Aliff Liv
π Kuching, Sarawak π²πΎ
28/07/2026
Sebenarnya, bukan sebab perempuan s**a lelaki jahat. Yang buat kita susah nak move on ialah cara otak kita bertindak balas bila seseorang layan kita tak menentu.
Hari ni dia sweet gila, esok dia hilang. Lepas tu tiba-tiba dia muncul balik macam tak ada apa-apa berlaku, minta maaf dan janji nak berubah. Masa tu, kita rasa lega sangat sampai fikir,
"Mungkin kali ni dia betul-betul dah berubah."
Bila benda ni berlaku berulang kali, otak mula terbiasa dengan naik turun emosi tu. Kita jadi tunggu saat dia berubah baik semula, dan tanpa sedar kita panggil perasaan tu..
Cinta.
Lelaki baik p**a lain. Dia konsisten, dia tepati janji, dia tak hilang ses**a hati dan dia tak buat kita tertanya-tanya setiap malam apa salah kita.
Tapi bila dah terlalu lama hidup dalam hubungan yang penuh drama, layanan yang tenang tu kadang-kadang rasa biasa je. Terus keluar ayat,
"Entahlah.. macam tak ada chemistry."
Padahal, chemistry yang buat kita menangis, overthinking dan asyik tunggu mesej bukanlah chemistry yang sihat. Kita cuma dah terbiasa dengan hubungan yang tak pernah beri rasa selamat.
Bila hubungan tu dah tamat, kita ingat kita rindu dia. Sebenarnya, yang kita susah nak lepaskan ialah harapan yang kita cipta sendiri.. harapan yang suatu hari nanti dia akan berubah.
Kadang-kadang, orang yang paling susah kita lupakan bukan orang yang paling baik. Dia cuma orang yang paling pandai bagi harapan, kemudian tarik balik harapan tu.
Bila fikir balik, mungkin bukan kita yang tak boleh move on. Kita cuma terlalu lama percaya seseorang akan berubah, sedangkan dari awal lagi dia dah tunjuk siapa diri dia.
Kalau anda rasa ada betulnya, kongsikan. Mungkin ada seseorang yang perlukan post ini lebih daripada yang kita sangka.
Yang online check in sini kejap π
16/07/2026
Ada orang kata, "Reply story jantina lain tak salah. Bukan flirting pun."
Saya setuju.. tapi saya rasa tu bukan soalan yang betul.
Soalan sebenar ialah, di mana boundaries kita bila sudah berada dalam satu hubungan?
Bagi saya, reply story bukan terus dikira curang. Kalau sekadar berbual tentang kerja, hobi, isu semasa atau perkara biasa, tu hanyalah komunikasi.
Tetapi bila kita mula tunggu dia upload story, sengaja cari topik supaya perbualan berterusan, lebih selesa berkongsi masalah dengan orang tu berbanding pasangan sendiri, atau mula sorok chat.. Pada masa tu, isu dia bukan lagi "reply story".
Isu dia ialah emosi kita dah mula dilaburkan di tempat lain.
Saya selalu pegang satu prinsip.
Kalau pasangan duduk sebelah dan baca keseluruhan perbualan chat, adakah kita masih rasa tenang?
Kalau ya, teruskan.
Kalau tak.. mungkin kita sendiri sudah tahu jawapannya.
Sekarang saya nak tanya pendapat korang.
Adakah reply story jantina lain tu normal dalam hubungan, atau semuanya bergantung pada boundaries yang dipersetujui oleh pasangan? Saya nak baca pandangan kedua-dua belah pihak.
16/07/2026
3 jam.
Bagi orang dewasa macam kita, mungkin kita tengok jam dan fikir, "Alah.. tiga jam je."
Tapi bagi seorang budak sekolah rendah, 3 jam tu sangat lama ye tuan-tuan, puan-puan.
Bayangkan loceng dah lama berbunyi. Kawan-kawan semua dah balik rumah. Sekolah makin sunyi. Setiap kali ada kereta masuk, dia berharap tu mak atau ayah dia.
Rupanya bukan.
