MDTangkak

MDTangkak

Share

Majlis Daerah Tangkak Bersih, Hijau Dan Bahagia Ke Arah Perbandaran Bersih , Hijau, Bahagia Menjelang 2030.

19/09/2026

๐ŸŽฏ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—ก๐——๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ฅ๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—˜๐—š๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐— ๐—”๐—๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—– ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ซ ๐—”๐— ๐—”๐—ญ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ž ๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽฏ

Sempena Majestic Johor x Amazing Tangkak Festival 2026, Majlis Daerah Tangkak membawakan Pertandingan Dart Beregu yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2026 (Sabtu), jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

๐Ÿ† Hadiah menarik menanti para pemenang dengan hadiah juara RM1,000 berserta medal! Penyertaan terhad kepada 64 pasukan sahaja dengan yuran penyertaan RM100.

๐Ÿ“ข PENDAFTARAN KINI DIBUKA SEHINGGA 29 SEPTEMBER 2026!

๐ŸŽฏ Jangan lepaskan peluang untuk berentap, uji ketepatan dan rebut gelaran juara. Maklumat pendaftaran dan pertanyaan lanjut adalah seperti yang tertera pada poster.

Photos from Mohd Jafni Md Shukor's post 18/09/2026
Photos from MDTangkak's post 18/09/2026

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿฒ๐Ÿต ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽณ๐Ÿ†

Bagi menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan, Majlis Daerah Tangkak turut memberikan sokongan dengan menghantar dua pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut.

MDT berjaya meraih Tempat Ketiga Kategori Berpasukan menerusi pasukan yang diwakili oleh Haji Mohd Fadzil bin Rasiman @ Suarno, Encik Aznor bin Ahmad, Encik Mohd Fauzi bin Paimon, Encik Mohd Naszrin bin Mohamed Yusoff dan Encik Mohd Fahrurazi bin Ahmad Suleiman.

Turut membanggakan, wakil MDT memperoleh keputusan yang baik menerusi kategori individu seperti berikut:

๐Ÿฅˆ Encik Muhamad Aidil bin Anuar โ€“ Tempat Kedua
๐Ÿฅ‰ Haji Mohd Fadzil bin Rasiman @ Suarno โ€“ Tempat Ketiga Kategori Pegawai
๐Ÿ… Encik Aznor bin Ahmad โ€“ Tempat Keenam

Tahniah kepada semua wakil MDT serta terima kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran kejohanan ini.

18/09/2026

Susulan keadaan cuaca hujan di beberapa lokasi di negeri ini, bacaan kualiti udara di Johor setakat jam 4 petang menunjukkan empat daripada lapan stesen pemantauan merekodkan kategori Tidak Sihat, manakala empat stesen lain berada pada tahap Sederhana.

Bagaimanapun, keadaan ini masih memerlukan perhatian, terutama bagi mereka yang berada di kawasan dengan bacaan Tidak Sihat. Manfaatkan keadaan cuaca yang lebih baik untuk mengurangkan aktiviti yang boleh memburukkan kualiti udara dan pastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan.

17/09/2026

Keadaan kualiti udara di Johor pagi ini menunjukkan trend yang lebih baik apabila hanya Stesen Pemantauan Kualiti Udara Batu Pahat dan Kluang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam kategori Tidak Sihat setakat jam 8 pagi, manakala enam stesen pemantauan lain berada dalam kategori Sederhana.

Bagi kawasan yang masih terkesan, utamakan aktiviti di dalam ruang tertutup dan pastikan pengudaraan serta keperluan harian diurus dengan baik. Pada masa yang sama, jangan tambah beban pencemaran dengan melakukan pembakaran terbuka. Kualiti udara yang semakin baik perlu dijaga bersama.

