Jiwa Rakyat
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jiwa Rakyat, Digital creator, Sibu.
Page Jiwa Rakyat akan menyajikan berita, maklumat dan perkongsian merangkumi bidang pendidikan, budaya, politik, isu semasa, serta pandangan dan ulasan mengenai pelbagai perkara yang berkepentingan kepada masyarakat.
01/10/2026
Siang tadi dekar Rh Rosline tak jauh di jalan Puspakom lama .
01/10/2026
: Pasukan Pertahanan Awam Malaysia ( ) Mukah digerakkan bagi membantu seorang mangsa yang mengalami sakit di bahagian belakang badan serta lemah seluruh anggota badan di Rumah (Rh.) Budut, Bayan Tas*k, pada 1 Oktober.
Pasukan PKOD Mukah tiba di lokasi sebelum memberikan bantuan awal kepada mangsa.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi APM Mukah di talian 084-872814, yang beroperasi selama 24 jam.
01/10/2026
Lama dah s*k pergi ke , tok gambar diambil dari hotel berdekatan last week. Bangunan apa seberang nun?
BUAYA GERGASI KELIMA TUMPAS DI PERAIRAN KELEBU
01/10/2026
: Seekor gergasi sepanjang kira-kira 4.57 meter (15 kaki) tumpas selepas menyambar umpan pada pancing yang dipasang pasukan pemburu buaya berlesen di perairan Kelebu, Sungai Tatau, awal pagi tadi.
Ketua pasukan pemburu buaya berlesen, Juni Kung, berkata pancing berkenaan dipasang pada petang semalam sebelum umpan disambar reptilia terbabit kira-kira jam 4 pagi.
Menurutnya, pasukan pemburu kemudian mengambil buaya berkenaan sekitar jam 8 pagi.
“Buaya itu mempunyai panjang kira-kira 15 kaki (4.57 meter) dengan saiz badan sekitar tiga kaki (0.91 meter),” katanya.
Tangkapan terbaru itu menjadikan reptilia terbabit sebagai buaya gergasi kelima yang berjaya ditangkap pasukan pemburu berlesen di perairan Sungai Tatau.
Saiznya yang hampir mencecah 4.6 meter turut menarik perhatian penduduk setempat selepas reptilia berkenaan berjaya ditumpaskan di kawasan perairan Kelebu.
Tangkapan itu sekali lagi menunjukkan kewujudan populasi buaya bersaiz besar di perairan Sungai Tatau yang terus menjadi perhatian pasukan pemburu dan penduduk setempat.
01/10/2026
VIDEO KETUA PENGARAH AKPS: RAKAMAN CCTV, SIASATAN POLIS DIJALANKAN
, 1 Oktober 2026 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia ( ) mengesahkan video yang memaparkan Ketua Pengarahnya, YDH CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 merupakan rakaman sebenar daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV).
Menurut AKPS, rakaman itu berlaku pada 28 September 2026 ketika Ketua Pengarah AKPS mengadakan tinjauan bagi menilai tahap kesiapsiagaan operasi AKPS di KLIA sempena ketibaan delegasi dan kru Formula 1 Bahrain Grand Prix 2026.
Dalam tinjauan berkenaan, Ketua Pengarah AKPS bersama pasukan operasi turut menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap kegiatan individu warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti “ulat” di kawasan KLIA.
AKPS menjelaskan operasi berkenaan dilaksanakan susulan aduan dan dakwaan orang ramai mengenai kegiatan peningkatan aktiviti penyeludupan bahan terlarang serta kontraban yang berlaku hampir setiap hari di KLIA.
Operasi tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan AKPS bersama pasukan Aviation Security (AVSEC) KLIA secara menyeluruh dan konsisten.
Susulan operasi itu, seorang warga asing telah dikenal pasti dan dibawa ke ruang bagasi untuk pemeriksaan lanjut.
AKPS turut menjelaskan bahawa proses pemeriksaan dan temu bual pada ketika itu melibatkan pasukan operasi AKPS bersama AVSEC KLIA sahaja dan tidak melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau mana-mana agensi penguatkuasaan lain.