Saya baca perkongsian ni, memang rasa kesian dekat budak tu. Tapi dalam masa yang sama, saya juga tak s**a terus nak menghukum ibu bapanya.
Kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin ada kecemasan, kemalangan, kereta rosak atau perkara lain yang memang di luar kawalan. Dalam keadaan tertentu, sesiapa pun boleh berdepan situasi yang tak dijangka.
Tetapi kalau perkara seperti ni berlaku berulang kali, memang tu satu masalah yang perlu diselesaikan.
Sebab seorang budak tak faham apa itu mesyuarat, kerja lebih masa atau kesesakan jalan raya. Dia cuma tahu satu perkara..
"Kenapa semua orang dah balik, tapi mak ayah aku belum sampai?"
Sebab tu penting untuk ada pelan kedua. Ahli keluarga, jiran yang dipercayai, transit selepas sekolah atau sesiapa yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan.
Sebab bagi kita, tiga jam cuma nombor.
Bagi seorang budak yang sedang duduk sorang diri di sekolah..
Tu mungkin tiga jam paling panjang dalam hidup dia.
16/07/2026
Kucing kita baru lepas keluar dari kotak pasir. Lima minit kemudian.. Dengan selamba je dia baring atas tilam kita p**ak dah. π
Saya cakap macam ni sebab saya pernah alami sendiri.
Masa saya bela seekor anak kucing dulu, ada satu tabiat dia yang saya memang tak boleh lupa.
Dia s**a berak atas tilam. π€¦π»ββοΈ
Nak marah pun susah sebab masa tu dia masih kecik dan belum pandai guna kotak pasir. Memang banyak kali jugak pergi dobi kena basuh cadar dan tilam salam seminggu.
Sejak hari tu, saya faham kenapa ada orang tak benarkan kucing masuk bilik atau naik atas katil.
Bukan sebab mereka ni benci haiwan.
Mereka cuma sayang.. tilam. π€£
Sebenarnya, dua-dua pihak ada betulnya.
Kalau anda bela kucing, memang kita rasa dia bersih. Gebu, manja, pandai menggesel p**ak tu. Tapi dari sudut kesihatan, kucing yang kelihatan sihat pun masih boleh membawa kutu, hama, cacing, kurap atau sesetengah bakteria tanpa menunjukkan sebarang tanda penyakit. Toksoplasmosis p**a lebih berkait dengan pengendalian najis yang tercemar, terutama kepada wanita hamil dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Sebelum tulis posting ni, saya semak beberapa rujukan daripada Centers for Disease Control and Prevention (CDC), American Veterinary Medical Association (AVMA) dan panduan veterinar. Rupanya kebanyakan nasihat mereka hampir sama.
Antaranya:
π± Kotak pasir
β buang najis setiap hari. Jangan tunggu penuh baru bersihkan. Cuci keseluruhan kotak sekurang-kurangnya seminggu sekali (atau lebih kerap jika ada beberapa ekor kucing).
πͺ± Ubat cacing
β Ikut jadual yang disyorkan oleh doktor veterinar. Jangan tunggu nampak cacing baru nak beri ubat.
π¦ Rawatan kutu dan hama
β Buat secara berkala. Walaupun kucing indoor, kutu masih boleh terbawa masuk melalui pakaian, kasut atau haiwan lain.
πΏ Mandi
β Ramai sangka kucing perlu mandi setiap minggu. Sebenarnya kebanyakan kucing sihat pandai membersihkan diri sendiri. Mandikan bila perlu, contohnya jika badannya terlalu kotor atau atas nasihat doktor veterinar.
π§Ό Basuh tangan
β Terutamanya selepas membersihkan kotak pasir atau mengendalikan najis kucing.
Bukan sebab nak takutkan orang.
Nak kurangkan risiko je.
Saya pun s**a kucing. Kalau jumpa anak kucing tepi jalan, memang susah hati dibuatnya..
Tapi s**a kucing tak bermaksud kita abaikan kebersihan. Dua-dua boleh jalan sekali.
Kucing pun happy. Kita pun happy.
