan SMA Tengku Amalin A'ishah Putri, Kelantan.
ποΈ Tarikh Permohonan: 28 September sehingga 28 Oktober 2026
π¨βπ Terbuka kepada:
β
Murid Tahun 6 (kemasukan Tingkatan 1)
β
Murid Tingkatan 3 (kemasukan Tingkatan 4)
π Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my
π» Panduan pengisian permohonan boleh diakses melalui pautan berikut: https://go.gov.my/PanduanSPAAD
Sekian.
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
25/09/2026
π JOM SAKSIKAN SENDIRI KEMBARA KE RUMAH TAUBAT π
Jangan hanya dengar ceritaβ¦ ayuh saksikan sendiri! π£
Kembara ke Rumah Taubat bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman yang menginsafkan, menyentuh hati dan memberi pengajaran tentang kehidupan, kesilapan dan pentingnya kita kembali kepada jalan yang diredai Allah. π€²π»
β¨ Datang dan rasai sendiri pengalaman ini.
Mungkin apa yang kita lihat hari ini mampu menjadi peringatan dan titik perubahan dalam diri kita.
β€οΈ Jom Kembara ke Rumah Taubat!
Lihat dengan mata, hayati dengan hati, ambil pengajaran untuk kehidupan.
23/09/2026
ππ AYUH MERIAHKAN KARNIVAL CERIATHON PIBG SK HICOM 2026! ππ
π
27 SEPTEMBER 2026 (AHAD)
π LAMAN MURNI, SK HICOM
π₯³ Jom bawa keluarga & rakan-rakan! π¨βπ©βπ§βπ¦π
Satu hari penuh dengan keceriaan, gelak tawa & aktiviti menarik menanti anda! π
π€πΆ Karaoke β Serlahkan bakat anda!
π¨ποΈ Pertandingan Mewarna β Jom warnakan dunia dengan kreativiti!
πποΈ Cabutan Bertuah β Mana tahu rezeki anda! πβ¨
π°πΉ Petting Zoo β Masa untuk bermain & kenal haiwan comel!
ππ₯€ Gerai Makanan β Macam-macam menu menyelerakan menanti! π€€
πͺπ― Permainan & Aktiviti Menyeronokkan β Sesuai untuk seisi keluarga! ππΊ
π» RUMAH TAUBAT - Kisah Anak DERHAKA
π Datanglah beramai-ramai!
Bukan sahaja untuk berseronok, tetapi juga untuk menyokong usaha & aktiviti PIBG SK HICOM. ππ
π₯ JANGAN LEPASKAN PELUANG!
Ajak keluarga, jiran dan kawan-kawan β kita meriahkan Karnival Ceriathon SK HICOM bersama-sama! πππ
β€οΈππ AYUH BERSAMA SK HICOM! ππβ€οΈ
π£ Jumpa anda pada 27 September!
π Kita jumpa, kita ceria, kita raikan bersama! π
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Kajang 27/10, Seksyen 27
Shah Alam
40400
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when SK HICOM RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.