16/09/2026

Tahniah kepada para pemenang Pertandingan Video Kreatif Merdeka 2026 anjuran Majlis Daerah Tangkak (MDT) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah menampilkan kreativiti dan semangat patriotik melalui penghasilan video bertemakan kemerdekaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽฅ

๐Ÿฅ‡ Johan: En. Mohammad Syafiq bin Hamzah
๐Ÿฅˆ Naib Johan: En. Mohd Fahmi bin Othman
๐Ÿฅ‰ Ketiga: En. Kamaludin bin Hasan

16/09/2026

Keadaan kualiti udara di Johor pagi ini menunjukkan perkembangan baik apabila lima daripada lapan stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi dalam kategori Tidak Sihat, manakala Stesen Pemantauan Kualiti Udara Larkin, Kota Tinggi dan Pengerang berada dalam kategori Sederhana.

Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan supaya terus berjaga-jaga dan mengehadkan pergerakan di luar rumah. Kekal berada di dalam rumah jika tiada keperluan mendesak untuk keluar, kurangkan aktiviti fizikal atau riadah di luar serta banyakkan minum air bagi memastikan tubuh kekal terhidrat.

Elakkan juga sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang boleh memburukkan keadaan kualiti udara dan jerebu.

Photos from MDTangkak's post 16/09/2026

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Lensa Merdeka 2026 yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Tangkak (MDT) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2026 serta terima kasih kepada semua peserta atas penyertaan dan hasil karya kreatif yang telah menyemarakkan semangat kemerdekaan dan kecintaan terhadap tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“ธ

๐Ÿฅ‡ Johan: Pn. Adelia Rania binti Abdul Halim
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Pn. Nadiah binti Muhammad
๐Ÿฅ‰ Ketiga: En. Muhammad Zahiman Danish bin Mansor

Photos from MDTangkak's post 16/09/2026

Sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan, pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Tangkak. Salah satunya ialah Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Daerah Tangkak sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Menerusi pertandingan ini, dapat dilihat kreativiti dan usaha para peserta dalam menghias serta menceriakan premis masing-masing dengan elemen patriotik, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

Tahniah kepada para pemenang seperti berikut:

๐Ÿก ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š
๐Ÿฅ‡ Johan: En. Mohd Ali bin Mahadi
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Pn. Hjh. Norijah binti Bidin
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Pn. Azizah binti Mohamed

๐Ÿ˜๏ธ ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก
๐Ÿฅ‡ Johan: En. Nordin bin Lani
๐Ÿฅˆ Naib Johan: En. Abd Aziz bin Abd Rahman
๐Ÿฅ‰ Ketiga: En. Borhan bin Alias

๐Ÿซ ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› / ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ฆ๐—œ
๐Ÿฅ‡ Johan: Sekolah Agama Parit Kassan
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Sekolah Kebangsaan Payamas

๐Ÿข ๐—ž๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—ข๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก / ๐—ฆ๐—ช๐—”๐—ฆ๐—ง๐—”
๐Ÿฅ‡ Johan: PDK Bukit Gambir
๐Ÿฅˆ Naib Johan: PDK Serom
๐Ÿฅ‰ Ketiga: Plaza Tol Tangkak

15/09/2026

Perkembangan terkini menunjukkan keadaan kualiti udara di Johor semakin merosot apabila tujuh daripada lapan stesen pemantauan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 125 dan berada dalam kategori Tidak Sihat, manakala hanya Stesen Pemantauan Kualiti Udara Kluang sahaja yang masih kekal dalam kategori Sederhana.

Untuk makluman, penutupan sekolah akan dilaksanakan apabila bacaan IPU melangkaui 200. Bagi kawasan yang tidak mempunyai stesen pemantauan, rujukan hendaklah dibuat berdasarkan bacaan stesen yang paling hampir dengan lokasi masing-masing.

Pada masa yang sama, orang ramai diseru agar terus berjaga-jaga, mengurangkan aktiviti di luar rumah dan mengelakkan aktiviti lasak. Elakkan pembakaran terbuka serta sebarang aktiviti yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan keadaan jerebu.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tangkak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Pejabat Besar Majlis Daerah Tangkak
Tangkak
84900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MDTangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Subscribe

We will notify you when anything happens in Tangkak.