Pemilik kucing, saya nak tanya kalian. Pernah tak kucing anda buat perangai yang buat anda terus ubah "peraturan rumah"? π
15/07/2026
Tengah viral sekarang isu satu syarikat di Malaysia yang didakwa mengeluarkan arahan supaya pekerja memaklumkan HR 3 hari lebih awal jika mahu ambil MC. Tak lama kemudian, arahan tu dikatakan ditarik balik selepas menerima reaksi daripada pekerja.
Mula-mula aku ingat benda ni sesaje je buat lawak hambar. Rupanya ramai tengah bincangkan.
Kalau tengok dari sudut HR, saya faham juga kenapa ada syarikat nak notis awal. Senang susun jadual kerja, cari pengganti, dan elakkan operasi terganggu.
Tapi masalahnya, demam bukan annual leave.
Kalau boleh tempah demam 3 hari awal, rasanya hospital dah lama tukar sistem. "Encik nak demam hari Rabu atau Khamis? Slot Jumaat dah penuh."
Ramai profesional HR di Malaysia pun beri pandangan bahawa notis awal memang munasabah untuk cuti perubatan yang dirancang seperti pembedahan, rawatan susulan, kemoterapi atau temu janji hospital.
Tetapi untuk demam, keracunan makanan atau sakit mengejut, memang mustahil untuk diramal. Ada juga yang mempersoalkan sama ada kisah viral ni menggambarkan polisi sebenar syarikat atau hanya salah komunikasi yang kemudian diperbetulkan.
Apa pun, aku harap lepas ni virus lebih bertanggungjawab.
Sebelum masuk badan, dia hantar e-mel dekat HR dulu..
Subject: Permohonan Untuk Demam (3 Hari Notis). π€£
Sebenarnya wujud orang yang takkan angkat telefon kalau nombor tu tak ada dalam contact. Saya salah sorangnya. π
Kenapa ya pempuan kalau pergi toilet mesti selfie depan cermin
11/07/2026
Saya rasa ramai salah faham bila bercakap pasal "berjaya". Bila dah mampu beli kereta mahal atau gaji besar, terus dianggap dah menang dalam hidup. Padahal hidup ni bukan pertandingan siapa paling mahal resit bulan ni. π
Mungkin dulu dia pernah susah. Mungkin dulu dia pernah dipandang rendah sebab result exam tak cantik. Jadi bila dah berjaya, kereta dan duit tu jadi cara dia buktikan yang dia dah boleh berdiri sama tinggi.
Tapi kalau nak audit kejayaan orang, jangan tengok kereta, degree atau angka gaji semata-mata. Ada orang hidup sederhana tapi tidur lena setiap malam. Ada juga yang nampak mewah di luar, tapi dalam kepala tengah kira hutang sampai hujung bulan.
Akhirnya, kejayaan tu bukan satu saiz untuk semua. Yang penting bukan siapa nampak paling berjaya, tapi siapa betul-betul bahagia dan tenang dengan hidup yang dia bina.
10/07/2026
Golongan yang pernah hidup susah, lepas tu berjaya.. memang lain sikit. π
Yang aku perasan, mereka ni paling senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat.
Duduk dengan circle B40 boleh gelak.
Circle M40 boleh masuk.
Duduk dengan circle T20 pun dia tak rasa rendah diri. π€£
Bukan sebab dia pandai menyesuaikan diri. Dia cuma pernah hidup dalam dua-dua keadaan.
Sebab tu bila orang B40 merungut pasal duit, dia faham.
Bila orang M40 mengeluh gaji nampak besar, tapi komitmen lagi besar.. dia pun faham.
Bila orang T20 cakap pasal risiko berniaga atau pelaburan, dia pun faham.
Dia tak cepat menghukum mana-mana pihak. Yang kelakar, orang luar p**a sibuk label sana sini.
Hakikatnya.. orang yang pernah rasa ketiga-tiga dunia selalunya lagi susah nak benci mana-mana golongan.
Sebab dia tahu, setiap orang ada masalah masing-masing. Bezanya.. masalah tu je yang tak sama saiz.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sibu
96000
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Aliff Liv posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.