Bagaimanapun, video tular berkenaan turut melibatkan dua individu lain yang bukan daripada pasukan operasi. Kedua-dua individu itu didakwa memasuki ruang bagasi berkenaan tanpa disedari pegawai dan merakam sesi temu bual antara Ketua Pengarah AKPS dengan warga asing terbabit menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Menurut AKPS, tindakan tersebut telah menimbulkan provokasi yang boleh menjejaskan kewibawaan operasi serta individu yang terlibat secara langsung dalam operasi berkenaan.
Susulan kejadian itu, kedua-dua individu berkenaan telah membuat laporan polis, masing-masing sehari dan dua hari selepas kejadian, selepas klip video tersebut tular di media sosial.
AKPS turut memaklumkan Ketua Pengarahnya telah membuat satu laporan polis berhubung tohmahan, rakaman dan penyebaran video berkenaan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh.
Siasatan itu termasuk berkaitan keadaan rakaman diperoleh dan disebarkan serta dakwaan bahawa penyebaran rakaman tersebut mempunyai unsur berniat jahat dan cubaan menjejaskan imej serta reputasi Ketua Pengarah AKPS dan agensi berkenaan.
AKPS berkata pihaknya menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan sehingga siasatan selesai.
01/10/2026
, 1 Oktober 2026 – Seekor ular sawa batik sepanjang kira-kira satu meter berjaya ditangkap petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( ) Mukah selepas ditemui berada di sebuah stor.
Operasi menangkap reptilia berkenaan berjaya dilakukan dengan selamat tanpa sebarang insiden.
APM Mukah dalam kenyataan memaklumkan orang awam supaya menghubungi pihaknya sekiranya berdepan situasi kecemasan atau kehadiran haiwan yang boleh mengancam keselamatan.
Orang ramai boleh menghubungi APM Mukah di talian 084-872814 yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
“APM Mukah, Nang Steady. Ada Musibah, Call APM.”
30/09/2026
Steward Belitang, calon YB , sebelum ini pernah memegang jawatan agak tinggi di Shell MDS Bintulu sebelum bersara dan kemudian menceburi politik.
Namun, sekarang dalam kempen beliau, antara perkara yang sering dibangkitkan ialah dakwaan bahawa “di Sarawak tiada pekerjaan.”
Saya jadi tertanya-tanya - puluhan tahun beliau bekerja dan membina kerjaya di Sarawak itu bukan pekerjaan?
Lebih menarik, sepanjang tempoh beliau memegang jawatan di Shell MDS Bintulu, berapa ramai anak , khususnya anak , yang beliau bantu bawa masuk bekerja di syarikat tersebut?
View cantik kalau ke Marudi, Baram.
30/09/2026
Kami berharap Kerajaan mempertimbangkan untuk kemasukan Zaid Ibrahim ke Sarawak, kerana sejak kebelakangan ini beliau dilihat sering mempersoalkan dan mengkritik kejayaan serta hala tuju pembangunan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak mempunyai hak untuk menentukan dasar imigresennya sendiri. Namun, apa jua tindakan hendaklah dibuat berdasarkan undang-undang dan kepentingan Sarawak.
Dibawah adalah terjemahan asal posting beliau...
Ramai pemimpin NGO telah dinafikan kemasukan ke Sarawak. Yang terbaharu ialah Sahabat Alam Malaysia.
Orang ramai mempersoalkan mengapa perkara itu berlaku. Sarawak tidak semestinya perlu menjelaskan sebabnya. Dalam soal imigresen, Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi yang luas.
Dan mereka telah menggunakan autonomi ini sehingga ke tahap yang maksimum.
Oleh kerana pemimpin Semenanjung lemah, mereka tidak berkuasa untuk melindungi hak asas rakyat untuk bergerak bebas.
Tidak lama lagi, Borneo akan mempunyai satu pertiga atau lebih daripada jumlah kerusi Parlimen, dan Semenanjung akan menjadi sepenuhnya terpinggir.
Penghakisan kuasa majoriti sudah lengkap. Borneo telah berjaya menjadikan pemimpin Semenanjung seperti sida-sida.
Kalau difikirkan semula, sida-sida pun mempunyai lebih banyak kuasa dalam empayar China dahulu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sibu