KPDN WP Labuan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup W.P. Labuan
(KPDN W.P. Labuan)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran. Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara. Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor francais.
03/09/2026
RANGKUMAN ISU HARIAN KPDN EDISI 3 SEPTEMBER 2026
03/09/2026
25 PREMIS DI BANDAR LABUAN DIPERIKSA, KESELURUHANNYA PATUH PERUNDANGAN
3 September 2026 | Khamis β Sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas premis perniagaan di sekitar bandar Labuan hari ini bagi memastikan peniaga sentiasa mematuhi perundangan yang berkuat kuasa.
Sebanyak 25 premis perniagaan telah diperiksa melibatkan aspek pematuhan penandaan harga barangan, penggunaan alat timbang dan sukat yang ditentusah serta masih dalam tempoh sah, selain pematuhan terhadap syarat-syarat lesen berkaitan barang kawalan.
Pemeriksaan turut meliputi pematuhan terhadap perundangan lain di bawah bidang kuasa KPDN, termasuk pelaksanaan promosi jualan murah serta penggunaan logo halal yang sah pada barangan dan perkhidmatan berkaitan.
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 25 premis yang diperiksa berada dalam keadaan patuh dan tiada pelanggaran perundangan dikesan.
KPDN WP Labuan turut menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan ketidakpatuhan peniaga melalui saluran rasmi KPDN untuk tindakan lanjut. Kerjasama dan keprihatinan pengguna amat penting dalam membantu kementerian memastikan aktiviti perdagangan di Labuan sentiasa berada pada tahap yang teratur dan mematuhi perundangan ditetapkan.
π Call Centre 1-800-886-800
π E-mel : [email protected]
π Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
π Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
π Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
π Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
π Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
π Faks : 087-452150
Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1
03/09/2026
03/09/2026
πππππ ππ πππ πππ ππππ ππππππ πππππ ππ πππππππ? πππ πππ ππππ πππππππ ππππππππ
Pernah tak anda hadapi situasi ketika membeli barang di kedai harga di rak RM 10, tetapi ketika membuat bayaran, harganya menjadi RM12.
Mungkin ada yang akan berfikir, βTak apalah, beza RM2 sahaja.β
Tetapi kalau perkara yang sama berlaku kepada ramai pengguna setiap hari, ini bukan lagi soal RM2 semata-mata.
Sebab itu saya mahu pengguna membiasakan diri untuk melihat dan menyemak harga sebelum membuat pembayaran.
Sebagai pengguna, kita berhak mengetahui dengan jelas berapa harga sebenar barang yang kita beli.
Kalau harga di kaunter berbeza dengan harga yang dipamerkan, ambil gambar harga di rak tersebut, simpan resit dan dapatkan penjelasan daripada pihak premis.
Di bawah Garis Panduan Penandaan Harga, sekiranya terdapat dua harga berbeza bagi barang yang sama, hak kita sebagai pengguna berhak mendapatkan harga yang lebih rendah.
Apa yang lebih penting, hak kita sebagai pengguna hanya benar-benar berkesan jika kita tahu bagaimana untuk menggunakannya.
jangan takut untuk mempertahankan hak anda sebagai pengguna, jangan malu untuk bertanya, jadilah pengguna yang bijak, sila semak dan gunakan hak anda sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada harga barangan itu.
03/09/2026
π’ JUALAN RAHMAH MADANI πβ¨
Rahmah itu Berkat
Labuan | 05 β 06 September 2026
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Jualan Rahmah Madani yang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga berpatutan demi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
π Tarikh: 05 β 06 September 2026
π Lokasi & Masa:
π΄ Layangan Shopper
β° 8.00 pagi β 9.00 malam
π΅ Labuan Supermarket
β° 9.00 pagi β 8.00 malam
π₯ DISKAUN 10% hingga 30% untuk pelbagai barangan keperluan!
(Tertakluk selagi stok masih ada)
π Ayuh warga Labuan, rebut peluang berjimat dan nikmati harga Rahmah bersama keluarga!
βΈ»
π SALURAN ADUAN KPDN
Sebarang maklumat atau aduan berkaitan kepenggunaan boleh disalurkan melalui:
π Call Centre: 1-800-886-800
π§ E-mel: [email protected]
π± Aplikasi: Ez ADU KPDN
π Portal: https://eaduan.kpdn.gov.my
π² WhatsApp: http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
βοΈ Pejabat KPDN WP Labuan: 087-423152
π± Ikuti kami:
Facebook & TikTok: KPDN WP Labuan
βΈ»
03/09/2026
Daily Express
3 premises violate price, measuring rules in Labuan
3 premises violate price, measuringΒ rules in Labuan LABUAN: Three premises were compounded for failing to display prices and using a measuring instrument that had expired its verification period, said Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) L
02/09/2026
BEKALAN BARANG KAWALAN DI LUAR BANDAR LABUAN TERUS DIPANTAU
2 September 2026 | Rabu β Sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Wilayah Persekutuan Labuan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bekalan barang kawalan di beberapa pasar raya sekitar kawasan luar bandar Labuan hari ini.
Pemeriksaan tersebut dilaksanakan bagi memastikan bekalan barang kawalan di kawasan berkenaan sentiasa mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna, di samping memastikan barangan berkenaan dijual pada harga yang telah ditetapkan.
Selain aspek bekalan dan harga, pemeriksaan turut memberi tumpuan kepada transaksi berkaitan barang kawalan bagi memastikan urusan penjualan dilaksanakan selaras dengan peraturan serta arahan semasa yang ditetapkan.
Tindakan pemantauan dan pemeriksaan ini dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] serta lain-lain perundangan berkaitan bagi memastikan pengedaran dan penjualan barang kawalan di peringkat peruncitan sentiasa mematuhi ketetapan yang berkuat kuasa.
KPDN Wilayah Persekutuan Labuan akan terus melaksanakan pemantauan secara berterusan di seluruh Labuan, termasuk kawasan luar bandar, bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa dilindungi serta bekalan barang kawalan kekal stabil di pasaran.
π Call Centre 1-800-886-800
π E-mel : [email protected]
π Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
π Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
π Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
π Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
π Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
π Faks : 087-452150
Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1
02/09/2026
Overseas Chinese Daily News (OCDN)
Labuan - 2 September 2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
No. 15B, Level 15, Block 4, Financial Park
Victoria
87000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:00 - 17:00 |